Tips perniagaan
Tips Memilih Nama Domain
Jul 13th
Berikut adalah tips ringkas tentang cara terbaik memilih nama domain. Sekiranya anda mempunyai tips tambahan untuk dikongsi bersama, sila tinggalkan komen di bawah ini.
- Cari nama domain yang mudah diingat. Anda cuba bayangkan anda memberitahu nama domain tersebut melalui telefon kepada rakan anda. Sekiranya rakan anda mudah untuk tangkap dan ingat nama domain anda, itu menunjukkan pilihan nama domain anda adalah tepat!
- Cari nama domain yang mudah ditaip – agar pengunjung tidak salah menaipkan alamat blog anda. BACA LAGI >
Rahsia Kejayaan Irfan Khairi
Jul 11th
KEJAYAAN Irfan Khairi mencapai pendapatan RM1 juta melalui perniagaan internet dalam usia yang masih muda telah melonjakkan namanya sehingga digelar sebagai jutawan internet.
Rata-rata pengusaha yang menjalankan perniagaan berasaskan internet telah menjadikan beliau sebagai ikon dan sumber inspirasi untuk maju dalam perniagaan. Pergilah ke mana-mana jemputan seminar bisnes internet sama ada konvensional mahupun berasaskan ‘networking,’ nama Irfan Khairi pastinya disebut-sebut sebagai individu contoh yang berjaya dalam bisnes internet.
Untuk bertemu dengan beliau bagi tujuan wawancara eksklusif, tidaklah sukar kerana tiada protokol. Malah, temujanji yang dibuat hanya mengambil masa tiga hari sahaja untuk direalisasikan tanpa memerlukan surat rasmi. BACA LAGI >
3 Ciri Utama Produk Yang Sesuai Dijual Secara Online
Jul 4th
Sebenarnya tidak semua barang boleh dijual di internet. Anda haruslah bijak dalam menentukan jenis-jenis barangan yang boleh dijual.
Apa yang penting ialah, jangan fikirkan tentang produk apa yang sesuai dijual. Tetapi cuba fikir produk apa yang AKAN DIBELI oleh bakal pelanggan anda.
Okay, tanpa berceloteh panjang, antara ciri-ciri produk yang akan dibeli oleh pelanggan adalah seperti berikut:-
1) Produk yang menyelesaikan masalah.
Kebiasaannya, pelanggan akan mencari produk yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah mereka. Sebagai contoh, produk yang boleh menghilangkan mengantuk, produk yang boleh menjimatkan minyak, produk merawat keputihan, produk untuk cepat kurus, produk untuk mengelakkan rambut gugur dan lain-lain. BACA LAGI >
3 Tips Penting Mengoptimumkan Jualan Secara Online
Jun 26th
Kejayaan penjualan secara online bergantung kepada kualiti produk. Bukan mudah untuk menembusi pasaran secara online kerana ia mempunyai saingan yang kuat di pasaran tempatan serta di luar negara. Namun, sekiranya anda yakin terhadap produk dan bermotivasi serta berusaha gigih, anda mampu mempunyai perniagaan online yang berjaya.
3 tips mudah untuk mengoptimumkan perniagaan dan pendapatan anda ialah:-
1. Mencari pembekal yang boleh memenuhi kehendak.
- Mempunyai pembekal yang mampu memenuhi kehendak perniagaan anda adalah satu aspek yang sangat penting untuk jualan secara online. BACA LAGI >
Bukti Kejayaan Bisnes Kita (PERLU BACA!)
Jun 2nd
Saya terpanggil untuk memberitahu tentang perkara ini setelah saya lihat ramai yang salah anggap tentang bukti-bukti kejayaan bisnes yang mereka nampak.. Untuk pengetahuan, sekiranya seseorang itu sudah mempunyai barangan mewah seperti kereta Ferrari, tidak semestinya beliau berjaya dengan bisnes beliau. Mungkin hutang masih banyak keliling pinggang..? Kita tidak tahu..
Banyak bisnes orang Melayu ‘lingkup’ disebabkan pemiliknya membeli bukti-bukti kejayaan palsu seperti kereta mahal, rumah besar, dan gaya hidup mewah yang sebenarnya dia tidak mampu.
Akibatnya, duit yang sepatutnya digunakan bagi menjalankan bisnes digunakan bagi membeli benda-benda itu.
Memang dengan memandu kereta besar dan tinggal dalam rumah besar orang mungkin menyangka bisnes kita amat berjaya, tetapi kereta besar, rumah besar dan gaya hidup mewah bukan bukti kejayaan bisnes kita.
Bukti bahawa bisnes kita berjaya itu ada pada bisnes kita itu sendiri.
1. Modal berbayar kita bertambah banyak.
Sebagai contoh, BACA LAGI >













KOMEN TERBARU