hafizizain
This user hasn't shared any biographical information
Posts by hafizizain
Cara Nak Elakkan Dari Dapat Negative Feedback dari Pembeli
Jun 4th
Post kali ini akan mengajar anda bagaimana untuk mengelakkan negative feedback dari pembeli.
1) Pastikan anda membalas email dari pelanggan anda secepat yang mungkin.. Jangan tangguhkan lebih dari 3 hari untuk membalas email dari pelanggan atau bakal pelanggan anda.. Kalau tak, tak pasal-pasal dapat negative feedback dari pelanggan.
Lihat contoh ni… BACA LAGI >
Ini Kerja Gila! Saya Bongkarkan Lubuk Bisnes Saya Secara PERCUMA!!
Jun 4th
Ramai yang pelik dengan tindakan saya ini.
membongkarkan sumber utama pembekal
saya dalam bisnes yang saya sudah
menjana jualan sehingga 6 angka ini.
Namun, saya berikan PERCUMA untuk anda.
Ianya diberi nama :-
“Rahsia Lubuk Bisnes di KLIGP 2010″
Kalau nak, boleh terus KLIK di link ini:- BACA LAGI >
Bukti Kejayaan Bisnes Kita (PERLU BACA!)
Jun 2nd
Saya terpanggil untuk memberitahu tentang perkara ini setelah saya lihat ramai yang salah anggap tentang bukti-bukti kejayaan bisnes yang mereka nampak.. Untuk pengetahuan, sekiranya seseorang itu sudah mempunyai barangan mewah seperti kereta Ferrari, tidak semestinya beliau berjaya dengan bisnes beliau. Mungkin hutang masih banyak keliling pinggang..? Kita tidak tahu..
Banyak bisnes orang Melayu ‘lingkup’ disebabkan pemiliknya membeli bukti-bukti kejayaan palsu seperti kereta mahal, rumah besar, dan gaya hidup mewah yang sebenarnya dia tidak mampu.
Akibatnya, duit yang sepatutnya digunakan bagi menjalankan bisnes digunakan bagi membeli benda-benda itu.
Memang dengan memandu kereta besar dan tinggal dalam rumah besar orang mungkin menyangka bisnes kita amat berjaya, tetapi kereta besar, rumah besar dan gaya hidup mewah bukan bukti kejayaan bisnes kita.
Bukti bahawa bisnes kita berjaya itu ada pada bisnes kita itu sendiri.
1. Modal berbayar kita bertambah banyak.
Sebagai contoh, BACA LAGI >
Cara nak dapatkan Feedback di eBay dengan cara PANTAS
May 31st
Teknik ini sudah ramai dipraktikkan oleh eBayer. Tetapi saya nak beritahu juga kat sini memandangkan ramai lagi yang belum mahir dan yang masih baru dalam Bisnes eBay ni.
Sebagaimana yang kita tahu, feedback sangat penting dalam kita berebay ni. Ianya mempengaruhi customer untuk membeli produk kita atau tak. Sebenarnya ada customer yang tak kisah dengan feedback ni. Dia main beli jer.. Tapi ada juga yang mementingkan feedback. Mereka akan lebih yakin sekiranya membeli dari seller yang sudah mempunyai feedback di eBay. Selain itu, anda memerlukan 10 feedback untuk membolehkan anda menjual barangan secara Buy It Now. 15 feedback diperlukan untuk membolehkan anda bukak Store di eBay.
Hoho.. gambar di atas adalah salah satu akaun ebay saya.. takde la banyak sangat feedback.. tapi ok la kan.. =)
Okay, teknik yang saya ingin beritahu ialah BACA LAGI >
Cerita Best Mengenai Adly Flarebiz a.k.a Labanon
May 28th
Kenalkah anda siapakah si budak kecik di sebelah saya ni?? Hehe.. kecik bukan sebarang kecik.. Kecik ni ligat orangnya.. Baru berumur 20tahun. Tapi dah ramai awek Tapi sudah sudah mampu menjadi Co-Founder kepada Flarebiz Network Sdn Bhd. Nama beliau ialah Adly Mukhtar ataupun dikenali sebagai Labanon atau yang terbaru sekali ‘Abg Banon’ di internet… hehehe.
FACEBOOK, blog, muat turun lagu, memasuki “chat rooms” di Internet memang menjadi kegemaran remaja ini, tiada bezanya dengan anak muda lain.
Adly Mukhtar banyak mencuri masa daripada setiap kesempatan yang ada untuk ke kafe siber, melayari Internet kerana di rumahnya tiada kemudahan itu.
Tapi boraknya di Internet bukan bualan kosong. Adly seronok meneroka dunia. Beliau mencari sesuatu yang bermakna setelah menyedari minatnya melayari Internet boleh membawa keuntungan pada dirinya. BACA LAGI >
Kewujudan Semula Hafizizain Dot Com
May 27th
Setelah hampir sebulan saya bersedih kerana kehilangan blog saya, akhirnya blog ini diwujudkan semula. Semua ini dijadikan pengajaran buat saya. Ianya berpunca daripada saya menggunakan webhosting yang sangat murah tawarannya. Iaitu RM40 sahaja untuk 30GB. Akhirnya baru saya tahu servis yang ditawarkan sangat tidak memuaskan. Bila ada masalah jer, terus dia melarikan diri. Bila saya call, langsung tak angkat dan bila saya email, sekali jer dia balas. Tu pun dia hanya salahkan server dia. Dan langsung tidak mengambil tindakan apa-apa untuk mendapatkan backup blog lama saya.
Ini wajah blog lama saya
Saya dapat rasakan sudah banyak info-info menarik yang saya dah kongsikan bersama anda di blog yang lepas. Tapi apakan daya, memang saya takleh nak retrieve balik dah.. BACA LAGI >
Makan Gaji VS Kerja Sendiri??
May 24th
Tahukah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut. Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka.
Antara kebaikan kerja makan gaji:-
- Memperoleh gaji secara tetap setiap bulan
- Mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya
- Kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai
- Berpeluang mendapat bonus tahunan
- Peluang kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya
Selain makan gaji, ada yang menjalankan perniagaan, sama ada kecil, sederhana atau besar. BACA LAGI >















KOMEN TERBARU