Bisnes T-Shirt
Bisnes t-shirt printing menjadi bisnes utama saya ketika ini selain dari eBay. Saya telah menjalankan bisnes ini lebih dua yang lalu dan mempunyai syarikat sendiri iaitu Idea Master Enterprise (Co.No. SA0107710-k). Bagi saya, bisnes t-shirt printing ini sangat lumayan dan sangat mudah untuk diuruskan. Tidak perlu modal dan DIJAMIN TAK RUGI. Itulah yang membuatkan saya meneruskan juga bisnes ini walaupun masih sibuk dengan bisnes-bisnes lain lagi. Saya telah mempunyai laman web khas untuk bisnes ini iaitu www.ideamaster.com.my.
Kepada rakan-rakan pembaca sekalian, saya syorkan anda join juga bisnes t-shirt printing ini. Memang berbaloi-baloi dan pelanggan tidak akan putus-putus menempah daripada anda. Ini adalah kerana setiap organisasi/persatuan/sekolah/universiti/syarikat pasti ada yang memerlukan t-shirt khas untuk program atau dijadikan baju rasmi mereka. Kalau anda adalah sebahagian daripada organisasi tersebut, ini adalah peluang terbaik! Jadi, ambillah peluang ini untuk mendekati dan mempromosikan servis t-shirt printing ini kepada mereka.
Ini gambar salah satu produk yang saya bekalkan. (Collar Pin RapidKL)
Dalam bisnes ini, saya teringin sangat untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan pengguna internet di seluruh Malaysia. Justeru, saya telah berjaya menyiapkan sebuah ebook yang berkenaan dengan BisnesTshirt Cara Mudah pada bulan Februari tahun lepas. Alhamdulillah sehingga hari ni (20 Mei 2010), Jualan sudah melebihi 600 unit. Memang mendapat sambutan yang menggalakkan. Saya rasa sangat terharu dengan sambutan yang diberikan dan ramai yang berterima kasih kepada saya kerana telah menunjukkan peluang yang hebat seperti ini.
Sekiranya anda juga berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh terus ke laman ini http://bisnestshirt.com/
Terus terang saya cakap, bila saya dah ada bisnes, saya sangat-sangat nak kongsi dengan rakan-rakan yang ingin tahu tentang bisnes yang saya jalankan ini. Saya ingin bantu rakan-rakan untuk mencari pendapatan tambahan dengan Bisnes Tshirt ini.
Kalau anda berminat untuk tahu kenapa saya buat bisnes tshirt ini dan peluang besar dalam bisnes tshirt ini, anda bolehlah isi email di bawah ini.
Beginilah keadaan kereta saya bila dah penuh dengan barang-barang yang ditempah oleh customer.
Updated March 2011
Alhamdulillah sebaik sahaja tamat belajar bulan Jun tahun lepas (2010), saya telah membuka satu kedai di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.. dengan berbekalkan dengan modal sendiri, saya telah menyewa ruang separuh kedai sebelah pasaraya Giant (pintu belakang UiTM).
Alhamdulillah sambutan yang sangat menggalakkan dan jualan tshirt saya bertambah berlipat kali ganda..
Pada Disember 2010, saya telah membuat keputusan untuk memperbesarkan lagi kedai dan akhirnya saya telah berjaya menyewa sebuah kedai besar di tempat yang sama.. Dengan kedai yang besar ini, saya dapat meletakkan signage brand saya sendiri “Idea Master” di depan kedai saya… Alhamdulillah…
Setelah adanya kedai yang besar ini, semakin ramai syarikat korporat besar yang berminat untuk membuat tempahan dengan kami.. Antara pelanggan setia kami adalah Karangkraf, Sime Darby, Mercedes, Pertubuhan Peladang, SBP dan banyak lagi…
Syukur rezeki yang Allah Taala berikan… inilah masanya untuk saya berkongsi dengan anda semua pembaca setia blog saya tentang keseronokan dan betapa mudahnya untuk menjalankan bisnes tshirt ini…
Untuk mendapatkan review secara PERCUMA, sila masukkan nama dan email utama anda di sini:-











about 1 year ago
Kenapa link http://www.ideamaster.com.my tak boleh nak masuk??
about 1 year ago
Boleh.. cuba try skali lagi .. –> http://ideamaster.com.my/
about 1 year ago
Salam bro,
Wah, masyuk tu gayanya. Actually, saya pun belajar dekat UiTM Shah Alam jugak. Kalau nak run biz printing t-shirt ni, kriteria yg penting mesti pandai nak design ke?
about 1 year ago
Wslm… tak semestinya pandai design.. dalam ebook tu saya ada beritahu bagaimana cara sekiranya tidak pandai design..
about 1 year ago
blhkah tmpahan utk printing shj dbuat? i mean, sy bg fabrik shj dan ingn mnmpah dgn dsign sy sndri.
about 1 year ago
wah…penuh order dalam kete tu ye…
about 1 year ago
em…bang pizi…ajar saya business…
about 1 year ago
bang piji…..ajar lah business.serius ni…i’m waiting u 4 confirm me as ur friend >facebook ~lol~
about 1 year ago
memang betullah, mat saleh yang ada keje tetap pun berenti keje jual tshirt lepas dapat tau video youtube yang beliau pos mencecah trafik berjuta2. cepat betul dia ambil kesempatan…
about 1 year ago
saya tak dapat masuk link traffic wave
dan tak dapat ebook bisnes t shirt
about 9 months ago
boleh saya dapatkn maklumat lanjut tentang ebook. t kasih
about 9 months ago
Orait bro, dah emailkan… Check inbox ya..
about 8 months ago
salam bro..saya berminat lah nk buat biss print t-shirt ni.harap bro boleh membantu.
about 8 months ago
Baguslah kalau berminat.. apa yang saya boleh bantu ya?
about 7 months ago
ada lagi x ebook bisbes tshirt harga masih sama ke??
about 7 months ago
ebook bisnes tshirt ada lagi x???harga sama ka??rm 80
about 6 months ago
Assalamualaikum.
Saya telah menamatkan pengajian di universiti dalam jurusan perundangan dan kini sedang bekerja di Telekom Malaysia. Kini sudah 3 bulan saya di Telekom.
InsyaAllah dalam masa 3 bulan lagi saya bakal berkahwinan. Justeru saya berfikir untuk prospek perniagaan yang sesuai dilakukan secara part-time. Untuk makluman, kini saya juga sedang menyambung pelajaran di peringkat master di universiti malaya.
Saya ingin bertanya, adakah perniagaan menjual t-shirt ini sesuai untuk individu yang mempunyai masa yang sangat terhad seperti saya?
about 6 months ago
ada lagiu tak ebook bisnes tshirt..
about 6 months ago
Wslm Saudara Khairol. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan, bisnes ini sangat sesuai untuk saudara kerana saya dulu pun buat bisnes ni semasa masih lagi belajar di universiti. Jadi, ianya tidak memberikan masalah… Saya doakan semoga saudara cepat dapat kumpul dana untuk berkahwin nanti.. insya-Allah..
about 6 months ago
Yupp.. masih ada lagi.. Boleh dapatkan sekarang di http://www.bisnestshirt.com
about 6 months ago
about 3 months ago
Salam, dalam ebook ada jelaskan x kiraan costing, profit n loss ke….
saya nak buat proposal untuk buat biz ni
tq
about 3 months ago
Wslm.. ebook ni takde bagitau kiraan costing, profit n loss..
about 3 months ago
salam…
sy memang berminat untuk bt bisnez t-shirt ni..
mcm mn sy nak mulakan ye?
about 3 months ago
Boleh terus dapatkan di http://www.bisnestshirt.com.
Nanti saya ada ajar step by step cara nak mulakan bisnes tshirt.