BISNES EBAY
Salam sejahtera untuk pembaca blog saya sekalian.
Untuk pengetahuan anda, saya ada join bisnes eBay di bawah tunjuk ajar Sifu Lan sejak bulan September 2009. Keputusan untuk saya join eBay ini tercetus setelah saya telah tertarik dengan penerangan dari abang saya mengenai betapa senangnya berniaga di eBay. Ini adalah kerana anda hanya buat kerja secara online sahaja dan orang lain akan membungkus dan menghantar untuk anda. Konsep ini dinamakan dropshipping. Apa yang anda perlu lakukan ialah meletakkan iklan anda di eBay dan bila ada pembeli, anda hanya perlu order sahaja dari pembekal yang dipanggil Dropshipper. Selepas itu, dropshipper tersebut akan menghantar terus kepada pembeli anda.
Semuanya ada diterangkan dengan lengkap di ebook Sifu Lan dan anda boleh mendapatkannya di SINI.
Fakta mengenai eBay:-
- Membuka akaun jualan di eBay adalah umpama anda membuka sebuah kedai yang pengunjung kedai anda dari seluruh dunia.!!
- Setiap hari lebih 90 billion USD didagangkan di eBay seluruh dunia.
- 90% peniaga eBay cepat mengalah sebab mereka tidak tahu apa produk yang sesuai untuk diniagakan di eBay.
- Di Amerika Syarikat, kebanyakan ibu bapa telah memberikan peruntukan khas kepada anak mereka setiap bulan untuk membeli belah di eBay.!!
Jadi daripada fakta di atas saya telah mengambil keputusan untuk merebut peluang yang dihidangkan ini. Pasaran yang telah nampak di hadapan mata. Rugilah kalau tak rebut semasa tidak ramai lagi saingan di eBay. Hasilnya, inilah untung bersih yang saya dapat untuk bulan pertama:-
Ianya mungkin sikit bagi anda.. Tapi ianya terlalu banyak bagi saya yang hanya baru bulan pertama memulakan bisnes eBay ni.
Oleh kerana terlalu berminat untuk berniaga di eBay, saya telah menyertai sesi Personal Coaching bersama sifu Lan bertempat di The Mall bersama dua orang rakan yang lain. Terdapat banyak sangat maklumat dan tips2 rahsia yang telah diberikan oleh sifu Lan. Memang beruntung saya ketika itu kerana harga yang ditawarkan masih murah sebelum ianya dinaikkan kepada RM3000!! (bermula selepas Raya Puasa hari tu)
Inilah gambar saya bersama sifu Lan.
Mesti korang pelik kenapa saya sangat berminat dengan eBay ni? Hmm..ok2, meh saya beritahu sebab-sebabnya:-
- Pasaran eBay dah terhidang luas. Hanya perlu pilih je negara mana yang mahu dipasarkan. e.g: ebay.com (US) ebay.co.uk (United Kingdom) ebay.au (Australia) dan lain-lain
- Sangat senang untuk melakukan transaksi. Saya tak perlu susah2 keluar ke pejabat pos untuk pos barang. Semuanya secara online. Ada orang lain yang akan membuat kerja untuk anda! (Ini dinamakan sebagai dropshipping)
- Sangat seronok untuk berniaga!! Saya cakap seronok kerana barang yang anda tak sangka boleh jual pun ada orang beli! Pernah sekali saya letak jam tangan yang saya rasa takde orang nak beli. Tapi tengok2 ramai jugak yang bid dan nak beli. Itulah magiknya ebay ni.
Terdapat banyak cerita dan tips2 yang ingin saya kongsikan di blog saya ini terutamanya kepada Newbie yang baru ingin berjinak2 dengan eBay ini. Saya mengalu-alukan para otai2 eBay untuk memberi komen dan pendapat ke arah membina terhadap apa jua pos saya mengenai eBay ini. Kepada anda semua yang berminat untuk join eBay ni, saya bersedia membantu anda dari semasa ke semasa.
UPDATED 15 MAY 2010
Okay, sekarang ni saya ada mencuba untuk produk fizikal pula.. iaitu menjual Jersi World Cup. Saya dah start jual awal bulan April lagi.. dan sambutannya memang hangatt… tak menang tangan untuk melayannya.. Maklum ler… masa tu tengah time nak exam kan.. susah sket. Pada mulanya saya beli jersi dan membungkusnya dan bawak pegi ke pejabat pos sendiri. Tapi seminggu lepas tu dah penat dah tangan ni nak membungkus.. Jadi, saya pun suruh la supplier saya tu tolong bungkuskan dan terus hantar ke customer. Dah jadi macam dropshipper saya la plak.. Takpe, janji kerja saya kurang la sket..hehehe.
Sangat seronok pulun jersi World Cup ini kerana masa saya start jual, masih ramai lagi yang tak jual..
Then, nak jadikan cerita, saya nak keluarkan duit kat paypal. Lepas tu kena limit access pula. Lepas saya provide semua dokumen yang diorang mintak, tetiba akaun saya kena close semua pula. Dah la ambik masa 180 hari plak tu untuk dapat duit balik. Lama tuuu.. dah la banyak duit dalam tu..
Adeehh.. terbantut plak semangat nak jual jersi tu.. Lagipun time tu exam dah dekat. So, saya try bukak beberapa akaun lagi sebagai backup.
UPDATED OKTOBER 2011
Alhamdulillah.. banyak kajian yang saya buat untuk mendalami lagi ilmu eBay ini termasuklah menuntut dari otai-otai eBay.
Pada hujung tahun lepas, saya dah mula dapat konsisten dengan eBay. Ini contoh beberapa gambar yang sempat saya snap:-
Ini pula sebahagian dari gambar bungkusan eBay yang saya sempat snap.
Semuanya untuk dihantar ke luar negara.
Kadang-kadang tu memerlukan 3 kaunter di pejabat pos untuk menyusun bungkusan saya..
Mesti ada diantara anda nak tahu berapa income yang saya dapat kan? Tak perlulah saya dedahkan kat sini kerana nanti ada yang tak puas hati dengan saya nanti.. Namun, apa yang saya boleh bagitau disini hasil dari eBay telah membuatkan saya dapat merealisasikan beberapa impian saya sebelum ini untuk melancong ke Luar Negara.. Alhamdulillah..
Ini sebahagian gambar saya di luar negara:-
Gold Coast (Julai 2010)
Melbourne (Julai 2010)
Shenzhen (Disember 2010)
Hong Kong (Disember 2010)
London (Januari 2011)
Amsterdam (April 2011)
Paris (April 2011)
Bali (Julai 2011)
New Zealand (Julai 2011)
Tidak terlintas di hati saya untuk menunjuk-nunjuk. Namun, ianya adalah sebagai pembakar semangat untuk anda yang sedang berniat untuk berniaga di eBay.. Insya-Allah sekiranya anda betul-betul fokus dan tidak mudah berputus asa, anda juga boleh berjaya dalam eBay.
Sekiranya anda berniat untuk memulakan bisnes eBay, ini saya berikan Panduan Percuma untuk anda..
Panduan ini hanyalah untuk Newbie sahaja (orang yang baru nak bermula dalam eBay). Sekiranya anda dah bermula, panduan ini tak sesuai untuk anda.
Masukkan saja nama dan email dalam ruangan ini.
Nanti saya akan terus berikan Link Download ke email anda.
p/s: Selepas anda download panduan ini, anda akan dapat
3 TIPS BONUS dari saya melalui email.
Terhad untuk 50 orang sahaja!




























about 1 year ago
Salah 1 sebab…akaun Paypal ko tu Premier…dah cakap bikin bisness upgrade lah ke Paypal Bisness..huhuhu
about 1 year ago
adehh… patot pon…. orait2… nanti aku upgrade.. tak tau la plak pasal ni sebelum ni..
thanks bro shah~
about 1 year ago
salam,
saya nak mintak tolong ni… setelah membaca artikel² dlm blog ni, saya pun interested gak nak involve dlm bisnes eBay ni… saya pun buat la bayaran pd sifu Lan utk dptkan ebook dia tu, dah bayar through M2U tp malangnya bila nak lengkapkan form pengesahan bayaran tu, imej utk kod pengesahan manusia bkn robot tu, image dia x kuar so x dpt la nak send form tu. Duit dah masuk account sifu syah dah… saya dah email sifu Lan tp smp skang senyap cam tu je… dah 3 hari dah perkara ni berlaku… rugi la saya camni…. saya x tau cemana nak contact sifu Lan, harap ade sesape yg bleh tolong saya selasaikan perkara ni… Sekian, terima kasih…
about 1 year ago
PEMBETULAN
ade typing error yg dimaksudkan ialah sifu lan bkn sifu syah – maafkan saya…
about 1 year ago
Saya pun sama..Ni…Hafiz tentu biasa jumpa sifulan kan? Boleh tolong sampaikan salam saya pada Sifulan ..hari tu dia ada emel janji nak call buat temujanji buat PC tu tapi sampai sekarang dah nak msuk 2 minggu saya masih menunggu. saya ada jugak cuba contack guna emel & FB tp tak ada response la…tolonggg ya Hafiz..
about 1 year ago
Salam Kak Sabariah, akak dah bayar ke untuk PC dengan Sifu Lan? Kalau dah bayar, akak try la contact lagi.. Saya pada awal-awal dulu pun macam tu.. Tapi biasa la kak.. Orang busy ni memang tak lari dari terlepas pandang.. Akak try email banyak kali ke email Sifu Lan: lan@sifu-lan.com.
Insya-Allah dia reply nanti…
about 1 year ago
saya dah bayar sebulan yg lalu…dah naik lenguh menaip hantar msg ke email & FB dia tapi tak ade reply..rasa dah nak putus asa pun ade nih…haiii..nampak gaya bukan rezeki saya….mungkin saya kene keje lebih(kene belajar sendiri ) mengenai tip2 ebay nie..tak pelah..saya anggap pasti ade hikmah disebalik sume nih…
about 10 months ago
adesss pebenda la agaknya sumeni..minat 2 ad tp cmne nk mula camana nk fham sumeni pn xtaw camana ni???sonok bce crita mr.hafizi ni..hu3 very nice…
about 4 months ago
ko kne tipo lanie..biasakla im malaysia
about 4 months ago
Saya pun dah lost contact dengan sifu lan. Cuba cari dia kat facebook:- http://www.facebook.com/en.sifulan
about 3 months ago
Assalamualaikum tuan,
Saya amat berminat dengan ebay ni tapi sebagai newbiz yang tak tahu apa2 langsung saya lebih suka bermula slow2.Masaalah saya bolehkah guna debit kad Bank Islam untuk buka akaun Paypal.Dah 2 atau 3 kali saya cuba verified debit kad Bank Islam kat Paypal tapi tak boleh.Apa perlu saya buat
Sekian terima kasih.
about 3 months ago