Nikmatnya sebuah Perkahwinan ^_^
Bagi seorang Lelaki, ada 3 waktu degup jantungnya berdebar yang amat sangat. Pertama, ketika nak berkhatan. Kedua, ketika lafaz akad nikah. Dan ketiga, ketika isterinya nak melahirkan anak yang pertama.. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sehaja, saya dapat melalui tempoh debaran yang kedua ini dengan tenang sekali (walaupun bulu roma meremang abes~hahaha).
Kini saya dah bergelar suami orang! Wah! Tak sangka begitu cepat masa berlalu.. saya sudah mempunyai satu tanggungjawab yang cukup besar. Alhamdulillah syukur saya kehadrat Allah s.w.t saya dah selamat diijabkabulkan dengan seorang wanita yang sangat penyayang.. dan sangat memahami..
Ini dia wife saya.. Nik Haninah namanya..
Tak dapat digambarkan betapa bahagianya saya apabila mempunyai seorang isteri. Baru saya tahu, betapa nikmatnya sebuah perkahwinan..
(kalau dah lama tahu macam ni, rasa nak kawin awal dari dulu lagi.. hehehe). Tapi Ma (refer kepada ibu saya) selalu berpesan “Pizi, jange galok sangat… sokmo2 lah bersyukur kepada Allah..atas sumo nikmat hok Allah bui ko kito..” Alhamdulillah saya selalu ingat pesanan Ma. Terima kasih Ma.
Lama juga untuk saya update blog ini.. Maklumlah, majoriti persiapan perkahwinan ini saya sendiri yang siapkan.. dengan dibantu oleh saudara mara saya.. Seminggu sebelum tarikh kawin lagi saya balik kampung. Majlis akad nikah berlangsung dengan lancar sekali. Cuma yang silapnya satu sahaja. Tertinggal bantal lapik punggung… hahaha.. Susah2 mak sdara saya kirim dari KL, tapi tertinggal juga. Kelam kabut abg n kkk sy pegi ambik bantal tu kat umah.. huhuhu..
Untuk majlis resepsi pula, ianya diadakan di D’Mawar Resort di pinggir bandar Tanah Merah. Alasan utama saya nak buat kat sini adalah kerana saya taknak susahkan Ma saya kemas rumah. Kesian Ma, dah la kakinya sakit.. nanti lagi makin melarat pula dia.. Lagipun tarikh yang saya pilih ini bukanlah tarikh cuti sekolah. Jadi, lepas hari Sabtu, Ahad dan semua keluarga saya pulang ke perantau semula. Jadi, tak sempat nak tolong-tolong lagi. Buat kat chalet lagi senang, abis sahaja majlis, semua catering yang uruskan.. So, balik rumah boleh terus rehat…Sesi buka-buka hadiah pula..
Majlis resepsi bermula jam 12.30tghr. Ada sedikit perarakan masuk dewan disertai dengan paluan kompang. Lepas tu sesi merenjis. Selesai sesi merenjis air mawar, acara makan beradap pula. Tetamu VIP pada hari tersebut ialah Dato’ Anwar, yang merupakan Partner kepada Price WaterHouse Coopers (kalau tak silap saya la..) serta isterinya Datin Dah. Habis sahaja sesi makan beradap, acara mengambil gambar bersama pengantin pula menyusul..
Takdir dan dugaan Allah s.w.t tiada siapa yang tahu.. ketika kami asyik bergambar di atas pelamin, ada satu berita yang tak sedap di dengar. Adik Mat (adik kepada wife saya) telah accident motor ketika pulang dari tempat kenduri. Kakinya patah sebelah kiri. Masya-Allah.. Tetapi nasib baik umurnya masih panjang. Allah masih sayangkan dia.. Habis sahaja majlis, kami terus bergegas ke hospital untuk melawatnya..
Anggaran tetamu yang datang lebih kurang dalam 1,100 orang. Apa yang membuatkan saya rasa sangat terharu adalah ramai sangat kawan-kawan saya yang datang dari jauh.. Yang paling jauh adalah Johan Edison dan Andri, sahabat eBayer saya yang terkenal dari Jakarta. Beliau terbang khas dari Jakarta untuk mengunjungi majlis perkahwinan saya. Terharu sangat-sangat. Antara lain yang datang dari Jauh adalah sahabat eBayer saya yang lain seperti Noorizam Shah, Alif Zulhilmi (dtg dari perlis nihh..) , Hairudin dan Son Karin. Sahabat internet marketer yang saya sanjungi iaitu Ambo Azhan dan Kamarkasyidi (tak sempat nak bergambar kita yer..huhu). Ebayer Mia, Huzaifah, Zarul. Business Partner saya Yih Shuh. Housemate dan kawan saya semasa di UiTM iaitu Anas, Ijad, Bob, Puteh, Din, Sabree, Husin, Luas, Ezham, Alip G, Adhwa, Ayie, Ayie Klang, Wak, Sapek, Ais, Kyo, Otek, Padil, Sab, Apit. Tidak lupa juga kepada Jiran saya Myra dan Ita. Rakan Baik MPP saya dulu Ejat, Iz, Kacang dan Azizi Maharajalawak. Kawan lama saya Hafre, Puwe, Jef, Idahar. Staf ideaMaster yang sangat komited iaitu Am dan Amirol serta bakal bininya..hehehe. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada rakan isteri saya yang sanggup datang dari jauh mahupun dekat.. Ada yang sanggup balik dari New Zealand semata-mata nak mengunjungi majlis ini.. terharu sangat2..
Tak dapat digambarkan betapa terujanya dapat melihat kawan-kawan datang support semasa kita berada di jinjang pelamin. Nanti bila korang kawin nanti barulah korang tahu siapakah antara kawan korang yang sanggup datang pada Majlis Bahagia kita.. Akan tetapi, kalau ada hal penting yang lain tu, nak buat macamana kan..
Jadi, kepada mereka yang nak kawen dan bercadang nak kawen, sila dengar beberapa nasihat dari saya ini yer…
1) Semasa nak pergi akad nikah, pastikan anda buat list siap-siap apa yang perlu dibawa untuk ke Masjid ataupun rumah tempat akad nikah. Sebagai contoh, gambar pasport (yang bersongkok bagi lelaki), brapa bijik ‘pa’ hantaran, gelang/rantai tangan, cincin, maskahwin, bantal lapik punggung, kasut, dan lain-lain yang difikirkan perlu. Yang penting, ada list. Then, bila nak bertolak dari rumah tu, check sekali lagi list yang nak dibawa tu.. Insya-Allah takdela kelam kabut majlis anda nanti. Pengantin pun takde la cuak sangat nanti.. hehehe..
2) Yang ni tips dari saya sendiri ni.. Tested dan berjaya..haha.. Khas untuk pengantin lelaki. Semasa akad nikah, kalau tak nak bagi cuak, jangan pandang mata tok imam. Tengok saja tangan atau bahagian bawah. Istighfar banyak-banyak.. Insya-Allah jawapan anda straight set sahaja nanti.. hehehe
3) Kalau nak cari photographer, carilah yang betul2 berpengalaman.. Ini kerana mereka lebih arif tentang pose-pose penting semasa nak ambil gambar. Kita sebagai pengantin memang tak sempat nak pikir dah nak buat pose mana-mana. Jadi, ikut saja kata photographer..
4) Apabila hari perkahwinan tu sudah dekat, prepare lah cash banyak-banyak. Sebab nanti pasti ada perbelanjaan tiba-tiba yang perlu keluarkan.. sebab tu pengantin lelaki perlu ada wang yang cukup. Kalau tak, malu la beb…
5) Kalau nak keluar rumah mentua tu, tinggal la duit sket kat mentua.. nanti apa plak katanya nanti.. Jangan la sket sangat. Bagi la RM500 ke, RM1000 ke… Memang la dia tak mintak., tapi bagi jer sebagai hadiah..Lain la kalau mentua dah kaya. Tak payah bagi pun takpe.
6) Total Kos untuk setiap majlis kahwin adalah RM30,000- RM50,000. Kalau anda buat calculation awal hanya RM20,000, maka ianya silap.. Selepas habis majlis barulah anda sedar yang total kos sebenar adalah sangat tinggi. Sebab banyak kos-kos tambahan yang kecik-kecik perlu anda selesaikan.
7) Pastikan anda membuat persiapan mental dan fizikal bagi bersemuka dengan famili baru anda. Anda mungkin agak kekok dan tak biasa apabila pertama kali tidur dan mandi di rumah mentua. Jadi, anda perlu biasakan diri dan anggaplah mentua anda seperti ibu bapa anda sendiri dan borak2lah macam biasa..
Bersambung…
Kalau anda rasakan entry blog ini berguna, klik SHARE untuk share dengan rakan-rakan di Facebook ya!
Jangan lupa tinggalkan komen kat bawah ni jugak ok…
Lagi gambar akan diupload selepas ini…
| Print article | This entry was posted by hafizizain on July 21, 2011 at 10:40 am, and is filed under Cerita tentang penulis. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.
Apa yang anda perlu tahu tentang Cek Tak Laku
about 3 weeks ago - No comments
Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook Salam sejahtera semua.. Info kali ni adalah khas untuk para usahawan yang menggunakan cek sebagai salah satu medium transaksi pengeluaran wang dan pembayaran kepada pembekal. Sebagai usahawan, anda perlu membaca info ini supaya anda lebih bersedia untuk berhadapan dengan isu cek tak laku.. Harap post kali ni memberi input yang…
Kisah Usahawan Kreatif Anita Roddick (Pengasas Body Shop)
about 3 months ago - 2 comments
Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook Bila sebut “kreatif” ramai memikirkan dalam bisnes, kreatif adalah untuk pengiklanan/advertising. Namun, saya sering menyebut untuk menjadi kreatif dalam bisnes. Sebenarnya, kreatif meliputi aspek yang meluas bukan sekadar pengiklanan, tetapi juga sehingga membuat keputusan perniagaan yang kreatif. Contoh yang saya ingin kongsikan mengenai kreatif dalam bisnes adalah Anita Roddick (pengasas…
[GAMBAR] Koleksi mereka yang kreatif di musim banjir
about 5 months ago - 3 comments
Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook Oleh kerana menghadapi musim banjir yang terlalu lama, penduduk Thailand sangat kreatif mencari idea untuk meneruskan hidup.. Mari kita layan gambar2 kat bawah ni.. …
[Berjaga-jaga!] Ada Alat Untuk Mengesan Laptop Dalam Kereta
about 8 months ago - 1 comment
Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook Cuba anda bayangkan… saat anda pergi ke kereta anda, then tengok-tengok cermin kereta dah pecah. Lepas tu Laptop yang anda tinggal pun lesap! Adussss… sangat perit untuk diterima. Nak menjerit mintak tolong pun tiada guna lagi. Tapi mintak jauh lah dari kejadian macam ni kan.. Lagi-lagi kerjaya kita sebagai seorang…
Apabila wang hantaran kawin dinilaikan ikut pendidikan
about 8 months ago - 4 comments
Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook Ohh.. macam-macam lah sekarang ni yer.. Nilai wang hantaran dikira berdasarkan latar pendidikan.. Bagi saya, nilai wang hantaran tak perlulah tinggi-tinggi. Yang penting, ianya dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Ada sesetengah orang tu, siap buat Loan lagi untuk kawen. Ini adalah kerana pihak perempuan terlalu menetapkan nilai wang hantaran yang tinggi.…
[JOM SHARE!] Niat Puasa Sebulan, Sehari dan Doa Berbuka Puasa
about 9 months ago - 1 comment
Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook Alhamdulillah.. Ramadhan yang dinanti kunjung tiba.. Jom kita sama-sama share Niat Puasa Sebulan, Niat Puasa Sehari dan Doa Berbuka Puasa ini ya.. Klik Link di atas untuk kongsi dengan rakan Facebook. Niat Sebulan Berpuasa:- “Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala” Maksud: “Sahaja aku berniat berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan ini…
Apakah yang berlaku pada 12 Julai di HafiziZain.com??
about 9 months ago - 1 comment
Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook Salam ceria semua untuk pembaca blog HafiziZain.com. Hari ni saya tiba-tiba saya rasa nak check statistik blog saya sendiri. Terkejut beruk saya apabila melihat bilangan visitor blog ini pada 12 Julai lepas. Baru saja saya perasan.. Mari lihat sini:- Pelikk! Apakah yang sedang berlaku pada 12 Julai lepas sehinggakan 11,000…
HQ Air Asia nak pindah ke Jakarta? Apa dah jadi??
about 9 months ago - No comments
Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook Air Asia adalah salah satu kebanggaan rakyat Malaysia. Tapi kenapa perlu IbuPejabatnya nak pindah ke Jakarta? Apakah cerita di sebalik semua ni? Lambat sehari saya mengetahui berita ini.. Dengar cerita Tony Fernandes dah siap-siap beli rumah dah sebijik berdekatan dengan pejabatnya di Jakarta. Hanya naik basikal jalan kaki untuk pergi…
Wa Kena Beb!!
about 11 months ago - 2 comments
Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook Semalam 17 Jun 2011 merupakan tarikh bersejarah kerana seorang insan yang bakal menggegar dunia telah lahir.. Ianya diberi nama Mohd Hafizi bin Haji Md. Zain.. hehehe.. skema gler ayat… Adoii..sungguh tak sangka semalam aku dapat super big surprise dari staf aku.. Wa kena beb..!! FIRST, masa tu jam 11 pagi.…
Berita Harian Keluarkan paper untuk Hari ESOK??
about 12 months ago - 3 comments
Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook Berita Harian memang membuatkan ramai orang hairan!! hehehe.. Mana tak hairannya.. tengah syok aku makan ikan bakar tadi, tiba2 ada sorang brader tu datang.. “Bang, nak beli paper tak? (sambil tunjukkan Surat Khabar)” “Haihh.. apesal malam baru nak jual.. ni mesti paper tak habes nih..” “Eh, mana ada bang.. ini…






















about 10 months ago
Selamat pengantin baru!
Tips tu kena salin sebab nanti nak kawin boleh apply. Haha!
about 10 months ago
Terima kasih bro! Salin jangan tak salin! hahaa
about 10 months ago
Tahniah bro!
semoga bahagia hingga ke syurga
about 10 months ago
wah! tips berguna ni
nama kawe ada highlight sekali tu.huhu.beres! nnti kawe nikoh demo wajib dtg
about 10 months ago
Terima kasih banyak2 bro!!
about 10 months ago
Demo musti highlight.. mari jauh tu.. Terharu kawe.. Insya-Allah kenduri demo pasti mari..
about 9 months ago
pg….alhamdulillah selamat semua….nanty boleh la kenalkan isteri pg dkt kiteorg…bace crite pg tetibe cuak….banyak lagi persiapan yang dalam proses..huhu…doakan majlis dayna berjalan lancar yer….
about 9 months ago
Boleh.. tiada masalah.. ada masa nanti pg kenalkan wife pg kat dayna okayy.. Prepare leklok utk majlis Dayna nanti yer.. sy doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar..kirim salam pada abg ashraf okayy..