Last minute punye plan! Huh~~ korang la punye keja.. ajak aku last minute.. aku ni pantang diajak. Lagi-lagi kat Broga Hill ni.. Dah lama dah nak pegi.. Last skali dapat juga aku pegi.. Bersama lagi 4 lagi rakan yang lain iaitu Aqim, Anas, Bob n Ayie.. Juga tak ketinggalan Mr.Teddy =)

Kitorang gerak dari Shah Alam jam 4.00pagi dan sampai sana dalam pukul 5.30 pagi.. Lepas subuh, terus mendaki ke puncak untuk melihat keindahan sunset ciptaan Allah Yang Maha Esa.. Subhanallah.. Memang cantiikk! Sempat jugak aku ambik gambar-gambar yang tak berapa menarik untuk tatapan pembaca blog semua.. Harap dapat tinggalkan komen kat bawah nanti ya!

Secara keseluruhannya, walaupun pendek sahaja perjalan menuju ke puncak bukit broga (1.7km) namun ianya agak sedikit mencabar memandangkan kami mendaki dalam keadaan gelap dan ada certain tempat yang agak curam.. walaupun curam, anda tidak perlu takut kerana anda pasti dapat sampai ke puncak juga…

Then, untuk memudahkan perjalanan turun pula, ada satu tempat tu sangat menarik kerana kita hanya perlu menggelongsor sahaja.. Tak perlu takut-takut nak turun slow-slow.. terus gelongsor dan sekejap sahaja sampai ke bawah.. hehe..

Adoi.. tak larat la nak karang panjang-panjang.. jom layan gambar..

(Klik pada gambar untuk besarkan)

Related Posts with Thumbnails