Khas untuk anda yang bakal mendirikan rumah tangga tahun 2011 ini, Pameran Pengantin semakin kerap diadakan di sana sini.. Yang terbaru untuk tahun 2011 ini adalah Pameran Pengantin di SACC Convention Centre Shah Alam.
Tarikh: 11-13 Februari 2011
Tempat: SACC Convention Centre Shah Alam (Jangan tertukar dengan SACC Mall pula yer)
Anjuran: Urban Vibe
Kalau anda tak sempat yang tu, anda boleh datang lagi kat PWTC pula…
Tarikh: 1-3 April 2011
Tempat: Legar Putra, PWTC
Anjuran: Urban Vibe
Oh ya! Sekiranya anda mencari Cenderahati yang menarik dan murah untuk diberikan kepada tetamu majlis anda nanti, anda bolehlah dapatkannya dengan kami.. Pasti Berbaloi,..
Klik sini –> www.CenderahatiPerkahwinan.com
Gambar hiasan:-
]]>Kerjaya sebagai seorang penoreh getah tidak dipandang pada zaman dulu… Siapa yang keluaganya penoreh getah akan dianggap sebagai golongan bawahan… Mereka hidup kais pagi, makan pagi.. Kais petang, makan petang… Pendapatan sebulan pun hanya sekitar RM150-RM200 sahaja sebulan. Akan tetapi… sekarang tanggapan tersebut salah sama sekali… Jangan terkejut jika sudah ada penoreh getah yang pegi menoreh bawak iPhone 4!! Itu sudah menjadi perkara biasa… Rezeki sebagai seorang penoreh getah sudah bertambah… Alhamdulillah…
Cuti raya cina baru ni sempat saya menemuramah seorang kawan saya yang mana ayahnya seorang penoreh getah.. Pada mulanya saya terkejut kerana beliau cakap beliau sudah berhenti kerja (sebagai kerani) semata-mata untuk menjadi penoreh getah.. Memang respek!! Cara beliau bercerita sangat mengujakan! Ternyata beliau memang berbangga dengan kerjaya sebagai penoreh getah…
Mana tak bangganya, pendapatan BERSIH sebulan beliau sekarang ni adalah anggaran RM5k-RM9k!! Amazinggg!! Kerja 3 kali seminggu saja… Hari lain pegi memancing ikan.. Beliau bahagia dengan kehidupan beliau sekarang.. Oh! Seronoknya jadi seorang penoreh getah..
Harga getah yang naik tinggi ini ternyata telah merubah banyak gaya hidup dan pendapatan para penoreh.. Harga getah sekarang sudah melebihi RM8.00 sekilo.. Cuba anda kira, kalau sebulan anda dapat 1 tan, sudah RM8,000 dalam tangan.. seronok bukan? Oleh itu, marilah kita ramai-ramai menjadi penoreh getah.. hehe..
Harus diingatkan… Dalam untung tersebut, ada juga risikonya.. bagi penoreh getah di sebelah timur semenanjung, mereka akan terdedah dengan musim hujan di setiap hujung tahun.. Jadi, pada waktu ini, mereka tidak akan keluar menoreh kerana hujan selalu turun.. Jadi, hasil yang lumayan pada awal hingga pertengahan tahun inilah yang harus direbut oleh mereka.. supaya dapat backup untuk musim bah nanti..
Jom tinggalkan komen di bawah ini. Share kat atas sekiranya anda suka dengan post ini..
FAKTA: Harga Getah (Sumber Lembaga Getah Malaysia)
2005: (RM2.50 – RM3.00)
2006: (RM3.50 – RM4.00)
2007: (RM3.60 – RM4.00)
2008: (RM4.00 – RM5.00)
2009: (RM3.20 – RM4.00)
2010: (RM8.00 – RM10.00)
]]>NOTA: Post ini telah dikemaskini pada 15 Jan. 2011. Jadi, semua tarikh2 cuti yang diberikan di bawah nanti adalah dari sumber yang memang boleh dipercayai…
KLIK SINI SEKIRANYA ANDA INGIN LIHAT CUTI SEKOLAH 2012
Saya yakin pasti ada diantara anda yang sedang merancang sesuatu untuk tahun 2011 ini. Ianya termasuklah rancang untuk melancong, berkahwin, bertunang, parti dan lain-lain lagi. Oleh itu, saya sediakan senarai cuti dan perayaan di Malaysia khas untuk rujukan anda semua. ENJOY~~!!
Sekiranya ada kesilapan, sila perbetulkan dengan memberi komen di bawah post ini.
Terima kasih.

Cuti Sekolah dan Perayaan bagi Tahun 2011
Penting: Kalau anda rasakan entri ini berguna, anda boleh klik sini dan “Like” blog ini di Facebook
Rujukan : KLIK SINI
Populariti kurma mengatasi hidangan lain ketika berbuka puasa dan buah ini menjadi makanan utama Nabi Muhammad SAW yang diteladani umat Islam zaman berzaman.
Umat Islam dianjurkan berbuka puasa dengan buah kurma sebaik terbenamnya matahari kerana ia perkara yang disunatkan.
Selain bulan puasa, biasanya masyarakat Melayu Islam sering dihadiahkan kurma oleh jemaah yang baru pulang dari mengerjakan ibadat haji di Makkah.
Menjadi makanan wajib di Asia Barat, kurma menurut ensiklopedia Wikipedia dipercayai berasal di sekitar Teluk Parsi dan ditanam sejak zaman kuno dari Mesopotamia hingga prasejarah Mesir, kira-kira 4,000 tahun Sebelum Masihi. Bukti arkeologi pula menunjukkan kurma mungkin berasal dari timur Arab dalam 6,000 tahun Sebelum Masihi.
Buah ini kemudian dibawa pedagang Arab ke Asia Selatan, Asia Tenggara, utara Afrika dan Sepanyol yang mana orang Sepanyol memperkenalkan buah ini ke Mexico dan California pada 1765.
Tarikh sebenar kurma dibawa ke Malaysia tidak diketahui tetapi ia dipercayai diperkenalkan pedagang Arab yang datang berniaga dan berdakwah ketika zaman kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Pengusaha kurma terkemuka di negara ini, Datuk Yusuf Taiyoob, berkata setiap tahun permintaan terhadap kurma meningkat dan biasanya syarikatnya membawa masuk kira-kira 3,000 hingga 4,000 tan dari beberapa negara seperti Iran, Iraq, Mesir, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Afrika Selatan.
Beliau yang juga pemilik dan Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, berkata biasanya stok dibawa masuk dua bulan sebelum Ramadan bagi memudahkan urusan pemasaran dan pengagihan kepada pemborong dan wakil jualan di seluruh negara.
“Syarikat kami bukan hanya membawa masuk kurma untuk pasaran tempatan, tetapi juga menjadi pembekal utama untuk pasaran di Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.
Tahun ini, gudang kami yang lebih besar baru dibuka, jadi jumlah stok lebih banyak berbanding pada tahun sebelumnya,” katanya.
Beliau menjelaskan harga kurma bagi sambutan Ramadan kali ini meningkat sedikit, namun beliau masih mengekalkan harga untuk pasaran tempatan dengan kadar lama.
“Ada beberapa negara pembekal kurma menjual lebih mahal dari tahun lalu tetapi untuk pasaran Malaysia kita masih mengekalkan harganya.
Namun, beberapa bekalan kurma segar yang banyak dijual seperti tahun lalu tidak dapat dipasarkan tahun ini kerana bekalan berkurangan.
“Musim menuai kurma biasanya pada September dan Oktober. Jadi, tahun ini kita kurangkan membawa masuk kurma segar kerana kos membawanya menggunakan kargo udara mahal. Kita jangka stok baru yang lebih segar akan sampai awal September nanti,” katanya yang menguasai 50 peratus pasaran kurma di negara ini.
Penolong Pengarah, Bahagian Zat Makanan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Surainee Wahab, berkata kurma atau nama botani Phoenix dactylifera mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, kalsium, vitamin B1, vitamin B2, beta karotena serta niasin.
“Buah kurma amat sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa kerana kandungan tenaganya yang tinggi dapat mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras yang normal.
“Amalan berbuka puasa yang baik ialah dengan mengambil tiga biji kurma yang kaya dengan tenaga, serat, vitamin dan mineral.
Kemudian diikuti dengan setengah cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil satu mangkuk kecil sup sayur berserta dengan satu atau dua keping roti.
“Bagi mereka yang menghidapi kencing manis, buah kurma boleh diambil sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Namun begitu, mereka perlu mengawal pengambilannya. Mereka boleh mengambil tiga biji kurma tetapi perlu mengehadkan pengambilan makanan serta minuman manis yang lain,” katanya.
Kurma baik untuk diet pemakanan, malah, kandungan zatnya dapat membantu dalam perubatan (mempunyai tenaga pembersihan) dan estringen pada masalah usus yang dapat mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus kronik.
Ia juga dapat digunakan dalam masalah sakit kerongkong, selesema dan demam, juga dikatakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, selain mempunyai pelbagai khasiat lain.
Oleh kerana kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium, ia sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin. Jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kandungan zat besi yang terkandung pada buah berkenaan juga menyebabkan wanita berpantang sesuai mengambilnya sebagai hidangan tanpa keraguan. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.
Kurma juga membantu melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran. Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sum-sum tulang.
Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga, selain berkhasiat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak. Justeru, ia sangat sesuai untuk perut kosong, memberikan tenaga dan menyegarkan kisaran penghadaman.
Dilaporkan 100 gram kurma segar mengandungi sumber vitamin C yang diperlukan badan dan membekalkan 230 kalori untuk tenaga (960 kJ). Oleh kerana kurma mengandungi sedikit air, ia masih pekat walaupun sudah kering.
Bermakna dengan memakan kurma, badan mendapat tenaga mencukupi walaupun hanya dimakan sebiji dan segelas air. Oleh sebab itulah ada individu yang memilih berbuka puasa dengan hanya sebiji kurma dan badan sudah berupaya mendapat tenaga kembali selepas sehari suntuk berpuasa.
Kini, kurma bukan hanya dimakan umat Islam tetapi menjadi pilihan pelbagai masyarakat dunia yang hidangkan dalam pelbagai resipi serta juadah. Dengan ada reka cipta dalam dunia masakan, kurma boleh dinikmati pelbagai cara dan tidak lagi hanya dimakan sebagai buah semata-mata. Pakar masakan mula menjadikan kurma sebagai bahan pilihan dalam resipi yang dicipta.
Selain digabungkan dengan coklat, manisan dan agar-agar, kurma menjadi ramuan dalam kek, biskut dan jem yang menjadi menu tidak kira bagi sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Peniaga juga memberi wajah baru kepada kurma dengan membuang biji dan digantikan dengan badam, dipakej dengan cara yang menarik dan kemas.
Malah, kini kurma menjadi bahan utama dalam hamper yang dihadiahkan kepada kawan-kawan, kenalan, saudara mara serta rakan niaga terutama menjelang Ramadan.
Sumber: TimurTengah.com]]>
Anda bercadang untuk membeli kereta? Berminat nak tahu kereta mana yang paling menjimatkan minyak? Baiklah, saya bagitau kepada anda di bawah ini. Ranking kereta paling jimat minyak ni ditentukan berdasarkan Fuel Efficiency Awards 2009 yang diadakan pada Bulan November tahun lepas.
Maklumat ini sangat penting untuk anda untuk menentukan kenderaan mana yang paling sesuai untuk anda supaya dapat menjimatkan kos untuk minyak kereta bulanan.
Kategori: Compact City Cars
Hyundai i10 5.0 (litre/100km)
Proton Savvy 5.7 (litre/100km)
Kia Picanto 5.8 (litre/100km)
Kategori: Compact Premium Cars
Mini Cooper 5.8 (litre/100km)
Honda Jazz 6.4 (litre/100km)
Alfa Mito 6.5 (litre/100km)
Kategori: Small Family Cars
Toyota Vios ‘J’ 6.1 (litre/100km)
Proton Persona 6.75 (litre/100km)
Honda City 6.8 (litre/100km)
Kategori: Luxury Family Cars
Nissan Slyphy 7.8 (litre/100km)
Hyundai Elantra 7.9 (litre/100km)
Peugeot 407 8.1 (litre/100km)
Kategori: Premium Family Cars
Mercedes Benz B180 7.2 (litre/100km)
Volvo S40 7.9 (litre/100km)
Toyota Camry 8.8 (litre/100km)
Kategori: Executive Cars
BMW 320i 6.1 (litre/100km)
Audi A4 7.4 (litre/100km)
Mercedes C-Class 200K 8.0 (litre/100km)
Kategori: Premium Executive Cars
Citroen C5 8.9 (litre/100km)
BMW 525i 9.4 (litre/100km)
Mercedes E-Class E200K 9.6 (litre/100km)
Kategori: Super Saloons
Audi A8 9.9 (litre/100km)
Mercedes Benz S-Class S350 10.0 (litre/100km)
Lexus LS460 11.1 (litre/100km)
Kategori: Super Sport Cars
Lotus Exige 9.1 (litre/100km)
Porsche 911 PDK 10.3 (litre/100km)
Nissan 370Z 10.5 (litre/100km)
Kategori: Super Sport Convertibles
Mercedes Benz SLK 200K 8.1 (litre/100km)
Volkswagen EOS TFSi 8.2 (litre/100km)
Porsche Boxster 9.4 (litre/100km)
Kategori: Performance Cars
Peugeot 308 GT 6.8 (litre/100km)
Mini Cooper S JCW 6.9 (litre/100km)
VW Scirocco TFSi 7.6 (litre/100km)
Kategori: Pickup Trucks
Isuzu D-Max Hi-DEF Diesel 7.6 (litre/100km)
Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km)
Nissan Navara Diesel 8.2 (litre/100km)
Kategori: Compact MPV’s
Renault Kangoo 1.5 5.5 (litre/100km)
Honda Stream 1.8 6.7 (litre/100km)
Nissan Grand Livina 7.6 (litre/100km)
Kategori: Luxury MPV’s
Mazda5 8.2 (litre/100km)
Hyundai Starex Diesel 9.6 (litre/100km)
Ssangyong Stavic Diesel 9.7 (litre/100km)
Kategori: Compact SUV’s
Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km)
Honda CRV 8.2 (litre/100km)
Audi Q5 TFSi 8.4 (litre/100km)
Kategori: Luxury SUV’s
Volvo XC90 D5 Diesel 8.5 (litre/100km)
BMW X5 3.0 Diesel 8.7 (litre/100km)
Audi Q7 3.0 Diesel 9.9 (litre/100km)
Kategori: Hybrids
Toyota Prius HYBRID 3.9 (litre/100km)
Honda Civic Hybrid HYBRID 4.6 (litre/100km)
“Sayang, abang balik. Lapar ni, boleh siapkan makan?” Tanya Ali kepada isteri yang sedang berada di bilik.
“Kejap, bang. Sayang tengah bagi ‘kambing’ makan ni.” Jawab Aminah, sambil terus melayan ternakan virtual dalam facebook, permainan yang digilai ramai orang,
“Kambing bodoh tu bagi makan, suami lapar kena tunggu pulak?” Leter suami yang setiap hari menahan sabar dengan sikap isteri yg melekat dengan facebook.
Sejam kemudian aminah pergi ke dapur. Didapatinya pinggan bekas makan suami dalam sinki dan sebuah kuali di atas dapur. Suami, seperti biasa, menggoreng sendiri telur untuk dijadikan lauk kerana tidak dapat menahan lapar menunggu hidangan isteri.
“Mama, tolong Amar buat karangan ni. ” Rayu Amar kepada ibunya, Aminah malam itu.
“Amar buat dulu. Kejap lagi mama datang.” Jawab ibunya. Aminah masih meneruskan hobi melayan kawan2 lama dalam facebook.
Dua jam kemudian, selepas Aminah menutup komputer didapatinya Amar sudah tertidur menangkup atas buku tulis dengan pensel di tangan. Karangannya tidak habis ditulis. Terlalu lama menunggu mama yang tidak kunjung datang membantu.
Aminah adalah salah seorang dari jutaan manusia yang menjadi mangsa ketagihan facebook. Kes ketagihan facebook semakin parah dalam masyarakat barat dan kini menyusupi masyarakat Malaysia yang menyerang bukan saja anak2 muda malah warga emas yang menghabiskan masa berjam2 menulis dan menjawab status kawan2.
Facebook dijadikan pelarian dari masalah dan tanpa disedari ia menyedut berjam-jam masa produktif yang sepatutnya digunakan untuk melunaskan amanah dan tanggungjawab. Bagi pelajar masa yg sepatutnya untuk membuat kerja sekolah, membuat assignment, membaca buku terbuang begitu saja kerana merasakan semua itu membebankan dan beralih kepada facebook untuk melegakan perasaan.
Masa untuk membaca buku bertukar kepada masa membaca facebook. Waktu beribadah tahajjud pun boleh turut terjejas kerana tarikan facebook.
Hari ini tidak lagi perkara luar biasa melihat suasana di rumah orang bandar jam 8 malam yang biasanya keluarga berkumpul dan bergurau senda di ruang keluarga sambil menonton tv kini masing2 menghadapi facebook di tempat masing2. Ibu dan ayah dg laptop masing2 di bilik. Anak2 di bilik mereka atau di ruang tamu dan masing2 punya laptop sendiri. Tiada bunyi, tiada suara kecuali bunyi keyboard dan suara bibik sedang mencuci pinggan di dapur.
Adalah masih dikira baik kalau mereka masih berkomunikasi sesama sendiri. Yang malangnya setiap orang sedang berfacebook dengan kawan2 masing dan ahli keluarga tidak termasuk dalam senarai yang di ‘add’ sebagai ‘friends’ dan tiada ‘mutual friends’ di kalangan ahli keluarga.
Ciri-ciri ketagihan facebook:
1. Tidak dapat berenggang dg. internet
2. Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.
3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline,
4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline
5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv
6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.
7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong.
8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.
9. Sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.
10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada internet.
Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan keluarga, mencari teman2 lama atau siapa saja yg ingin dihubungi sekiranya tidak dapat dihubungi dg tel. Adakalanya pada waktu2 kritikal facebook amat diperlukan utk menghubungi seseorang.
Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan dengan masalah anak2 generasi Y. Tetapi anak2 generasi Z rasanya lebih selamat dari gejala rempit kerana mereka lebih suka duduk di rumah melayari internet menghubungi rakan2 dalam dunia maya. Malangnya mereka sukar berinteraksi secara alam realiti.
Pendapat dari HafiziZain: Saya rasakan Facebook Addict ini ada mendatangkan kesan buruk dan ada juga mendatangkan kesan baik. Bergantung kepada individu itu sendiri.. Sekiranya anda dapat manfaatkan facebook ke arah kebaikan, maka baiklah kesannya… tetapi, sekiranya anda mengadap facebook semata-mata untuk bersosial sehinggakan melupakan tanggungjawab lain, maka anda tergolong dalam antara orang-orang yang rugi.. menghabiskan masa di depan Facebook sahaja.
Secebis perkongsian untuk kawan-kawan pembaca setia blog saya..
Yang ikhlas,
HafiziZain
www.Hafizain.com
Sumber: Blog IIUM]]>
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada mereka yang telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran dan menunggu untuk majlis konvokesyen November 2010. Termasuklah saya sendiri.. Alhamdulillah..
Kepada yang masih belum berjaya untuk konvo, anda jangan bersedih yer.. mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. Konvo awal pun bukan bermakna anda seorang yang hebat..
Siapa tahu tarikh sebenar majlis konvokesyen kita nanti? hehe.. soalan cepu mas ni…
Sebenarnya tarikh sebenar konvo nanti belum ditetapkan lagi.. Tapi mengikut staf kat majlis konvo tu, tarikh konvo kali ni dijangka bermula pada seminggu selepas Raya Haji ni… wahh… excited niiii…
Okay, taknak berceloteh panjang.. untuk tarikh-tarikh penting berkenaan dengan Konvokesyen UiTM November 2010 ini, anda boleh rujuk pada gambar di bawah ini:-
Anda juga boleh terus merujuk ke http://konvokesyen.uitm.edu.my/
Terima kasih.
]]>Salam semua.. post kali ini dikhaskan untuk warga Seksyen 7 Shah Alam dan kawasan sekitarnya terutamanya pelajar UiTM Shah Alam. Berita ini saya baru je dapat tahu selepas meng interbiu seorang pekerja di situ. (Kebetulan kedai saya pun berada di situ juga)
Betul ke Giant bakal dibuka di Seksyen 7?? Dimanakah lokasinya??
Hehehe.. lokasinya berada di Pasaraya Bintang (sape2 yang di area Shah Alam ni mesti tahu Pasaraya Bintang di Pusat Komersial Seksyen 7 ni) Sekarang ni pasaraya ini ditutup bermula hari ini (27 Julai 2010) untuk sesi stock take dan sesi rebranding la kot.. Pasaraya Giant dijangka akan dibuka pada awal Ogos nanti.. Tak pasti la sama ada 1 Ogos atau bila.. Tapi staf situ cakap awal Ogos la..
Untuk pengetahuan juga, Giant telah mengambil alih kesemua 14 cawangan pasaraya Bintang di seluruh Malaysia ini.. agak-agak betul la fakta ni sebab saya pun ambil dari staf dia jugak ni.. Hebat jugak Giant ni ek.. abis Bintang dibelinya.. (walaupun Giant di USJ 1 dah suram akibat kehebatan Mydin Mall yang tersergam indah di situ..)
So, kesimpulan dari story ini, lepas ni senang la budak2 UiTM nak pegi shopping beli2 barang perkakas rumah yer.. dekat jer.. tak payah lagi nak pergi Giant Seksyen 13 dan Tesco yang jauh nuu… Dijemput semua untuk tinggalkan komen di bawah ni yer… Tima kasih…
]]>
Selepas bulan Rejab, kita mempunyai bulan Syaaban yang juga mulia. Mulianya bulan Syaaban ini seperti dipetik didalam banyak hadith-hadith didalam buku karangan Al Muhaddith Al Hafiz Syeikh Salim Al Sanhuri Al Maliki, Kelebihan Malam Nisfu Syaaban. Semua yang diperkatakan dalam entri ni dipetik dari buku tersebut diatas. Hadith-hadith dan hujah yang diyakini dari alim ulama. Semoga bersama mendapat manfaat. Terdapat banyak kepentingan di malam nisfu Syaaban ini..
Salah satu kepentingan malam nisfu Syaaban ialah ianya berlaku satu peristiwa yang penting bagi umat manusia. Malam nisfu Syaaban adalah malam dimana berlakunya pertukaran surat-surat yang mana nama-nama manusia yang akan mati antara Syaaban ini ke Syaaban yang akan datang tercatit. Nama-nama orang yang akan mati juga dipindahkan dari dewan orang mati ke dewan orang hidup.
Seperti kata Rasulullah saw, baginda tidak mahu namanya dipindahkan ke dewan orang mati dalam keadaan baginda tidak beribadah. Hadith dari Sayyidatina Aisyah juga mengatakan yang beliau tak pernah melihat Rasulullah berpuasa lebih banyak dalam bulan-bulan lain selepas Ramadhan sebanyak dalam bulan Syaaban.
Banyak lagi kelebihan malam nisfu Syaaban iaitu nisfu Syaaban juga merupakan salah satu hari perayaan untuk Malaikat selain daripada Lailatulqadar sepertimana manusia juga mempunyai dua hari raya iaitu eidulfitri dan eiduladha. Malam ini juga merupakan antara malam dimana doa akan dikabulkan terus melain doa oleh dua golongan iaitu yang musyrik (menyekutukan Allah) dan musyahin (yang bermusuhan)
13,14 dan 15 Syaaban juga terdapat satu event yang penting untuk kita umat Muhammad dimana pada 13 syaaban Rasulullah bermunajat agar diberi peluang untuk memberi syafaat dan pengampunan kepada umat baginda lalu Allah memperkenankan permintaan baginda dan membenarkan baginda memberi syafaat kepada 1/3 umat baginda. Pada malam 14 baginda bermunajat lagi lalu diperkenankan lagi 1/3 umat manusia. Dan pada malam 15lah Allah memperkenankan Rasulullah untuk memberikan syafaat kepada seluruh umat baginda melainkan mereka yang melarikan diri daripada Allah laksana seekor unta melarikan diri dari tuannya.
Galakan menghidupkan malam nisfu Syaaban adalah sunah yang amat digalakkan. Antara cara yang disyorkan oleh Rasulullah sendiri adalah dengan bersolat sunat tasbih serta puasa sunat.
Dimalam-malam Syaaban juga Allah akan mengampunkan dan memberi nur keimanan kepada hambanya yang mencari nur tetapi bagi mereka yang tetap dalam kesesatan, Allah akan membiarkannya dalam kesesatan. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha mengubah nasib mereka sendiri.
*Semoga kita bersama diberi hidayah agar hati kita semakin lembut dengan zikrullah dan anggota kita mencintai ibadah. Amin.
Credits to : Reverie]]>
Berikut adalah tips ringkas tentang cara terbaik memilih nama domain. Sekiranya anda mempunyai tips tambahan untuk dikongsi bersama, sila tinggalkan komen di bawah ini.
Saya doakan selamat maju jaya untuk semua!!!
]]>