4 Perkara yang sangat dinantikan Disember ini..
Pertamanya terima kasih kerana blog saya ini tidak putus-putus menerima kunjungan dari anda semua sebagai penyokong kuat saya dari belakang.. Untuk pengetahuan, minggu ini adalah minggu yang agak stabil bagi statistik pengunjung blog saya ini.. Iaitu minimum 400 unique visitor sehari. Ok la kan bagi seorang blogger yang baru setahun jagung macam saya ni.. Post kali ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali untuk mempoyokan diri sendiri.. namun, ianya hanyalah sekadar coretan saya yang merupakan seorang usahawan sepenuh masa…
Baiklah, taknak berceloteh panjang.. post kali ini lebih kepada sharing kepada pembaca semua tentang 4 perkara yang sangat-sangat dinantikan oleh saya pada Disember ini…
Ianya bermula pada 1 Disember ini.. iaitu satu lagi sejarah bakal tercipta untuk syarikat saya iaitu Idea Master Enterprise. Iaitu saya akan berpindah ke kedai yang lebih besar lagi.. Kalau sebelum ni saya hanya menyewa separuh kedai sahaja.. tapi kali ni kami akan bertukar ke kedai sebelah yang lebih besar lagi dari sekarang.. Jadi, kedai sekarang ni akan disewakan kepada orang lain pula. Kalau sebelum ni, bila ramai customer datang sekali gus, mereka terpaksa tunggu kat kedai memandangkan tak muat nak masuk.. Lihatlah gambar ni..
Namun, sekarang masalah itu akan selesai apabila ruang yang besar yang pasti akan dapat menampung ramai lagi pelanggan dalam satu-satu masa.. Kepada yang mengikuti perkembangan bisnes saya, dan pernah datang ke kedai saya, mereka pasti dapat tahu bagaimana saya bermula sehinggalah sampai ke tahap ini. Kos untuk besarkan kedai ni mencecah RM30,000. Namun Alhamdulillah setakat ni saya tidak lagi apply mana-mana loan untuk besarkan kedai. Semuanya bergantung kepada dana yang sudah sedia ada.. Berikat perut awal-awal ni takpe.. insya-Allah sesuatu yang manis bakal menjelma… Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t. Kepada Dialah yang hanya saya mohon pertolongan.. Ini dia gambar kedai saya yang bakal dipenuhi dengan barang-barang lepas ni…
Ini kedai sekarang…
Dan ini pula ruang kedai yang bakal kami ambil alih… 1 Disember 2010.
(klik pada gambar untuk besarkan..)
Okay, tamat sudah perkara pertama… doakan semoga Idea Master terus berkembang maju lagi ke hadapan…
KEDUA:-

Pada 2 Disember ini, saya akan hadir ke Istiadat Konvokesyen UiTM ke-73.. Siapa yang nak konvo tu? Sayalah…!! hehe.. Alhamdulillah..setelah tamat 4 tahun di Bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), akhirnya saya dapat konvo ON TIME jugak.. Alhamdulillah berkat doa Ma n Ayah saya selama ni.. Saya grad dengan CGPA 3.09. CGPA tak penting pun bagi saya.. dan tak memberi erti kepada saya kerana saya hanyalah buat bisnes sendiri.. Apa yang penting ialah saya dapat grad on time dan dapat menjalankan bisnes saya dengan aman dan damai..hehe.. Oh.. beralih topik plak.. ! Berkenaan dengan konvo tadi, sesi saya adalah sesi pagi. So, seawal jam 7.00pagi lagi saya dah kena berada di UiTM.. hohoo.. awal tuu.. Ma, Ayah n Kakak saya insya-Allah datang nanti.. Wahh! Seronoknya…, cuma saya mengharapkan “seseorang” lagi datang konvo saya kali ni.. harap2 la beliau datang.. boleh bergambar sama-sama nanti.. huhhuu… (harap-harap la beliau baca luahan hati ini..)
KETIGA:-

Pada 10 Disember 2010, saya akan berangkat ke Negara China bersama Team Idea Master saya iaitu Ejat dan Amirol. Kami juga akan pergi bersama dengan Syazwan Saifulsham.. Katanya nak bawak ‘ehem2′ dia skali.. tapi tak pasti la jadi ke tak.. Sorang lagi Team Idea Master iaitu Amru kena jaga kedai… hehehe.. Kami akan ke Shenzen, Hong Kong dan Guangzhou selama 6 hari dan akan pulang pada 15 Disember. Apa yang kami akan buat di sana? hehehe.. semestinya kami akan pergi mencari produk2 terbaru yang boleh dipasarkan di Malaysia.. Terutamanya produk yang berasaskan printing dan produk yang boleh dijual di eBay… Kalau korang nak kirim apa2 barang yang korang rasakan “hot” dari China, sila beritahu cepat2 ya! Jangan lupa sertakan bayaran siap2 tau.. kiriman dengan menggunakan air liur sahaja tidak dibenarkan.. dan Kiriman China Doll tidak dibenarkan…hehehe..
KEEMPAT

Satu lagi produk digital terbaru baru sahaja kami siapkan dan akan dilancarkan pada 20 Disember ini. Produk ini dicipta untuk mengajar orang ramai tentang teknik-teknik rahsia untuk berniaga di Mudah.my. Kami dari Idea Master merupakan pengiklan di Mudah,.my yang tegar… Hasil yang kami dapat selama ni adalah kebanyakannya dari Mudah.my. Sekarang sudah tiba masanya untuk kami berkongsi dengan anda semua tentang teknik-teknik terbaru untuk beriklan di Mudah.my supaya sales produk anda akan berganda lagi selepas ini. Ini dia ebook preview produk tersebut:-
Dalam masa terdekat ini, saya akan hantar surat JV kepada semua otai2 affiliate untuk memeriahkan lagi pelancaran… Saya berharap agar produk ini akan bergegar dan sales akan meletupp nanti sebagaimana Filem 40 Juta Dr. Rozmey jualan untuk ebook Bisnes Tshirt saya sebelum ini… Insya-Allah…
KESIMPULAN (Wajib baca)
Untuk akhirnya, saya mohon kerjasama anda untuk meninggalkan komen di bawah ini.. Anda boleh beri pendapat kepada saya tentang apa jua dari post di atas.. Mungkin berbentuk pesanan dan sokongan pun boleh jugak..
Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan..
Sekian sahaja dari saya.
| Print article | This entry was posted by hafizizain on November 27, 2010 at 11:04 pm, and is filed under Cerita tentang penulis. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
























about 1 year ago
TAHNIAH =) TERUSKAN USAHA ANDA. SALAM DARI BRUNEI =)
about 1 year ago
LIKE page saya. Disini. Tq
Jadi FOLLOWER saya… Tq
Kerjaya akaun skang tak masyuk since ekonomi melesar n bank bergabung. Buat bisnes and consultation lagu masyuk.. hehehe.. my 2 cents…
about 1 year ago
Salam Fizi & Geng Idea Master..saya tak pasti kat mana jumpa blog saudara tapi saya bookmarks je (coz skarang tngah belajar wat blog). Malam ni saya baca dgn serius blog saudara melalaui psot terbaru saudara. Dan saya teruga dgn kejayaan dan misi team saudara.CGPA belum tentu menunjukkan hasil, tapi usaha saudara sedang memberikan hasil. Tahniah..orang Melayu perlu berniaga tanpa orang tengah..usaha saudara ke China amat saya sokong dan doakan segalanya berjalan lancar. Saya mempunyai kecederungan yang sangat kuat kepada lahirnya pengusaha dan perniaga Melayu Islam. Antara peracangan isian blog saya nanti juga akan menjurus kpd pembangunan pengusaha dan perniagaa Islam. Pada masa yang sama juga akan “berkempen” kpd pengguna Islam agar menyokong dan menggunakan ‘kuasa beli’ mereka dengan pengusaha dan perniaga Islam..agar ekonomi orang Islam mengatasi ekonomi kaum lain (saya bukan racis, tapi sudah sampai masanya pengguna Islam HARUS menyokong dan mengeluarkan duit mereka kepada perniaga Islam).Moga Saudara dan Idea Master terus maju..di waktu hadapan harapnya Idea Master akan mempunyai kilang sndiri. Sekian, terima kasih.
about 1 year ago
Tahniah bro hafizi.. Besar juga akhirnya kedai bro..
about 1 year ago
Tahniah Hafizi.. Company anda berada di landasan yg betul!
. sy bbangga kalau lagi byk org melayu muda mcm hafizi membuka mata masyarakat kite bkaitan bisnes.
All the best n Gud luck mate!
Azhar
about 1 year ago
tahniah bro..suka tgk org melayu boleh berjaya..hohoho.cepat juga berkembang bisnes bro tu..syukur alhamdulillah..
about 1 year ago
Tahniah!!!
about 1 year ago
Salam tuan blog yang smark hensem bergaye
Pertama, tahniah dengan kejayaan tuan yang dapat beralih ke kedai lebih besar. Kena buat kenduri kesyukuran ni dan jangan lupa ajak saya makan free des hohoho..
Kedua, tahniah tuan! Akhirnya tuan grad dengan cemerlangnya! Sebelum grad dah berjaya bina sebuah perniagaan yang hebat. TAHNIAH sekali lagi! Peringatan saya, masa naik stage nanti, jangan gopoh nanti tersadung bikin malu je huhuhu..
Ketiga, sampai di China nanti, kirim salam kepada awek cine hak comel lote tapi bertudung (mulim lah). Kalau tak keberatan, kirimkan no fon saya kepada mereka.
Keempat, produk yang bakal dilancarkan tu saya mesti piley!
Terbaik tuan!
about 1 year ago
boh sememangnyer terbaik…moga maju jaya..
p/s..budok akaunting jgk upenyer..mmg nature budak akaunting asyik pikir pasal bisnes je memanjang..hehhe..
about 1 year ago
Salam Tuan Blog,
Teruskan usaha anda. Bila dah berada dipuncak, jangan lupa menghulur tangan pada yang berada dibawah untuk sama – sama berada seiringan. Selamat Maju Jaya.
about 1 year ago
salam sifu fizi,
wahhhhhh… jelesnye aku perniagaan bisnes printing ko dah bertambah maju. siap kedai pun besar sekarang ni. tahniah2!!
about 1 year ago
Assalamualaikum…salam kasih sayang…
Wah, hebat dan tahinah utk saudara hafizi…, saya sangat sukakn entri ini.
Saya bakal membeli ebook terbaru anda rahsia mudah.my…, harap2nya ada membawa manfaat dlm biz saya nanti insyallah…,
Terima kasih….