Kenapa saya kata ianya terhebat? Mana tak hebatnya.. ianya adalah 100% dimiliki oleh bumiputra dan sudah beroperasi hampir 20 tahun!!

Kepada sesiapa yang masih belum mengenali jenama Sri Munawwarah ini, mari saya terangkan serba sedikit untuk anda…

Busana muslimah ini telah diperkenalkan oleh Dato’ Hajjah Tuan Hasnah Tuan Yusoff pada tahun 1992 lagi.. Lokasinya adalah di Taman Tun Dr. Ismail. Busana muslimah ini sangat terkenal dengan pakaian muslimah seperti baju kurung dan tudung serta pakaian untuk menunaikan haji dan umrah.

Tuanku Permaisuri Agong pun tidak ketinggalan untuk menjadi pelanggan tetap di sini. Fesyen pakaian yang dipamerkan adalah sentiasa up to date kerana mereka mempunyai pereka fesyen yang tersendiri dan sangat trendy dan sesuai dengan dunia yang semakin moden ini.

Apa yang saya kagum dengan jenama Sri Munawwarah ini adalah keberanian dan semangat kental yang telah ditunjukkan oleh Dato’ Hajjah dalam memartabatkan dan mempromosikan jenama fesyen muslimah ini ke seluruh pelusuk dunia.. Bukan senang untuk sampai ke tahap ini…

Hari ni (16/1/2011) saya telah menghadiri Majlis Perasmian “2011 New Year New Look” yang telah diadakan oleh di One World Hotel, Damansara Utama. Ianya telah dihadiri oleh Tuanku Permaisuri Agong sendiri.. Di majlis ini, terdapat pertunjukan fesyen muslimah yang terbaru khas untuk tahun 2011 ini.. Pelbagai fesyen tudung dan pakaian yang cantik dan terbaru yang diperagakan di majlis ini…

Memang menarik designnya.. Fesyen2 yang ditunjukkan dijangka mendapat sambutan ramai untuk tahun 2011 ini… insya-Allah..

Ini adalah 2 contoh fesyen yang diperagakan

Sekiranya berpeluang, teringin juga saya untuk berjumpa sendiri dengan Dato’ Hajjah untuk mengetahui rahsia-rahsia hebat beliau sehingga berjaya membawa jenama Sri Munawwarah ini sehingga ke tahap yang tertinggi ini… Insya-Allah…

Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan..!!

Kepada yang ingin berkunjung ke butik Munawwarah, anda boleh rujuk ke alamat ini:-

31 & 33 Jln Tun Mohd Fuad 3,
14 & 16 Persiaran Zaaba,
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur,
Malaysia
03-77270244/03-
77267244/03-77299244
Email: munawwarahdesign@gmail.com

Ini saya ketika berada di majlis petang tadi =)

Related Posts with Thumbnails