Sayu hati merenungkan nasib raya kali ini tanpa kekasih yang tersayang di sisi… Apakan daya.. Bukan aku yang pinta semua ni.. Aku perlu redha menerima ketentuan-Nya..

Apa yang pasti, raya kali ni aku perlu lebih tabah dari biasa.. Kalau sebelum ini aku selalu keluar bersama-sama dengannya, tapi apakan daya tahun ni aku perlu keluar sorang-sorang saja.. huhu..

Korang boleh tengok apa yang telah terjadi pada awek aku baru-baru ni..

.

.

.

.

.

.

.

Sedih! Tak dapat aku nak cakap apa-apa lagi selepas aku dan awek aku terlibat dengan kemalangan baru-baru ni..

hehehe.. korang jangan salah faham yer.. ‘awek’ yang dimaksudkan ialah kereta aku… Persona Merah yang telah accident pada hari Khamis yang lepas.

Sebenarnya aku tak boleh meratapi kesedihan ini.. aku perlu tabah dan setiap apa yang berlaku mungkin ada hikmah di sebaliknya..

Mari lihat lagi beberapa gambar awek aku ni..

1) Gambar keadaan kereta kancil yang aku langgar dia dari belakang.. lepas tu dia langgar pula Gen-2 kat depan..

2) Inilah kedudukan kereta sebaik sahaja selepas accident.

3) Tengah bersedih la tu konon-konon… hahaha..

4) Siap 3 bijik kereta polis datang nak leraikan kes geng towing duk gaduh2 berebut nak towing kereta aku

Nasib baiklah ada insan yang sudi meminjamkan kereta beliau kepada aku untuk aku balik beraya kali ni.. Kalau tak, balik ngan kereta api la jawabnya…

Itu sahaja..Jangan lupa tinggalkan komen di bawah ni ya….!!~

Selamat hari raya semua!

Related Posts with Thumbnails