Salam bro Hafizi, saya faris di sini, apa kabar? di harap bro sihat2 sejahtera hendaknya. Saya sudah pun menjalankan pernigaan dalam bidang ebay nie sejak 2 minggu yang lalu, dan syukur saya sudah pun menerima jualan dari pembeli. sekarang, saya ingin lagi menambahkan lagi item store yang ada di samping untuk menambahkan lagi aktif listing saya. jadi, saya ingin bertanya kepada bro Hafizi sendiri, perlukah saya membuat listing setiap hari untuk tarik lebih ramai pelawat ke store saya? sebab yang saya tahu, dari aktif listing tue, dapat tarik lagi pembeli ke store saya. Saya berharap agar Bro Hafizi sudi membantu masalah saya ini. Terima kasih kerana memberi peluang untuk menggunakan terapeak bro secara percuma sebelum nie :-)
Jawapan:
Sebenarnya bermacam-macam pendapat tentang hal ini. Tetapi, bagi saya selagi kita ada produk dan niche baru yang boleh dihasilkan, kita listkan je hari-hari. Walaubagaimanapun, untuk listing sebagai store inventori, saudara boleh listkan pada bila-bila masa sahaja. Tetapi, untuk auction listing, saya cadangkan saudara list kan mengikut masa yang saya telah tetapkan di salah satu post saya di blog ini.
Tentang jumlah listing pula, saudara listkan seberapa banyak yang mungkin di store inventori. Lepas tu ambil beberapa item hot dan masukkan juga sebagai Auction Listing. Sebagai contoh, saudara ada 200 produk dalam store inventory. Dari situ, saudara pilih 20-30 barang hot dan letakkan sbg auction listing dengan harga permulaan $0.01 atau $0.99. Kalau saudara seorang yang berani ambil risiko, saudara letakkannya sebagai FREE SHIPPING. Saudara try lah.. pasti ada yang datang bid nya.. dalam masa yang sama, dia akan masuk juga store kita dan lihat barangan lain pula…

Ada juga jenis customer yang jenis tak suka tunggu lama-lama. So, bila dia lihat barang tersebut ada juga dalam store inventori, dia akan terus beli dari situ.. Itulah yang kita mahukan..

Buat listing di eBay ni seperti kita memancing la.. semakin banyak joran yang kita guna, semakin tinggi kebarangkalian pancing kita itu untuk dapat ikan. Tetapi, dalam masa yang sama, umpan yang digunakan ialah umpan yang berkualiti tinggi…

Sekian. Harap dapat membantu.

Related Posts with Thumbnails