Warning: preg_match() [function.preg-match]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php on line 201

Warning: preg_match() [function.preg-match]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php on line 202

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php:201) in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Sumber Informasi Bisnes & Apa-Apa Sahaja » Kisah Kejayaan http://www.hafizizain.com Tue, 31 Jan 2012 04:58:49 +0000 en hourly 1 http://wordpress.org/?v=3.3.1 [KISAH MENARIK] Apa yang boleh dibuat dengan RM50billion Robert Kuok http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/kisah-menarik-apa-yang-boleh-dibuat-dengan-rm50billion-robert-kuok.html http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/kisah-menarik-apa-yang-boleh-dibuat-dengan-rm50billion-robert-kuok.html#comments Sun, 27 Feb 2011 05:50:23 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=940 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

RM50 billionn??? Wowww… banyaknya…..!!

Manusia terkaya di Malaysia, siapa lagi kalau bukan Robert Kuok (sugar king) yang membuatkn anda terkebil-kebil biji mata apabila melihat angka kosong pada label harga jika ia adalah barang belian!!!

Ya, top list billionaire ini Berjaya mengekalkan kedudukan teratas dalam ranking orang paling kaya di Malaysia selepas menang tahun lepas dan diannggarkan mempunyai asset lebih dari 50 billion..

Ternyata angka ini jika dimuatkan untuk menulis cek, melebihi kotak yang disediakan dengan angka 5 di ikuti 10 angka kosong dan jika dimuatkn sekali sen,menjadikan 12 angka kesemuanya.

That’s how rich kuok is!!

Mungkin bagi orang yang sudah berumur misalnya datuk nenek kita,masih tidak mampu membayangkan berapa banyaknya 50billion itu. Jadi di sini, saya ingin berkongsi apa yang boleh dibuat dan di imagine dengan billions itu.

Kekayaaan beliau ialah 200 kali lebih banyak daripada belanjawan negeri perlis yang di umumkan baru-baru ini,iaitu RM262 million ,dan  lebih 100 kali belanjawan negeri Kelantan yang bernilai RM464 billion.  Bukan itu sahaja, kekayaan beliau juga melebihi 30 kali lebih besar daripada belanjawan negeri terkaya di Malaysia,Selangor iaitu RM 1.43 billion.

That’s how rich kuok is


Dengan 50billion kekayaan milik kuok itu jika ditaksirkan melebihi budget untuk membina 4 buah putrajaya atau 5 buah lapangan terbang se-gah KLIA.

Jika kuok juga memberi ang pow RM5 kepada setiap seorang penghuni di bumi ini..dia ternyata masih mempunyai baki hampir RM15 billion dan berkedudukan di tempat kedua selepas T.Ananda Krishnan,yang mempunyai asset bernilai RM45.8 billion (Malaysian Business)

Paling ketara,jika duit kertas RM10 Kuok itu di ikat pada tali , ia mampu menyambung jauh dari Johor Bharu,kampong halamannya sehingga ke Hongkong,tempat kediamannya sekarang.

That’s how rich he is

Kuok juga di senaraikan dalam majalah terkenal Forbes sebagai orang terkaya di asia tenggara,menduduki tempat ke lapan dalam senarai asia terkaya dan merangkul tempat ke 34 dalam dunia!. Dengan diungguli oleh Carlos Slim Helu no.1 dengan kekayaan lebih US$53.5billion atau RM165.8billion di ikuti American Bill Gates,the Microsoft president dengan harta bernilai US$53 billion(RM164billion)

Even then,dengan menduduki tempat itu bermakna Kuok telah mengatasi kekayaan George Soros,the American currency trader yang famous 14tahun dahulu dan mengetepikan Russian magnate Roman Abramovich. Soros disenaraikan terkebawah satu ranking dari Kuok dan jauh meninggalkan free spending owner of glamour English premier league club Chelsea yang memegang tempat ke 50 orang terkaya di dunia dengan nilaian asset berjumlah US$11 billion(RM 34.1 billion)

That’s how rich he is

Kuok yang mengembangkan empire perniagaan bermula dari saudagar gula,kemudian mencuba nasib dalam bidang perhotelan seterusnya menceburi bidang  minyak dan gas telah mendominasi ranking top billionaire Negara di ikuti Public Bank’s Tan Sri The Hong Piow,Genting Group’s Tan Sri Lim Kok Thay and Bumiputera unggul Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary of the AlBukhary Foundation.

Sesetengah pendapat juga mengatakan ranking kekayaan di dominasi juga keluarga di raja,ahli politik dan businessman lain. But whatever it is, we have to hand it to him for his self-made achievements. Namun begitu, Kuok memilih untuk menetap di Hongkong sehingga sekarang.

Dalam majalah Euromoney pernah menerbitkan ‘once described his business empire as having been built on “political astuteness” an Aia-wide network of contacts and a willingness to take risks’

Now that’s a power of the statement,despite being low profile,kuok’s connections with politicians are quite well known and that’s nothing prerogative and nothing wrong with it.

Dalam interview dengan majalah Euromoney juga,Kuok ditanya tentang ‘sense of mission’ as a great entrepreneur,he bluntly replied that the most important thing was “to make money”

That’s how focused Kuok was.

Sekiranya anda rasa artikel ini menarik, sila klik “Share” di bahagian atas post atau Komen di ruangan di bawah ini…

Robert Kuok a.k.a The Real “SUGAR” DADDY..

.

.

 

Sumber: Syed Nadzri (NST)
]]>
http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/kisah-menarik-apa-yang-boleh-dibuat-dengan-rm50billion-robert-kuok.html/feed 6
[MARI BACA] 40 orang terkaya di Malaysia 2011 | Hafizizain.com http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/mari-baca-40-orang-terkaya-di-malaysia-2011-hafizizain-com.html http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/mari-baca-40-orang-terkaya-di-malaysia-2011-hafizizain-com.html#comments Thu, 24 Feb 2011 01:08:01 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=921 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Senarai ranking 40orang terkaya di Malaysia dah keluar… Kedudukan kali ni agak banyak berubah kerana banyak ranking turun dan naik dan ada juga pendatang baru dalam ranking jutawan di Malaysia..  Ianya didahului oleh Hafizi Zain Robert Kuok dengan nilai harta RM50.04 billion. Tempat kedua pula adalah Pemilik Maxis iaitu Ananda Krishnan dengan jumlah harta RM45.78 billion. Kedudukan ketiga pula Teh Hong Piow yang merupakan pengerusi Public Bank dengan nilai harta RM12.77 billion.

Menurut Forbes, senarai ini disusun dari maklumat yang diperolehi dari individu, bursa saham, dokumen awam dan penganalisis.

Mari kita tengok ranking terbaru ini:-

1. Robert Kuok RM 50.04 billion, 87 tahun, Kerry Group/ Kuok Group

2. Ananda Krishnan RM 45.78 billion, 73 tahun, Usaha Tegas

3. Teh Hong Piow RM 12.77 billion, 81 tahun, Public Bank

4. Lee Shin Cheng RM 12.74 billion, 72 tahun, IOI Group

5. Lim Kok Thay RM 10.89 billion, 59 tahun, Genting Group

6. Quek Leng Chan RM 10.75 billion, 70 tahun, Hong Leong Group

7. Syed Mokhtar AlBukhary RM 8.84 billion, 59 tahun, Yayasan AlBukhary

8. Lee Kim Hua RM 7.43 billion, 82 tahun, Genting Group

9. Tiong Hiew King RM 4.77 billion, 75 tahun, Rimbunan Hijau

10.Ong Bee Seng RM 3.98 billion, Hotel Properties Ltd

11.Azman Hashim RM 3.93 billion, 71 tahun, Amcorp

12.Vincent Tan RM 2.43 billion, 59 tahun, Berjaya Group

13.Lee Yeow Chor RM 1.998 billion, 45 tahun, IOI Group

14.Lee Yeow Seng RM 1.962 billion, 33 tahun, IOI Group

15.Lee Oi Hian RM 1.859 billion, 61 tahun, Batu Kawan

16.Lee Hau Hian RM 1.855 billion, 58 tahun, Batu Kawan

17.Yeoh Tiong Lay RM 1.811 billion, 81 tahun, YTL Group

18.Lau Cho Kun RM 1.775 billion, 75 tahun, Hap Seng Consolidated

19.Mokhzani Mahathir RM 1.665 billion, 49 tahun, Kencana Petroleum

20.Jeffrey Cheah Fook Ling RM 1.536 billion, 65 tahun, Sunway Group

21.Dr.Lim Wee Chai RM 1.244 billion, 53 tahun, Top Glove Corp

22.Francis Yeoh Sock Ping RM 1.229 billion, 57 tahun, YTL Group

23.Yeoh Seok Hong RM 1.129 billion, 52 tahun, YTL Group

24.Yeoh Seok Kian RM 1.098 billion, 54 tahun, YTL Group

25.Mark Yeoh Seok Kah RM 1.096 billion, 46 tahun, YTL Group

26.Michael Yeoh Sock Siong RM 1.092 billion, 51 tahun, YTL Group

27.Tony Fernandes RM 1.092 billion, 46 tahun, AirAsia

28.Kamarudin Meranun RM 0.856 billion, 49 tahun, AirAsia

29.Chong Chook Yew RM 0.813 billion, 88 tahun, Selangor Properties

30.Shahril Shamsuddin RM 0.804 billion, 50 tahun, Sapura Group

31.Shahriman Shamsuddin RM 0.791 billion, 42 tahun, Sapura Group

32.Liew Kee Sin RM 0.786 billion, 52 tahun, SP Setia

33.Yaw Teck Seng RM 0.699 billion, 73 tahun, Samling Group

34.Ong Leong Huat RM 0.621 billion, 67 tahun, OSK Holdings

35. Leong Hoy Kum RM 0.618 billion, 54 tahun, Mah Sing Group

36.Lee Swee Eng RM 0.570 billion, 56 tahun, KNM Group

37.Raja Eleena Raja Azlan Shah RM 0.568 billion, 50 tahun, Gamuda

38.Tan Heng Chew RM 0.557 billion, 65 tahun, Tan Chong Motors Holding

39.Stanley Thai Kim Sim RM 0.539 billion, 51 tahun, Supermax Corp

40.Tony Tiah Thee Kian RM 0.524 billion, 64 tahun, TA Enterprise

Sila klik “Share” di bahagian atas sekiranya minat dengan post ini.

Sekiranya anda tak sempat lihat, Ini pula kedudukan pada tahun lepas…

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2010 menurut Forbes Asia:

1.(1) Robert Kuok AS$ 12 billion(9), pelbagai, 86, berkahwin, 8 orang anak.

2.(2) Ananda Krishnan AS$ 8.1 billion(7), telekom, 72, berkahwin, 3 orang anak.

3.(3) Lee Shin Cheng AS$ 4.6 billion(3.2), minyak sawit, 71, berkahwin, 6 orang anak.

4.(4) Lee Kim Hua AS$ 3.9 billion(2.5), perjudian, 81, janda, 6 orang anak.

5.(6) Quek Leng Chan AS$ 3.85 billion(2.3), pelbagai, 69, berkahwin, 3 orang anak.

6.(5) Teh Hong Piow AS$ 3.8 billion(2.4), bank, 80, berkahwin, 4 orang anak.

7.(7) Yeoh Tiong Lay AS$ 2.5 billion(1.8), pelbagai, 80, berkahwin, 7 orang anak.

8.(8) Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.7 billion(1.1), pelbagai, 58, berkahwin, 5 orang anak.

9.(10) Vincent Tan AS$ 1.6 billion(0.75), pelbagai, 58, berkahwin, 11 orang anak.

10.(9) Tiong Hiew King AS$ 1.2 billion(1), perkayuan, 75, berkahwin, 4 orang anak.

11.(11) Azman Hashim AS$ 660 juta(470), kewangan, 70, berkahwin, 5 orang anak.

12.(17) Lee Oi Hian dan Lee Hau Hian AS$ 560 juta(210), pelbagai, 59/56, berkahwin, 4/1 orang anak.

13.(33) Yaw Teck Seng dan Yaw Chee MingAS$ 480 juta(113), perhutanan, 72/50, berkahwin, 8 orang anak.

14.(-) Lim Wee Chai, AS$ 470 juta, sarung tangan getah, 52, berkahwin, 2 orang anak.

15.(12) William H.J. Cheng AS$ 430 juta(390), peruncitan, 67, berkahwin, 3 orang anak.

16.(34) Goh Peng Ooi AS$ 425 juta(112), perisian, 55, berkahwin, 2 orang anak.

17.(14) Lim Kok Thay AS$ 360 juta(225), perjudian, 58, berkahwin, 3 orang anak.

18.(23) Jeffrey Cheah AS$ 350 juta(185), hartanah, 65, berkahwin, 3 orang anak.

19.(15) Anthony Fernandes AS$ 330 juta(220), penerbangan, 46, berkahwin, 2 orang anak.

20.(13) G. Gnanalingam AS$ 320 juta(260), pelabuhan, 65, berkahwin, 3 orang anak.

21.(19) Kamarudin Meranun AS$ 300 juta(205), penerbangan, 49, berkahwin, 5 orang anak.

22.(18) Chan Fong Ann AS$ 290 juta(209), minyak sawit, 79, berkahwin.

23.(-) Shahril dan Shahriman Shamsuddin AS$ 270 juta, minyak & gas, 47/41.

24.(-) A.K. Nathan AS$ 250 juta, pembinaan, 54, berkahwin, 2 orang anak.

25.(20) Chong Chook Yew AS$ 230 juta(200), pendidikan, 88, janda, 4 orang anak.

26.(16) Mokhzani Mahathir AS$ 215 juta(215), gas, 49, berkahwin, 5 orang anak.

27.(25) Ahmayuddin Ahmad AS$ 210 juta(175), pelabuhan, 53, berkahwin, 4 orang anak.

28.(27) Lau Cho Kun AS$ 200 juta(165), pelbagai, 74, berkahwin.

29.(21) Chen Lip Keong AS$ 180 juta(195), perjudian, 62, berkahwin.

30.(22) Lee Swee Eng AS$ 155 juta(190), perkhidmatan minyak, 54, berkahwin.

31.(29) Liew Kee Sin AS$ 150 juta(140), hartanah, 51, berkahwin, 4 orang anak.

32.(-) Nazir Razak AS$ 145 juta, bank, 43, berkahwin, 2 orang anak.

33.(35) Eleena Azlan Shah AS$ 141 juta(110), infrastruktur, 50, berkahwin, 2 orang anak.

34.(-) Ong Leong Huat, AS$ 140 juta, pelbagai, 66, berkahwin, 5 orang anak.

35.(31) Rozali Ismail AS$ 136 juta(130), infrastruktur, 52, berkahwin, 6 orang anak.

36.(40) Kua Sian Kooi AS$ 135 juta(90), insuran, 57, berkahwin, 4 orang anak.

37.(32) Lin Yun Ling AS$ 130 juta(115), infrastruktur, 55, berkahwin, 2 orang anak.

38.(36) David Law Tien Seng AS$ 125 juta(105), perlombongan.

39.(-) Abdul Hamed Sepawi, AS$ 120 juta, perkayuan, 61, berkahwin, 2 orang anak.

40.(37) Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir AS$ 110 juta(100), bank, 62, berkahwin, 3 orang anak.

Sila klik “Share” di bahagian atas sekiranya minat dengan post ini.

Sumber: Azhad & Forbes
]]>
http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/mari-baca-40-orang-terkaya-di-malaysia-2011-hafizizain-com.html/feed 1
Kisah Menarik : Jutawan Kurma Yusuf Taiyoob http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/kisah-menarik-jutawan-kurma-yusuf-taiyoob.html http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/kisah-menarik-jutawan-kurma-yusuf-taiyoob.html#comments Sat, 31 Jul 2010 15:11:57 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=404 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.

Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.

Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.

Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.

“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga.

“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Yusuf yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 50 tahun berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.

Beliau kemudian mencari bentuk perniagaan baru, walaupun menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara ini.

Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.

Yang penting, menurut Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.

“Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri,” katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan.

Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya.

Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.

Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan barangan.

Syarikat itu ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kira-kira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.

Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.

Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik.

Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.

“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.

Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.

Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.

“Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.

Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.

“Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.

PROFIL
NAMA: Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN:Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
UMUR: 51 tahun
ISTERI: Datin Yusnita Ramli
ANAK: Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan


Rupa-rupanya nama kurma adalah sempena dengan nama anak-anak beliau!! wahhhh!!

.

.

.

.

]]>
http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/kisah-menarik-jutawan-kurma-yusuf-taiyoob.html/feed 15
Siapakah dia Suthan M? http://www.hafizizain.com/pendapat/siapakah-dia-suthan-m.html http://www.hafizizain.com/pendapat/siapakah-dia-suthan-m.html#comments Tue, 20 Jul 2010 18:55:43 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=369 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Sebelum itu, saya ada tersalah bagi link download video percuma dari Suthan M kepada subscriber di email saya.

Link yang sepatutnya adalah seperti berikut:-

KLIK SINI UNTUK MENERIMA 15 VIDEO PERCUMA MENGENAI  PERNIAGAAN INTERNET

Suthan M merupakan internet marketer terkenal, penulis buku “paperbook” marketing laris di US dan UK,, IM Seminar Speaker dan juga Sukses-Intensif B2B “Online Wealth” Bisnes Coach di persada antarabangsa termasuk Amerika, United Kingdom, Australia, Singapore, New Zealand, Brunei dan Malaysia.

Dikenali ramai sebagai “Web 2.0 Internet Marketing Expert in the international market, Suthan M. telah mengeluarkan banyak jurnal marketing, report, dan buku buku lain yang telah dibaca dan menukar hidup ramai orang biasa di seluruh dunia.

Suthan M adalah seorang usahawan internet yang berjaya mencapai taraf jutawan..

Ini gambar saya bersama Suthan M..

Sudah melihat program RM20,000 Dalam 20 hari keluaran En Suthan M. ?

http://tinyurl.com/rahsia20ribu20hari

Mungkin ada telah mendengar akan produk launch terbaru ini yang tengah meletup sekarang ini di pasaran, dan rata rata mungkin anda ingin tahu sebenarnya apa program ini..

Hari ini, saya akan bongkarkan latar belakang En Suthan M. dan produk terbaru keluaran syarikatnya.

Sekiranya anda telah lama didalam bisnes “perniagaan internet”, mungkin anda pernah terdengar kisah mengenai Suthan.

Orangnya low profile, tetapi dia merupakan tuanpunya beberapa produk unik dan popular di pasaran antarabangsa seperti NicheProphecy, IMSutra, YourSimplyStupid (dan banyak lagi!) dan mempunyai network dengan ramai otai otai high profil internet marketer dari US dan UK.

Tetapi, yang paling menarik ialah latar belakang orangnya sendiri.

Untuk anda yang ingin tahu, Suthan baru berusia 24 tahun.  Tahap pendidikan dia pun sekadar SPM sahaja, tak pernah pergi university pun. Dia pun dulu bukan kaya pun; sampai pernah bekerja cuci windscreen dan polish tayar di kedai minyak Projet untuk menyara hidup.

Jadi macam mana “tukang polish tayar kereta” ini berubah menjadi “sukses internet” ?

Kalau nak tahu kisahnya, boleh ke sini http://tinyurl.com/rahsia20ribu20hari dan baca sendiri cerita saudara Suthan dari laman webnya.

Dia pertama kali menceburi perniagaan internet dengan blogging seperti orang lain. Tetapi, sukses pertama En Suthan ialah apabila dia menjual produk “rahsia membuat laying layang” dipasaran antarabangsa. Untung sukses pertama dia bukan banyak pun, dalam USD32 sahaja, tetapi ini telah menyemarakkan semangat Suthan untuk terus menceburi bidang ini.

Lima tahun berniaga, kini saudara Suthan merupakan salah satu internet marketer tersohor yang terkenal di pasaran antarabangsa . Harga produknya kini mencecah ribuan ringgit, dan dia telah “personal coach” beribu ribu orang dari seluruh duni untuk menjadi sukses IM .

Semalam, saya terdengar akan Program ulung Bahasa Melayu yang dilancarkan oleh Suthan M, dan saya excited nak memberitahu anda mengenai program baru ini yang diberi nama “RM20,000 Dalam 20 Hari”.

http://tinyurl.com/rahsia20ribu20hari

Program ini berbentuk “daily step by step blueprint” dimana Suthan M akan membimbing anda dengan memberikan anda coaching setiap hari selama 20 hari dalam apa yang perlu anda buat untuk menjana RM20,000 dalam 20 hari. Dia menggunakan kaedah “produk launch + infoproduk marketing” dalam sistem RM20,000 dalam 20 hari ini.

Program ini sesuai jika anda:

1.Ingin membuat program internet sebenar secara halal dan betul dari segi undang undang

2.Jika anda tidak pernah membuat perniagaan infoproduk dan ingin menceburi perniagaan yang begitu lukratif ini

3.Ingin mendapatkan “rahsia sebenar” produk launch dan menggunakan idea yang sama untuk perniagaan anda.

4.Nak mendapatkan bombing professional dari internet marketer yang tersohor untuk “reverse engineer” sukses kejayaannya.

Program RM20,000 Dalam 20 merupakan satu peluang bagaimana anda boleh menceburi bidang perniaagan internet dengan nasihat dan tips dari orang professional seperti saudara Suthan.

Tetapi, jangan beli jika anda tidak ingin “take action” dengan ilmu yang diberi oleh Suthan ini.

Ini bukan program “fast cash”, ataupun “duit cepat”, tetapi cara perniagaan online yang mantap dan evergreen.

Anda perlu TAKE ACTION dan “put effort” sekiranya anda ingin berjaya. Itu hikmahnya..

Rahsia RM20,000 Dalam 20 hari kini telah terbongkar ; Persoalannya, siapa yang akan menjadi jutawan internet menggunakan method ini? Mungkinkah ANDA orangnya?

http://tinyurl.com/rahsia20ribu20hari

Ikhlas,
Hafizi Zain

http://tinyurl.com/rahsia20ribu20hari

]]>
http://www.hafizizain.com/pendapat/siapakah-dia-suthan-m.html/feed 0
Rahsia Kejayaan Irfan Khairi http://www.hafizizain.com/tips-perniagaan/rahsia-kejayaan-irfan-khairi.html http://www.hafizizain.com/tips-perniagaan/rahsia-kejayaan-irfan-khairi.html#comments Sun, 11 Jul 2010 14:46:18 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=353 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

KEJAYAAN Irfan Khairi mencapai pendapatan RM1 juta melalui perniagaan internet dalam usia yang masih muda telah melonjakkan namanya sehingga digelar sebagai jutawan internet.

Rata-rata pengusaha yang menjalankan perniagaan berasaskan internet telah menjadikan beliau sebagai ikon dan sumber inspirasi untuk maju dalam perniagaan. Pergilah ke mana-mana jemputan seminar bisnes internet sama ada konvensional mahupun berasaskan ‘networking,’ nama Irfan Khairi pastinya disebut-sebut sebagai individu contoh yang berjaya dalam bisnes internet.

Untuk bertemu dengan beliau bagi tujuan wawancara eksklusif, tidaklah sukar kerana tiada protokol. Malah, temujanji yang dibuat hanya mengambil masa tiga hari sahaja untuk direalisasikan tanpa memerlukan surat rasmi.

Rakan-rakan media cetak mahupun elektronik yang sebelum ini telah banyak kali mewawancara beliau mengatakan Irfan Khairi adalah jenis orang yang sangat simple, mudah mesra dan mudah untuk ditemui. Ternyata ianya benar apabila krew kami sendiri berhadapan dengan jutawan muda ini.

Walaupun pertemuan yang diatur di pejabatnya di Damansara Utama (Uptown). Petaling Jaya sekitar 40 minit, namun jawapan yang diberikan oleh Irfan Khairi sudah cukup sempurna untuk diolah menjadi bahan yang sangat bermanfaat untuk para pembaca.

Mengimbas kembali kronologi sejarah dirinya sebelum bergelar jutawan. sebaik sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire Universiti, United Kingdom (UK), Irfan menerima tawaran bekerja di salah sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) terbesar di Birmingham iaitu Netmedia (UK) Ltd.

Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding internet, beliau diberi tanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di UK yang dikenali sebagai Learning Grid. Sekarang lebih daripada 5000 buah sekolah di UK menggunakan sistem tersebut.

Oleh sebab minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan internet secara sambilan pada 1999.

Perniagaan internet beliau yang menggunakan nama IdeaBubble, sehingga sekarang telah berkhidmat untuk lebih daripada 3000 orang pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari Amerika Syarikat, UK, negara-negara Eropah, Timur Tengah, Jepun dan Australia.

Antaranya perniagaannya yang berjaya dan berkembang pesat melibatkan perkhidmatan mereka bentuk buku elektronik (e-book), mereka cipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempatan hotel, perunding multimedia, e-Niaga dan e-pembelajaran.

Namun demikian, sebelum mencipta kejayaan, beliau mengaku mengalami kegagalan di peringkat awal mengusahakan bisnes internet. Selama setahun beliau menghadapi masalah untuk mendapatkan pelanggan, menyebabkan perniagaan yang dijalankan tidak mencapai matlamat.

Kegagalan yang dialami menyebabkan Irfan mula belajar tentang selok-belok perniagaan di internet. Hasil penelitiannya, Irfan mendapati bahawa terdapat dua kelemahan utama yang menyebabkan kegagalannya iaitu kaedah promosi yang tidak tepat dan juga kurang fokus.

Minat yang mendalam terhadap perniagaan internet telah mendorong Irfan mempelajari semula pelbagai perkara tentang pemasaran melalui menerusi internet, serta menjadikan beberapa orang pakar dalam bidang pemasaran internet sebagai contoh.

Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang dipelajarinya sebelum ini, Irfan menyusun semula srategi perniagaannya, dengan bermodalkan kurang daripada RM500.

Dalam percubaan kedua untuk bangkit dari kegagalan itu, Irfan lebih bijak memilih kaedah promosi yang lebih sesuai dengan produk yang diketengahkan. Misalnya, Irfan telah memberi tumpuan promosi kepada pasaran Arab bagi menjual peta Malaysia, apabila mendapati produk tersebut mempunyai permintaan yang tinggi di sana.

Irfan akhirnya berjaya mengangkat perniagaannya ke landasan yang betul, apabila pendapatannya menerusi perniagaan tersebut meningkat berlipat kali ganda daripada pendapatan yang diperolehi daripada pekerjaan tetapnya. Hal ini telah mendorong Irfan menjadikan perniagaan internet sebagai kerjaya sepenuh masa.

Akhirnya, selepas tiga tahun menjalankan perniagaan internet, Irfan telah berjaya memperolehi pendapatan mencecah RM1 juta tanpa perlu ada pekerja dan peralatan komputer yang canggih.

Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan menggunakan komputer riba dan akses internet. Ketika itu, beliau baru sahaja berusia 25 tahun.

Irfan juga tidak lokek berkongsi kejayaannya dengan sesiapa pun malah beliau mencurahkan pengalamannya dengan menulis buku berjudul, “Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar” kepada orang ramai yang berminat mempelajari teknik berkesan untuk menjalankan perniagaan internet.

Menceritakan pengalamannya yang sukar dilupakan ketika mengusahakan perniagaan internet ketika menetap di luar negara ialah pertemuannya dengan seorang jutawan hartanah terkenal, Azizi Ali.

“Antara kisah yang membuatkan orang kenal dengan saya sehingga ke hari ini ialah Azizi Ali.

“Pada mulanya Azizi Ali menjadi pelanggan saya. Beliau membuat pesanan di laman web saya yang menjual perkhidmatan reka bentuk logo. Saya dapat tempahan daripada beliau untuk membuat logo.

“Apabila saya lihat butiran pembayaran menggunakan kad kredit, saya perhatikan nama butiran kad kredit itu nama orang Melayu. Jadi saya tengok alamatnya orang Malaysia. Waktu itu saya rasa macam popular nama itu.

“Saya terus membuat reka bentuk logo untuknya. Kemudian saya baru teringat yang saya ada memiliki buku yang ditulis oleh Azizi Ali. Saya ambil buku itu dan saya tengok alamat buku itu sama dengan alamat yang tertera dalam butiran kad kredit tersebut. Rupa-rupanya Azizi Ali merupakan jutawan hartanah yang terkenal itu.

“Apabila logo telah saya siapkan, saya berinteraksi melalui e-mel dengan Azizi dalam Bahasa Inggeris. Beliau tidak tahu pun yang saya ini adalah orang Melayu. Beliau akhirnya berpuas hati dengan logo yang saya buat melalui testimoni yang dihantar. Selepas membaca testimoninya menerusi e-mel, saya balas balik e-mel beliau dalam Bahasa Melayu.

“Beliau terkejut apabila mengetahui saya orang Melayu. Kemudian beliau pesan supaya saya menemui beliau apabila pulang ke Malaysia. Dipendekkan cerita, saya pulang ke Malaysia bersama isteri ketika cuti panjang.

“Apabila dapat tahu Azizi ada buat seminar, saya terus menemuinya dan bersembang banyak perkara. Dari situlah hubungan saya dengan Azizi Ali mula terbina. Beliau cadangkan kepada saya kenapa tidak awak buat buku tentang perniagaan internet. Jadi, saya terima sahaja cadangan beliau. Saya tulis, Azizi yang terbitkan. Saya menjadi penulis Azizi yang pertama, sebelum ini, syarikat penerbitan beliau tidak ambil seorang penulis pun,” jelas Irfan panjang lebar.

“Apa yang saya nak beritahu di sini ialah tentang betapa hebatnya perniagaan internet, perniagaan tanpa sempadan. Dari beribu-ribu batu jauh jaraknya, saya boleh bertemu dengan Azizi Ali,” kata Irfan yang mengakui bahawa Azizi Ali menjadi titik tolak dirinya dikenali pada hari ini.

Hasil cadangan Azizi Ali yang merupakan seorang pakar kewangan tempatan itulah menyebabkan buku “Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar” ditulis manakala Azizi Ali menajdi penerbit buku berkenaan melalui syarikatnya, Truwealth Sendirian Berhad.

Buku itu telah mendapat sambutan yang di luar jangkaan sehingga mencapai tahap best seller sepanjang tahn 2005. Kewujudan buku itu sebenarnya menjadi “publisiti” yang telah membantu melonjakkan nama Irfan Khairi sebagai ikon perniagaan internet sehingga menjadi rujukan oleh pelbagai pihak.

Di pihak media, terutamanya para editor dan juga wartawan menjadikan beliau sebagai sumber bahan perbincangan mengenai isu yang berkaitan dengan perniagaan internet. Hasilnya, Irfan Khairi mendapat publisiti yang sangat meluas daripada pelbagai media cetak dan elektronik sehingga ke hari ini.

Selain buku, Irfan juga pada setiap bulan turut menganjurkan bengkel serta seminar yang berkaitan dengan perniagaan internet. Kini, beliau bukan sahaja mengajar subjek perniagaan internet pada bengkel yang dikendalikannya, malah turut mendapat tawaran memberi ceramah ke seluruh pelusuk tanah air termasuk di Institut Pengajian Awam serta Swasta. Begitulah sedikit sebanyak kisah kejayaan beliau dalam perniagaan internet.

Bercakap mengenai rahsia kejayaan, beliau mengambil contoh individu yang paling kaya di dunia ini yang turut menjadi idolanya iaitu Bill Gates.

“Saya dapati, mereka yang berjaya kerana mereka melakukan perkara yang disukai. Contohnya Bill Gates, ‘Dari awal hingga menjadi kaya, beliau buat perkara yang diminatinya iaitu pengaturcaraan (programming).

“Beliau menjadi kaya sebab buat perkara yang diminatinya. Saya juga selalu sarankan kepada peserta bengkel kendalian saya buat perkara yang mereka minat, jangan terikut-ikut dengan industri yang kita sendiri tidak tahu keadaannya. Kalau hendak mencapai kejayaan sebenarnya industri apa-apa pun boleh tetapi yang paling penting, kita minat,” jelas beliau.

“Kalau hendak berjaya, kita kena fokus. Bisnes internet walaupun pasarannya terlalu besar, kita jangan fikir bahawa kita perlu menjual banyak produk baru boleh berjaya. Kalau bisnes konvensional boleh la keluar banyak produk. Tetapi internet kena kecilkan tumpuan iaitu fokus kepada kekuatan yang kita ada. Contohnya saya sendiri tidak buat semua bentuk design. Saya cuma design kulit buku dan logo sahaja.

“Saya percaya dari dulu lagi bahawa kalau hendak berjaya kita kena lakukan apa yang kita tahu, apa yang kita pandai iaitu kepakaran kita. Saya sendiri, apabila balik semula ke Malaysia, saya masih meneruskan perniagaan internet, tidak buat perniagaan yang lain. Saya tulis buku dan menganjurkan bengkel serta seminar pun adalah yang berkaitan dengan internet, bukan perkara yang lain. Kalau orang suruh saya jual makanan kesihatan, saya tidak serasi walaupun saya ada kelebihan untuk menjualnya melalui internet.

“Selain itu dan yang paling penting adalah faktor promosi. Berniaga internet bukan boleh duduk goyang kaki boleh buat duit. Bisnes kena ada usaha yang berterusan. Kena sentiasa melakukan promosi yang berterusan dengan menggunakan enjin carian dan sebagainya,” katanya.

Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan perniagaan internet, ini pesan Irfan: “Nasihat saya yang pertama ialah lengkapkan diri kita dengan ilmu perniagaan internet. Perniagaan internet bukan semudah yang disangka. Ia adalah sama seperti perniagaan-perniagaan yang lain.

“Nombor dua, selalu promote perniagaan kita. Kita tidak akan berjaya kalau kita goyang kaki. Promotion kena berterusan sampai bila-bila supaya kita dapat memaksimakan keuntungan.

“Lain dari itu kita kena sentiasa buat apa yang kita minat. Tengok kekuatan yang ada pada diri masing-masing. Lihat keserasian pada diri kita sendiri, jangan tengok orang lain jadi jutawan jual benda ini, kita pun ikut semata-mata hendak jadi jutawan itu.  Kenapa kita tidak tengok kekuatan kita sendiri dan cuba ubah menjadi satu bentuk perniagaan,” nasihat Irfan lagi.

Sumber: Sukses.my
]]>
http://www.hafizizain.com/tips-perniagaan/rahsia-kejayaan-irfan-khairi.html/feed 1
Cerita Best Mengenai Adly Flarebiz a.k.a Labanon http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/cerita-best-mengenai-adly-flarebiz-a-k-a-labanon.html http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/cerita-best-mengenai-adly-flarebiz-a-k-a-labanon.html#comments Fri, 28 May 2010 14:55:51 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=182 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Kenalkah anda siapakah si budak kecik di sebelah saya ni?? Hehe.. kecik bukan sebarang kecik.. Kecik ni ligat orangnya.. Baru berumur 20tahun. Tapi dah ramai awek Tapi sudah sudah mampu menjadi Co-Founder kepada Flarebiz Network Sdn Bhd. Nama beliau ialah Adly Mukhtar ataupun dikenali sebagai Labanon atau yang terbaru sekali ‘Abg Banon’ di internet… hehehe.

FACEBOOK, blog, muat turun lagu, memasuki “chat rooms” di Internet memang menjadi kegemaran remaja ini, tiada bezanya dengan anak muda lain.

Adly Mukhtar banyak mencuri masa daripada setiap kesempatan yang ada untuk ke kafe siber, melayari Internet kerana di rumahnya tiada kemudahan itu.

Tapi boraknya di Internet bukan bualan kosong. Adly seronok meneroka dunia. Beliau mencari sesuatu yang bermakna setelah menyedari minatnya melayari Internet boleh membawa keuntungan pada dirinya.

Adly terpikat membaca kejayaan Irfan Khairi, pakar perniagaan Internet yang menjadi jutawan pada usia 25 tahun.

Irfan pernah dipetik sebagai berkata “cara paling mudah untuk berjaya di Internet ialah dengan mengikut jejak langkah mereka yang berjaya”.

Itu jugalah yang diikuti Adly, “Saya terfikir, kalau dia boleh berjaya kenapa saya tidak?” kata Adly memulakan bicara.

BERMULA DENGAN RM300

Adly mula menjana pendapatan di Internet pada usia 16 tahun, ketika masih di tingkatan 4 lagi. Setahun selepas itu, beliau melancarkan produk digital yang diberi nama “101 Tip Adsense Terbongkar” dan menjana pendapatan RM10,000. Produk itu berupa e-buku bagi usahawan Internet yang berharga RM20 satu. Ia menerangkan 101 teknik bagaimana untuk memaksimum atau menggandakan pendapatan Google Adsense.

“Saya pinjam duit kawan sebanyak RM300 untuk memulakan projek ini,” kata Adly.

Selepas SPM, dia melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti tempatan dalam bidang kejuruteraan komputer, namum nekad berhenti untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan Internet yang dijalankan dan berjanji pada dirinya untuk terus menimba ilmu bagi kemajuan diri dan masa depannya.

Pada ketika itu, beliau sudah memiliki komputer sendiri yang dibelikan ibunya untuk pengajian di universiti.

Bersama seorang rakan kampung di Kota Bharu, Kelantan, Mohd Zhafran Mohd Ghani, beliau menubuhkan syarikat penyelesaian Internet Flarebiz Network dua tahun lepas.

Mohd Zhafran yang meminati apa saja berkaitan dengan reka bentuk dan pembinaan laman web, menjana pendapatan di Internet dengan membuat servis reka bentuk laman web mini atau mini sites dan e-cover di pasaran domestik dan luar negeri.

TARIK MINAT USAHAWAN

Model perniagaan Flarebiz Network lebih kepada perkhidmatan dan penghasilan produk digital seperti e-book dan servis khas untuk usahawan yang mahu memperbaiki perniagaan mereka menggunakan kuasa Internet.

Bagi tujuan meluaskan jaringan rakan dari kalangan mereka yang berminat berniaga menerusi Internet, mengumpulkan pakar dan sebagainya, Flarebiz Network mengasaskan e-majalah atau Majalah Internet Malaysia untuk mempromosi pemasaran Internet.

Mereka mahu menyedarkan pengguna tentang potensi untuk menjana wang di Internet dengan berusaha menyatukan semua usahawan pemasaran Internet tempatan menulis artikel mengenai bidang perniagaan ini.

E-majalah yang boleh dimuat turun secara percuma itu diperkenal dengan tujuan mendidik pengguna Internet mengenai potensi Internet sebagai medium atau media baru untuk menjana pendapatan.

Adly berkata majalah itu mengandungi artikel-artikel menarik, termasuk ilustrasi kartun yang mendidik pembaca dengan cara dan teknik yang betul untuk menjadikan Internet sebagai sumber pendapatan tanpa melibatkan perkara seperti sistem MLM atau pemasaran multi peringkat, sistem piramid, skim pelaburan Internet, HYIP atau program keuntungan tinggi, sistem derma duit dan tukaran wang asing secara online.

Setakat ini IM dimuat turun oleh kira-kira 20,000 orang.

KE KUALA LUMPUR

Anak bongsu daripada tiga beradik ini mendapat sokongan ibu bapanya walaupun berhenti belajar dalam usia muda tetapi mereka tahu anak mereka mempunyai kecenderungan yang bukan sia-sia.

Bapanya seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar meninggal dunia tahun lepas, tetapi sempat melihat kejayaan Adly melalui bidang yang diceburinya.

Walaupun bisnes Internet boleh berpangkalan di mana-mana, keadaan sekeliling memaksa Adly membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dan membuka pejabat Flarebiz Network yang kini mempunyai enam lagi petugas terdiri daripada anak-anak muda berusia dalam lingkungan 20-an.

Selepas IM berjaya menarik perhatian ramai usahawan, Adly dan rakan kongsinya mahu mencipta sesuatu yang signifikan terutama dalam Bahasa Melayu untuk manfaat usahawan tempatan membawa perniagaan mereka maju setapak lagi.

Mereka bangunkan sistem kedai online – Niagakit – yang dicipta setelah mengenal pasti kelebihan dan kekurangan perisian shopping cart antarabangsa yang tidak sesuai dengan keperluan urus niaga tempatan.

“Kami guna Bahasa Melayu untuk kemudahan peniaga kecil dan peniaga konvensional dengan mengajak mereka daripada berniaga offline kepada online,” katanya.

Niagakit, menurutnya, memudahkan usahawan menggunakan medium yang mereka selesa, tidak rumit dan memenuhi keperluan asas mereka.

Adly berbangga kerana kini ramai yang berjaya memanfaatkan sistem yang diperkenal beliau kerana masalah biasa yang dihadapi kebanyakan mereka ialah tidak tahu membina laman web dan kurang mahir dengan perkara teknikal untuk menjual produk di Internet .

PRODUK MALAYSIA

“Niagakit merupakan sistem kedai online khas untuk rakyat Malaysia,” dan menurut Adly, beliau dan rakan kongsinya faham apa yang diperlukan oleh seseorang itu untuk menjual produk secara online.

“Dalam dunia perniagaan Internet kini anda memerlukan sebuah sistem kedai online yang benar-benar mantap dan menyediakan pelbagai fungsi menarik yang akan memudahkan kerja seseorang.

“Seseorang itu boleh melakukan semuanya sendiri bermula dengan menyenaraikan produk sehinggalah memproses tempahan tanpa menghadapi sebarang masalah, dan tanpa perlu membazir wang dan masa untuk sistem memilih kedai online yang selaras dengan kehendak pasaran tempatan,” katanya.

Sistem ini ditawarkan pada harga RM1,000 tetapi Adly dan rakan kongsi turut menganjurkan bengkel atau seminar mini, mengajar secara mendalam selok belok sistem ini dan perniagaan Internet. Caj yang dikenakan untuk bengkel separuh hari hanya RM10.

“Baru-baru ini semasa saya mengadakan seminar di Johor Bahru, orang Singapura pun turut hadir,” katanya bangga.

LAMAN WEB MINI

Flarebiz Network juga mencipta laman web mini, khas untuk menjual produk fizikal atau digital.

Untuk mempromosi produk mereka, Flarebiz Network mengadakan bengkel membina laman web mini yang memberikan panduan kepada peserta bagaimana untuk membina web mini dalam masa yang singkat tanpa perlu mengetahui perkara teknikal, yang sukar.

Biasa yang hadir ialah usahawan muda dan usahawan wanita yang mahu bekerja dari rumah, menjual tudung, pakaian, barang antik dan sebagainya.

Kebanyakan yang menggunakan sistem kedai online ini, menurut Adly ialah golongan berusia 25-40 tahun.

“Kebanyakan mereka bermula dengan bisnes konvensional. Kami ada pangkalan peminat dan yang berjaya akan berkongsi cerita di facebook, dari situ kaki turut memantau perkembangan perniagaan mereka.

“Saya sendiri belajar dan mendapatkan informasi (selain buku) daripada rakan pakar-pakar bisnes ini melalui jaringan Internet juga, berkongsi pengalaman, menggunakan konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya,” katanya.

Kini menurut Adly, Flarebiz Network menjana pendapatan dalam lingkungan lima angka setiap bulan dan beliau mengambil gaji sebanyak RM5,000 sebulan.

CABARAN YANG DIHADAPI

Dalam setiap perniagaan sudah tentu ada jatuh bangunnya. Bagi Adly pengalaman pahit beliau ialah, bila pelaburannya mula-mula datang ke Kuala Lumpur membeli mesin mencetak t-shirt berharga RM10,000 daripada seorang kawan, terbengkalai begitu saja.

“Ketika itu saya anggap dunia perniagaan ini kejam, tapi dari situ saya belajar daripada kesilapan.

“Saya bangkit semula atas sokongan rakan-rakan dan pakar, seperti seorang usahawan IT di Kelantan. Kebanyakan mereka saya kenali melalui jaringan di Internet,” katanya.

Adly sedar dalan perniagaan Internet dan perkembangan di dalam Internet itu sendiri membuatkan dia tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dibangunkan.

Adly juga percaya budaya membeli-belah secara online yang menjadi trend di banyak negara akan menjadi amalan di negara ini suatu hari nanti.

Maka itu beliau agresif menjaja Niagakit, mengadakan seminar mengenai penggunaannya dan memberi penerangan kepada usahawan lain.

Beliau memegang kata-kata pengasas Microsoft dan hartawan Bill Gates: “Dalam abad 21 ini kalau bisnes tiada dalam online, ia bukan bisnes.”

Sumber Utama : BERNAMA
]]>
http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/cerita-best-mengenai-adly-flarebiz-a-k-a-labanon.html/feed 1