Perkongsian
Sihir FIFA World Cup 2010
Jun 25th
Siapa tidak tahu kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung sekarang? Dari kanak-kanak hinggalah ke warga emas, baik lelaki mahupun wanita, tanpa mengira keturunan, pangkat, kaya atau papa, boss atau drebar, baik mereka yang tinggal di singgahsana kekuasaan yang serba mewah mahupun mereka yang tidur hanya beratapkan langit, baik mereka yang tinggal di negara maju mahupun mundur, malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir kesemua penduduk bumi tahu akan kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali ini. Begitulah hebatnya Piala Dunia, ibarat sihir yang memukau seluruh manusia! Apa yang menyedihkan kita ialah terdapat begitu ramai dari kalangan umat Islam yang turut terkena sihir ini. Berapa ramai yang matanya terpaku di depan televisyen dan lidah mereka akan dibasahi dengan ‘zikir’ bola sepak setiap pagi, petang dan malam. Setiap Muslim pencinta bola tidak leka dan lalai dari mengetahui perkembangan perlawanan. Rasanya tidak afdhal jika tidak berbicara tentang bola di dalam setiap pertemuan dengan kawan-kawan.
Piala Dunia yang berlangsung 11 Jun – 11 Julai 2010 ini telah menjadi satu magnet besar yang yang dapat menarik perhatian sebahagian besar penghuni planet bumi. Tidak hanya itu, Piala Dunia ini telah berjaya mengubah ’pola hidup’ manusia di mana secara sedar atau tidak, mereka akan menyesuai atau‘melaraskan’ jadual hidup mereka dengan kejohanan tersebut. Paling tidak, dalam sebulan ini, ramai penduduk dunia akan mengubah pola menonton televisyen, termasuk mengubah pola tidur, pola perbelanjaan dan pola perbincangan. Malah ramai yang tidak berpuas hati jika hanya menonton di rumah. Mereka sanggup ke kedai atau ke mana-mana tempat yang ada skrin besar dan menontonnya beramai-ramai untuk ‘merasakan’ suasana dan aura perlawanan umpama berada di stadium. BACA LAGI >
Kelebihan Berniaga Produk Fizikal Secara Online
Jun 22nd
Sudah setahun lebih saya menjalankan bisnes menjual produk secara online ini. Sebenarnya terdapat banyak kelebihan berniaga produk fizikal secara online.. Ianya menyebabkan saya seronok dan tidak pernah berhenti untuk berniaga secara online.
Antaranya ialah:-
1. Potensi untuk berkembang adalah berada pada tahap tertinggi. Ini adalah kerana masyarakat sudah mula sedar dan percaya mengenai perniagaan secara online ini. Mereka sedar tentang betapa mudahnya sekiranya mereka membeli secara online.. tak perlu lagi bersusah payah keluar rumah untuk menghadapi jalan jem semata-mata nak beli sehelai baju. Lagi memudahkan sekiranya mereka berada di depan laptop, dan melalui beberapa klik sahaja, produk tersebut dah boleh sampai ke pintu rumah pada keesokan harinya. Sangat mudah!!
2. Banyak menjimatkan kos. Ini adalah kerana anda tidak perlu membayar sewa kedai ataupun BACA LAGI >
Alhamdulillah.. Akhirnya Aku Dah Grad!!
Jun 11th
Ketika dunia tengah sibuk dengan Piala Dunia yang bakal bermula malam ni, pelajar UiTM ni lain pula ceritanya.. Sibuk untuk menyemak result masing-masing… Maklum ler.. bila ramai-ramai dah bukak serentak, sudah tentulah jem jadinya.. Setelah beratus-ratus kali aku mencuba untuk cek result aku, akhirnya dapat masuk jugak ke kawasan yang diberi nama ‘Mini Transkrip’.
Keputusannya?? BACA LAGI >
Taktik Terbaru Yang digunakan Geng Login Facebook Dapat RM100 (Berhati-hati).
Jun 6th
Saya masih hairan kenapa masih ramai lagi yang asyik duk mempromosikan Login Facebook Dapat RM100. a.k.a Infinity Downline ini sedangkan hukumnya telah diterangkan secara nyata oleh Ustaz Zaharudin.
Apa yang dapat dikenalpasti ialah, kebanyakan individu yang terlibat dalam skim ini ialah mereka takut untuk menunjukkan muka sebenar mereka. Ada juga yang meletakkan muka wanita cantik-cantik (padahal muka orang lain) semata-mata untuk mendapat tarikan pengguna facebook yang lain. Ramai diantara mereka yang buka 1 akaun facebook khas untuk mempromosikan benda ni. Sebab tu la kita tengok makin hari makin bersepah pula spam disana sini mengenai Login Facebook Dapat RM100 ini. Ianya dianggap sebagai sampah kerana BACA LAGI >
Ini Kerja Gila! Saya Bongkarkan Lubuk Bisnes Saya Secara PERCUMA!!
Jun 4th
Ramai yang pelik dengan tindakan saya ini.
membongkarkan sumber utama pembekal
saya dalam bisnes yang saya sudah
menjana jualan sehingga 6 angka ini.
Namun, saya berikan PERCUMA untuk anda.
Ianya diberi nama :-
“Rahsia Lubuk Bisnes di KLIGP 2010″
Kalau nak, boleh terus KLIK di link ini:- BACA LAGI >
Bukti Kejayaan Bisnes Kita (PERLU BACA!)
Jun 2nd
Saya terpanggil untuk memberitahu tentang perkara ini setelah saya lihat ramai yang salah anggap tentang bukti-bukti kejayaan bisnes yang mereka nampak.. Untuk pengetahuan, sekiranya seseorang itu sudah mempunyai barangan mewah seperti kereta Ferrari, tidak semestinya beliau berjaya dengan bisnes beliau. Mungkin hutang masih banyak keliling pinggang..? Kita tidak tahu..
Banyak bisnes orang Melayu ‘lingkup’ disebabkan pemiliknya membeli bukti-bukti kejayaan palsu seperti kereta mahal, rumah besar, dan gaya hidup mewah yang sebenarnya dia tidak mampu.
Akibatnya, duit yang sepatutnya digunakan bagi menjalankan bisnes digunakan bagi membeli benda-benda itu.
Memang dengan memandu kereta besar dan tinggal dalam rumah besar orang mungkin menyangka bisnes kita amat berjaya, tetapi kereta besar, rumah besar dan gaya hidup mewah bukan bukti kejayaan bisnes kita.
Bukti bahawa bisnes kita berjaya itu ada pada bisnes kita itu sendiri.
1. Modal berbayar kita bertambah banyak.
Sebagai contoh, BACA LAGI >













KOMEN TERBARU