Pentingnya Ganjaran Untuk Diri Sendiri
Reward Myself ~Hadiah untuk diri sendiri~
Itulah yang saya selalu amalkan… Once bila saya dah capai target saya untuk certain period, saya akan bagi ganjaran untuk diri sendiri. Sama ada beli gajet2 ataupun pergi melancong ke luar negara.. Alhamdulillah tahun ni saya dah capai target awal sebelum menjelang penggal kedua untuk tahun 2011. Dan kali ni saya telah menghadiahkan diri saya tiket untuk pergi melancong ke Amsterdam, Rotterdam dan Paris.
Post ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.. Tapi sekadar untuk motivasi kepada rakan-rakan pembaca setia blog hafizizain.com ini.
Pengalaman selama 8 hari di negara orang cukup best.. dapat lihat dan belajar cara kehidupan di sana… Melawat ke negara Eropah memang banyak kelainannya berbanding ke Australia.. Jauh lagi best ke negara Eropah.. Apa yang sukar cuma nak cari tempat makan halal saja… Banyak restoran Indonesia kat sana.. Tapi bila tengok menu, awal2 lagi ada tulis “Sate Babi”. Cepat2 saya keluar sebelum waiter datang amik order.. hahahaa..
Memang lain sket sekiranya kita pergi melancong dengan hasil duit penat lelah kita sendiri.. Setiap langkah kita berjalan tu ada ‘feel’ lain sket.. hehe..
Ramai yang bertanyakan saya pergi dengan siapa ke sana… namun biarlah ianya rahsia saja.. sebab orang tu taknak saya bagitau..
Apa yang saya nak tekankan di sini ialah betapa pentingnya untuk menjana pendapatan pasif.. Pendapatan pasif ini adalah pendapatan sampingan selain dari pendapatan utama kita.. Dengan pendapatan pasif inilah saya gunakan untuk buat pergi jalan-jalan.. Pendapatan aktif tak boleh sentuh.. sebab saya perlukannya untuk rolling modal nanti..
Antara contoh pendapatan pasif saya adalah datang dari eBay, Affiliate, Jualan Teddy Bear Besar Gedabak, Mudah.my, Jualan ebook dan Lain-lain..
Saya merasa puas sangat dapat menjenguk ke negara Eropah dengan hasil titik peluh sendiri.. Kini saya lebih bersemangat untuk mengejar target saya yang seterusnya pula.. Insya-Allah…
Apa yang saya boleh simpulkan di sini ialah semua orang berpeluang untuk pergi melancong ke luar negara.. Cuma bergantung kepada setakat mana usaha yang anda lakukan.. Sekiranya usaha anda sekadar cukup-cukup makan sahaja, maka income anda pun akan cukup-cukup makan juga..
Ada juga yang mengeluh “susahnya nak buat bisnes..”. Sekiranya ada diantara anda yang masih berfikiran begitu, ini menunjukkan usaha anda belum cukup aggresif lagi. Jangan terlalu menanam impian yang terlalu besar. Iaitu impian yang jarang2 orang sahaja yang dapat.
Sebagai contoh, “Aku menanam impian untuk pakai Lamborghini sebelum usia 30tahun”. Memang bagus untuk menanam impian sebegini. Tapi kalau boleh biarlah realistik dan senang untuk dicapai.. Bila dah capai satu target, barulah anda boleh target yang lebih dari tu pula..
Point penting: Letak target yang senang untuk anda capai dulu.. Bila dah capai, barulah anda letakkan target yang baru pula.. Insya-Allah ianya akan memotivasikan lagi diri anda untuk lebih berjaya lagi pada masa hadapan…
Cerita Pendek: Ada yang bertanyakan aku, “Fizi, kamu dah ada segulung Ijazah, kenapa kamu tak pergi kerja company yang besar-besar..?”
.
Jawapannya ada disini:- Sebab saya nak capai target saya cepat dan nak bebas buat apa saja yang saya suka…”
Mari kita layan beberapa keping gambar saya kat sana.. Nanti jangan lupa share dan tinggalkan komen kat bawah ni yer… =)
| Print article | This entry was posted by hafizizain on May 11, 2011 at 11:19 am, and is filed under Cerita tentang penulis. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
































about 1 year ago
Ada orang solat ke tu atas padang hijau.Wah.Bersihnya
about 1 year ago
saya nak jadi macam tu juga…berulang kali bc buku bisnes tshirt dari bro..hehe,,,,
about 1 year ago
Wah, bergayanya bro bergambar kat sana.
about 1 year ago
Suka dgn jawapan ini
“Sebab saya nak capai target saya cepat dan nak bebas buat apa saja yang saya suka…”
tq bro! u inspired
about 11 months ago
Nice pic, mmg teruja dgr u punya kata2 tu… hehehe.. bebas buat apa saja yang saya suka….