Hari ni genaplah 24 tahun umur aku di atas dunia ni.. Ya Allah.. begitu pantas masa berlalu..

Memang tak sedar pun umur dah 24..

Apa yang bestnya besday pada tahun ni ek?

hmm.. sebenarnya besday kali ni la besday yang paling ramai orang wish kat aku.. maklum ler, sekarang ni kan dah ada facebook.. so ramai la yang wish melalui facebook… tapi takpela, janji dapat wish kan..

Impian aku pada umur 24 tahun ni?

Hohoho… sebenarnya banyak impian yang ingin dicapai pada usia sebegini.. Yela, sekarang ni kan aku dah graduate.. jadi macam-macam la perancangan yang dibuat terutamanya dalam bisnes. Impian aku pada usia 24 tahun ini adalah untuk mengembangkan bisnes aku tu.. yeahh.. itulah impian aku pada tahun ni..

Perancangan terdekat?

Perancangan terdekat aku ialah untuk membuka sebuah showroom sendiri yang bertempat di Seksyen 7 Shah Alam… Lokasi sudah dijumpai dan akan dimaklumkan selepas ini bila dah konfem nanti.. Dengan anda showroom ini, diharapkan customer aku makin bertambah dan sales makin meningkat.. Insya-Allah…

Kepada kawan-kawan semua, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana wish besday kat aku dan sentiasa mendoakan aku… Kalau ada apa-apa silap dan salah, harap dimaafkan…

Sebarang pendapat dan cadangan, boleh diutarakan.. Lain kali jemputlah datang ke blog ni ok!!

Terima kasih Daun Keladi,

Tahun depan wish la lagi…hehehehe

Assalamualaikum.

Related Posts with Thumbnails