Teknik ini sudah ramai dipraktikkan oleh eBayer. Tetapi saya nak beritahu juga kat sini memandangkan ramai lagi yang belum mahir dan yang masih baru dalam Bisnes eBay ni.

Sebagaimana yang kita tahu, feedback sangat penting dalam kita berebay ni. Ianya mempengaruhi customer untuk membeli produk kita atau tak. Sebenarnya ada customer yang tak kisah dengan feedback ni. Dia main beli jer.. Tapi ada juga yang mementingkan feedback. Mereka akan lebih yakin sekiranya membeli dari seller yang sudah mempunyai feedback di eBay. Selain itu, anda memerlukan 10 feedback untuk membolehkan anda menjual barangan secara Buy It Now. 15 feedback diperlukan untuk membolehkan anda bukak Store di eBay.

Hoho.. gambar di atas adalah salah satu akaun ebay saya.. takde la banyak sangat feedback.. tapi ok la kan.. =)

Okay, teknik yang saya ingin beritahu ialah dengan membeli barangan di ebay yang berharga $0.99. Barangan tersebut ialah ebook. Secara tersiratnya, orang yang menjual ebook ni adalah menjual feedback sebenarnya. Tapi tak mengapalah, asalkan kita dapat feedback, kira ok la kan… hehehe. Apa yang bestnya, feedback yang diletakkan dalam kurungan seperti gambar di atas ialah jumlah feedback sebagai pembeli dan penjual. Jadi, kalau anda jadi pembeli di ebay, feedback akan bertambah dalam kurungan tersebut.

Okay, sekarang kita mulakan dengan langkah pertama. Klik pada Advanced Search seperti gambar di bawah ini:-

Langkah kedua: Isikan ruangan 4 perkara penting sebagaimana yang saya telah lakukan di bawah ini:-

Lepas tu, tekan “Search”

Nanti akan keluar la result seperti di bawah ni:-

Ada 500 lebih ebook yang anda boleh beli… hehe.. kalau nak 500 feedback, beli la semua… hehe.. gurau jer..

Langkah seterusnya: Anda pilih jer mana-mana ebook yang berkenan, lepas tu klik sebagaimana anda ingin membelinya.

Sebagai contoh seperti berikut:-

Tips Penting:-

1) Anda perlu lihat jumlah ebook yang telah terjual. Utamakan yang sudah banyak terjual.

2) Ingat nama penjual yang anda beli ebook tersebut. Elakkan membeli dari orang yang sama. Ini menyebabkan anda rugi. Sebagai contoh, kalau anda beli 2 ebook yang berlainan dari penjual yang sama, hanya 1 feedback sahaja yang akan dikira.

3) Lihat feedback yang penjual tersebut sudah terima. Utamakan yang sudah banyak mendapat feedback positif dari pembeli.

Selamat mencuba dan selamat maju jaya!!

Related Posts with Thumbnails