Isu Semasa
Kaka Bakal Masuk Islam 2012?? Alhamdulillah…
Jan 1st
Heboh di dalam Facebook kawan-kawan yang berbangsa Arab mengatakan bahawa pemain bola sepak terkenal Kaka telah memeluk agama Islam. Gambar ini diambil pada 26 December 2011 baru-baru ini di sebuah masjid di Dubai.
Dilaporkan bahawa BACA LAGI >
Apple menang kes untuk haramkan penjualan Samsung Tablets di Australia
Oct 14th
Selepas 7 bulan bertarung, akhirnya Apple menang juga kes ni.. Pada April lepas, pihak Apple telah menyaman Samsung atas alasan Samsung Galaxy Tab 10.1 meniru teknologi touch screen Apple. Akhirnya, mahkamah Australia telah memutuskan Apple dah menang kes dan Samsung Tablet telah diharamkan sementara jualannya di BACA LAGI >
HQ Air Asia nak pindah ke Jakarta? Apa dah jadi??
Jul 25th
Air Asia adalah salah satu kebanggaan rakyat Malaysia. Tapi kenapa perlu IbuPejabatnya nak pindah ke Jakarta? Apakah cerita di sebalik semua ni? Lambat sehari saya mengetahui berita ini.. Dengar cerita Tony Fernandes dah siap-siap beli rumah dah sebijik berdekatan dengan BACA LAGI >
HARAM Menyambut Hari Kekasih (Valentine’s Day)
Feb 12th
Khutbah Jumaat tengah hari tadi mengupas lanjut tentang hukum Valentine’s Day ini.. menyebabkan saya sendiri rasa terpanggil untuk berkongsi di blog yang tak seberapa ini.. Sekiranya anda rasa post ini bermanfaat, jangan lupa klik “Share” kat atas tu ya..!! ^_^ BACA LAGI >
Harga Kapas Dunia Naik | Kesan Kepada Bisnes
Nov 13th

Aku dapat call dari beberapa supplier utama aku yang harga kapas dunia sekarang tengah melambung tinggi. Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, harga kapas dunia pada Julai 2010 adalah pada USD0.70 – 0.85 sekilo. Akan tetapi, pada Bulan November 2010 ini, BACA LAGI >
Video Kes Pembunuhan Sosilawati
Sep 22nd
Berikut ialah animasi video yang telah dibuat oleh dibuat oleh seorang yang tidak dikenali..
Masya-Alllah.. kejamnya pembunuhan ini…
Tengku Faris dimasyhurkan Sultan Kelantan hari ini
Sep 13th
KOTA BHARU, 13 Sept: Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan pada pagi ini di Istana Balai Besar di sini.
Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.
“Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan BACA LAGI >
SOSILAWATI DITEMUI MATI DIBUNUH??
Sep 12th
*************************************************************
Updated 13/9/2010 10.33am
Peguam yang bergelar datuk sudah diketahui umum..
Korang boleh refer pada link ini untuk makluman lanjut.
Aku taknak mengulas lebih pasal ni.. rujuk pada link di bawah ini ok…
************************************************************
UPDATED FROM MSTAR 13 SEPT. 2010 :-
KUALA LANGAT: Dua peguam adik-beradik merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh, dibakar sebelum dibuang abunya di sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.
Polis kini sedang menyiasat sama ada adik-beradik terbabit turut bertanggungjawab terhadap empat lagi individu dilaporkan hilang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, polis sedang menunggu pengesahan forensik, namun dipercayai ia adalah Sosilawati, pelanggan kepada suspek utama bergelar Datuk.
Suspek utama itu dikatakan mengendalikan urusan jual beli tanah di Pulau Pinang untuk usahawan itu.
Beliau memiliki sebuah ladang di mana tempat semua mayat dibakar selepas mereka dipukul dengan kejam sehingga mati.
Berdasarkan siasatan awal, polis menemui abu yang dihapuskan pada sebatang sungai pada jarak kira-kira 4.2 kilometer dari ladang tersebut.
Mohd Bakri berkata, motif pembunuhan mungkin berpunca daripada persaingan perniagaan, hutang dan konflik dalam urusan jual beli tanah.
Difahamkan, pembelian tanah di Pulau Pinang bernilai RM25 juta bagaimanapun dijual semula pada harga RM200 juta.
Kali terakhir Sosilawati ditemui meninggalkan Kuala Lumpur untuk ke Banting pada 30 Ogos bersama pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Karim, 32, dan pegawai bank Noorhisham Mohammad, 38.
Misteri kehilangan mereka menarik perhatian umum.
“Polis percaya peguam berusia 41 tahun itu merupakan dalang di sebalik kehilangan itu dan berkemungkinan terbabit dalam empat lagi kes individu yang dilaporkan hilang,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat pada Ahad.
Adik-beradik terbabit merupakan antara lapan individu yang ditahan berikutan kaitan dengan kes kehilangan Sosilawati dan tiga individu bersamanya.
Enam yang lain termasuk dua wanita berumur antara 19 dan 45 tahun merupakan pengusaha ladang.
Polis berjaya menemui petunjuk baru berhubung kes itu berdasarkan tangkapan lapan individu menerusi kerjasama orang awam, media dan suspek-suspek yang ditahan sebelum ini.
Menurut Mohd Bakri, semua maklumat diperoleh daripada suspek yang ditahan sebelum memberi lebih banyak bukti menunjukkan kepada huraian berhubung kehilangan empat individu.
“Bagaimanapun, kami masih perlu melakukan ujian deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti mangsa tetapi peluang adalah tipis untuk mengesahkan mereka masih hidup,” kata beliau yang menjangkakan kemungkinan lebih banyak tangkapan dilakukan bagi membantu siasatan.
“Kami akan menyiasat adik-beradik itu berhubung harta, kereta mewah serta urus niaga mereka yang melibatkan jutaan ringgit,” tambahnya.
Polis turut menyiasat mengenai kehilangan RM4 juta yang dipercayai dibawa Sosilawati pada hari sebelum beliau dilaporkan hilang.
Mohd Bakri berkata, salah satu daripada kes empat individu yang hilang melibatkan seorang warganegara India yang menjalankan perniagaan restoran bersama rakan niaga adik-beradik itu.
Beliau berkata, polis akan terus menyiasat terhadap kes yang lain.
Lebih 60 polis di Ladang Gadong dan penyelam daripada Polis Marin di Sungai Panchau di Kampung Kanchong Laut bagi mencari bahan bukti pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain.
Pasuka forensik menjalankan siasatan di ladang berkeluasan 1.6 hektar itu di mana barang peribadi milik Sosilawati dijumpai termasuk jam tangan beliau.
Polis turut mengadakan sekatan laluan ke Ladang Gadong di Jalan Gadong, Tanjong Sepat, kira-kira 1 kilometer dari jalan raya itu.
Mohd Bakri berkata, polis sedang menyiasat ladang terbabit yang dibeli peguam itu kira-kira 30 bulan lepas bagi menentukan sama ada perjanjian dilakukan ‘secara betul’ atau tidak.
Beliau menambah, polis mahu mengenal pasti di mana pemilik ladang sebelum ini apabila difahamkan individu berkenaan turut hilang.
————————————————————————
Original post:-
Terkejut apabila aku baru balik dari lepak kat Kota Bharu tadi dan mendapat tahu bahawa Jutawan Kosmetik iaitu Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 yang lain sudah ditemui mati dibunuh dan dibakar di Morib.. Innalillahiwainnailaihirajiun… Sebelum ini Sosilawati, 47, yang juga bekas isteri penyanyi Nash, dilaporkan hilang ketika urus niaga tanah di Banting pada 30 Ogos lalu bersama peguam dari Tetuan Kamaruddin & Partners di Putrajaya; Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai CIMB Bank Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38: dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi Sosilawati.
Dengarnya berita hangat ni ada keluar di Nightline TV3.. tapi BACA LAGI >
Gambar Fresh Kes Buang Bayi Seksyen 13 Shah Alam
Aug 31st
Tak dapat digambarkan betapa sayunya hati mengenangkan nasib seorang baby comel yang ditinggalkan ibunya di tepi jalan di Seksyen 13 Shah Alam. Gambar ini adalah koleksi peribadi seorang rakan saya di Facebook yang kebetulan berada di situ ketika bayi itu masih fresh dijumpai.. Semoga orang yang bertanggungjawab dikenakan hukuman yang setimpal.. Dah la berlaku di fasa terakhir Ramadhan pulak tu.. Astaghfirullahalazim… Mari kita lihat gambar baby yang comel ini.. apalah nasibnya.. BACA LAGI >















KOMEN TERBARU