Agak lama tak update blog ini.. Saya minta maaf sangat2 kerana sangat sibuk dengan urusan bisnes dan urusan ‘rumahtangga’…opsss! hehe..

Saya rasa ramai yang dah tahu apa yang akan berlaku pada 26 hari lagi saya akan bertukar status daripada single kepada Married. Wahh! Tak sabar rasanya menantikan saat ini.. Rasa macam nak jemput semua jer pembaca-pembaca blog saya ke kenduri nanti.. Tapi takut tak muat tempat plak.. huhu..

Apa yang best tentang Majlis Perkahwinan saya nanti adalah ianya dihadiri oleh 2 orang supplier utama saya dalam online bisnes ini.. Saya dah berurusan lebih dari 100k tapi masih belum berjumpa face to face dengan mereka.. Pastinya saat yang dinanti2kan oleh saya.. Satu penghargaan untuk saya apabila mereka dapat datang di majlis bahagia saya nanti. Itulah bisnes internet namanya.. berurusan hampir 2 tahun tapi belum pernah berjumpa face to face. Semuanya atas dasar kepercayaan.. Alhamdulillah setakat ni kedua-dua takde buat masalah.. Semuanya boleh dipercayai..

Majlis kenduri saya nanti buat secara sederhana sahaja.. Yang mana ada berdekatan, jemputlah datang yer.. Sama-samalah kita doakan semoga majlis ini berjalan dengan lancar nanti.. Insya-Allah..

Related Posts with Thumbnails