Wa Kena Beb!!
Semalam 17 Jun 2011 merupakan tarikh bersejarah kerana seorang insan yang bakal menggegar dunia telah lahir.. Ianya diberi nama Mohd Hafizi bin Haji Md. Zain.. hehehe.. skema gler ayat…
Adoii..sungguh tak sangka semalam aku dapat super big surprise dari staf aku.. Wa kena beb..!!
FIRST, masa tu jam 11 pagi. Aku dah bengang gler dah sebab tengah rush untuk ke KL ngan Am, Mirul n Ejat.. Tapi tiba2 si Am ni buat hal.. dia saja buat2 lambat, cakap nak pegi mandi la, kemas rumah la.. Pastu si Ejat ni plak kete member dia rosak.. Dia kata dia perlu pegi tolong member dia tu.. Abis tu, pending la nak pegi KL ni.. Dah la masa tu nak dekat solat Jumaat dah. Bengang glerr time tu diorang ni lengah2 masa.. Pastu aku keluar la pegi cari Am kat umah. Takdela plak. Then pegi tolong ejat tengok bateri keta. Sebab dia nak tahu bateri keta aku sama tak dengan bateri keta member dia tu. Aku cakap aku tak pandai sangat bab2 bateri keta ni.
Then aku pun masuk opis.. Tengok2 dah gelap. Sape plak yang gatal tutup lampu nihh! Tengok2 atas meja ada Kad Besar Gedabak, Bunga Ros dan Kek Secret Recipe! huhu…. barulah aku sedar yang aku dah terkena. Habes kena gelakk… terharu aku..
SECOND, masa lepas aku blanja staf aku makan kat Sekinchan Ikan Bakar, diorang plak sempat baling tepung aku tengah2 jalan masa nak masuk kedai. Abis satu kedai mamak tengok.. Mana tak tengoknya, abis tepung sekilo tu diorang baling. Adehh, aku ingatkan lepas blanja diorang, dah lepas dah kena ‘malapetaka’ ni.. Rupa2nya silap! Abis baju, beg, iphone dan seluar jeans aku disaluti tepung.. adeiii..
Eh, diorang tak tau yang tepung skarang ni dah naik harga??
Apa-apapun diorang kenakan aku, aku rasa cukup terharuuu sangat2.. inilah surprise yang paling besar yang aku terima sepanjang hari lahirku.. Terima kasih kepada dalang utama dalam rancangan ini iaitu Am, Ejat n Ahmad Mustaqim.. Terima kasih juga atas bunga ros dari “Secret Admire”. Tidak ketinggalan 2 orang lagi staf ideaMaster yang disayangi iaitu Amirol n Maya..
Semoga korang semua takkan terlepas di hari lahir korang plak.. hehehehhee..
Ni plak hadiah iPod Shuffle aku dapat dari ‘seseorang’
Tidak ketinggalan juga kepada semua rakan-rakan yang dah wish kat Facebook.. Tak mampu nak reply semuanya.. Ada 192 orang yang wish.
Terima kasih banyak-banyak.-banyak-banyakkkk…
Jom tinggalkan komen di bawah ni.
| Print article | This entry was posted by hafizizain on June 18, 2011 at 3:47 pm, and is filed under Cerita tentang penulis. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |






















about 11 months ago
Hepy Besday Boh..
Tahun depe ado baby doh..
Kito prank utk Hari Bapa pulop=)
about 10 months ago
haha berat kakloh bnyi tu…slmt ari jadi bos