Warning: preg_match() [function.preg-match]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php on line 201

Warning: preg_match() [function.preg-match]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php on line 202

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php:201) in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Sumber Informasi Bisnes & Apa-Apa Sahaja http://www.hafizizain.com Thu, 26 Apr 2012 01:04:27 +0000 en hourly 1 http://wordpress.org/?v=3.3.1 Apa yang anda perlu tahu tentang Cek Tak Laku http://www.hafizizain.com/bisnes/apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-cek-tak-laku.html http://www.hafizizain.com/bisnes/apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-cek-tak-laku.html#comments Thu, 26 Apr 2012 01:04:27 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=1389 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Salam sejahtera semua..

Info kali ni adalah khas untuk para usahawan yang menggunakan cek sebagai salah satu medium transaksi pengeluaran wang dan pembayaran kepada pembekal. Sebagai usahawan, anda perlu membaca info ini supaya anda lebih bersedia untuk berhadapan dengan isu cek tak laku.. Harap post kali ni memberi input yang baik kepada anda..

CEK TAK LAKU ialah cek yang dikeluarkan oleh tuan punya akaun yang direject dan dikembalikan semula oleh bank pembayar.

Pengeluaran cek tak laku boleh memberikan masalah besar. Pemegang akaun yang mengeluarkan cek tak laku dalam tempoh 12 bulan tak dibenarkan menggunakan akaun semasa di Malaysia untuk jangka masa tertentu antara 6-24 bulan bergantung kepada tahap kesalahan yang dilakukan.

Cek tak laku juga boleh menjejaskan hubungan baik antara anda dan pembekal. Ini adalah kerana pembekal mungkin sudah hilang kepercayaan kepada anda sekiranya anda mengeluarkan cek tak laku banyak kali kepada mereka.

SEBAB BERLAKUNYA CEK TAK LAKU:-

1) Dana dalam akaun yang tak mencukupi.

2) Cek dikeluarkan dari akaun yang dah ditutup atas sebab blacklist atau ditutup atas sebab muflis.

3) Cek yang didepositkan tetapi dana belum boleh lagi digunakan oleh pemegang akaun kerana cek ini belum dijelaskan.

HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA:-

1) Anda berhak bertanya kepada bank anda mengenai baki dalam akaun semasa sebelum mengeluarkan sebarang cek. Ini adalah utk memastikan cek yang dikeluarkan adalah laku. Tapi sekarang ada online banking kan.. boleh cek online jer.. =)

2) Anda berhak diberitahu secara bertulis apabila cek tak laku pertama, kedua dan ketiga dikembalikan dan sebab-sebab berlakunya setiap cek tak laku tersebut.

3) Anda berhak diberitahu secara bertulis sebelum akaun anda ditutup.

4) Anda berhak untuk memeriksa dengan bank anda tentang status senarai hitam anda.

 

CARA UNTUK MENGELAK DARI KELUARKAN CEK TAK LAKU:-

1) Pastikan akaun semasa anda mempunyai dana yang mencukupi sebelum anda mengeluarkan sebarang cek.

2) Kalau nak buat pemindahan dana dari akaun lain ke akaun semasa anda, pastikan dana tersebut telah dikreditkan ke akaun tersebut.

3) Cepat2 bagitau bank melalui arahan Stop Cheque ke atas cek yang dicuri atau hilang untuk mengelakkan cek tersebut daripada dapat dikeluarkan atau dikembalikan atas alasan ketidakcukupan dana.

4) Simpan buku cek anda di tempat yang selamat untuk mengelakkan risiko kecurian.

Yang penting, inform kepada pihak bank sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat anda.. Ini adalah untuk memastikan anda sentiasa menerima maklumat dari bank mengenai perkara penting tanpa kelewatan dan untuk elakkan surat2 anda tidak sampai kerana silap alamat.

]]>
http://www.hafizizain.com/bisnes/apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-cek-tak-laku.html/feed 0
Mari Kita Sujud Syukur Tanda Kegembiraan Doa Dimakbulkan http://www.hafizizain.com/perkongsian/mari-kita-sujud-syukur-tanda-kegembiraan-doa-dimakbulkan.html http://www.hafizizain.com/perkongsian/mari-kita-sujud-syukur-tanda-kegembiraan-doa-dimakbulkan.html#comments Fri, 06 Apr 2012 16:51:55 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=1384 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yang besar.

Waktunya

Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya

Dalilnya

Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.

Rukunnya

1 Niat

2 Takbiratulihram

3 Sujud

4 Memberi salam

Syarat-syaratnya

Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :

a. Suci dari hadath besar dan kecil

b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat

c. Menghadap ke kiblat

d. Menutup aurat

Cara-cara melakukannya.

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA

Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )

Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat

Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.

Bacaan dalam sujud

  1. Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Huwallahu Akbar (3kali)
  2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)
  • Ya Allah Kami Bersyukur Di Atas Kurniaan Dan Nikmatmu
  • Ya Allah Kami Bersyukur Dengan Rezeki Yang Telah Engkau Berikan Kepada Kami
  • Ya Allah Ampunlah Dosa-Dosa Kami, Kedua Ibu Bapa Dan Orang-Orang Yang Beriman
  • Ya Allah Jauhilah Rumah Dan Tempat Kerja Kami Dari Bencana Dan Malapetaka
  • Ya Allah Kami Berjanji Untuk Mentaati Segala Perintah-Mu Dan Menjauhi Segala Larangan-Mu
]]>
http://www.hafizizain.com/perkongsian/mari-kita-sujud-syukur-tanda-kegembiraan-doa-dimakbulkan.html/feed 0
Woww! Proton PREVE Pasti Menjadi Kebanggaan Malaysia http://www.hafizizain.com/isu-semasa/woww-proton-preve-pasti-menjadi-kebanggaan-malaysia.html http://www.hafizizain.com/isu-semasa/woww-proton-preve-pasti-menjadi-kebanggaan-malaysia.html#comments Thu, 05 Apr 2012 05:32:08 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=1375 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Teruja betul saya lepas tengok video intro pasal kereta Nasional terbaru ni.. PROTON PREVE. Memang hebat tuu.. Siap ada Auto Rain Sensor, LED Light, Auto Light, DVD GPS Player, Push Start Button dan macam-macam lagi.. Teka-teki mengenai nama dahulunya Proton P3-21A telah terjawab. Mesti pelik kan, kenapa letak nama PREVE? Tak guna nama melayu seperti saga, persona, wira dan lain2 sebelum ni.. Mungkin inilah pembaharuan yang dilakukan oleh Proton. Meh sini baca kalau nak tahu makna di sebalik PREVE tu..

Ini dia senarai specification yang ada pada Proton Preve ini. Harga dia pun memang berbaloi!

Kalau nak tahu spec lain yang special pada Proton Preve ni, boleh layan video promo yang ni.. Memang TERUJA!!

]]>
http://www.hafizizain.com/isu-semasa/woww-proton-preve-pasti-menjadi-kebanggaan-malaysia.html/feed 0
[Khas untuk mereka yang merancang nak kahwin] Soalan bocor dari Bakal Mentua http://www.hafizizain.com/perkongsian/khas-untuk-mereka-yang-merancang-nak-kahwin-soalan-bocor-dari-bakal-mentua.html http://www.hafizizain.com/perkongsian/khas-untuk-mereka-yang-merancang-nak-kahwin-soalan-bocor-dari-bakal-mentua.html#comments Sun, 04 Mar 2012 09:16:25 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=1370 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Biasala kan.. masa first time jumpa bakal mentua dan ingin luahkan hasrat untuk mengahwininya, mungkin ada jugak rasa cuak kan.. Lagi-lagi kalau dapat mentua yang skema.. hoho..  Meh lihat salah satu soalan yang bakal ditanya:-

Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
“Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 8 alasan engkau.”

Dan inilah jawapan yang korang boleh jawab.. hehehe
1. Dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. Nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. Nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. Nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. Dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. Dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. Nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. Saya sayang dan cintakan anak pakcik ?

Okay tak?

]]>
http://www.hafizizain.com/perkongsian/khas-untuk-mereka-yang-merancang-nak-kahwin-soalan-bocor-dari-bakal-mentua.html/feed 0
[BERITA PANAS] Valentine’s Day Dibatalkan http://www.hafizizain.com/isu-semasa/berita-panas-valentines-day-dibatalkan.html http://www.hafizizain.com/isu-semasa/berita-panas-valentines-day-dibatalkan.html#comments Sun, 12 Feb 2012 15:02:03 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=1365 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Sesungguhnya menyambut Valentine’s Day tu adalah haram.. Dan di bawah ini adalah bukti bahawa Valentine’s Day tahun ini dibatalkan.. Hehehehe.

]]>
http://www.hafizizain.com/isu-semasa/berita-panas-valentines-day-dibatalkan.html/feed 0
Tips Menjaga Hati Pasangan Anda http://www.hafizizain.com/perkongsian/tips-menjaga-hati-pasangan-anda.html http://www.hafizizain.com/perkongsian/tips-menjaga-hati-pasangan-anda.html#comments Sun, 12 Feb 2012 12:54:18 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=1359 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook


Tips mengambil hati pasangan

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami

  1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh.

Tips mengambil hati isteri

  1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda.
  2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta.
  4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

]]>
http://www.hafizizain.com/perkongsian/tips-menjaga-hati-pasangan-anda.html/feed 0
HARAM Menyambut Hari Kekasih / Valentine’s Day http://www.hafizizain.com/perkongsian/haram-menyambut-hari-kekasih-valentines-day-2.html http://www.hafizizain.com/perkongsian/haram-menyambut-hari-kekasih-valentines-day-2.html#comments Sun, 12 Feb 2012 09:17:04 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=1355 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Sambutan 14 Februari sebenarnya banyak berkaitan amalan ritual penganut Kristian

TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.

Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.

Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.

Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”

Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.

Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan.

Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.

Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.

Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.

Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.

Laman web Spiritrestoration.org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan – indeks Saint Valentine’s Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ‘sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’

Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.

Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.

Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.

Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Artikel asal dari http://nurjeehan.hadithuna.com
]]>
http://www.hafizizain.com/perkongsian/haram-menyambut-hari-kekasih-valentines-day-2.html/feed 0
Kisah Usahawan Kreatif Anita Roddick (Pengasas Body Shop) http://www.hafizizain.com/bisnes/kisah-usahawan-kreatif-anita-roddick-pengasas-body-shop.html http://www.hafizizain.com/bisnes/kisah-usahawan-kreatif-anita-roddick-pengasas-body-shop.html#comments Tue, 31 Jan 2012 04:58:49 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=1350 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Bila sebut “kreatif” ramai memikirkan dalam bisnes, kreatif adalah untuk pengiklanan/advertising. Namun, saya sering menyebut untuk menjadi kreatif dalam bisnes.

Sebenarnya, kreatif meliputi aspek yang meluas bukan sekadar pengiklanan, tetapi juga sehingga membuat keputusan perniagaan yang kreatif.

Contoh yang saya ingin kongsikan mengenai kreatif dalam bisnes adalah Anita Roddick (pengasas The Body Shop):-

1. Ketika mengembara pada tahun 70-an, Anita Roddick mendapati di negara yang dilawatinya, wanita menggunakan koko untuk melicinkan kulit muka dan badan. Anita Roddick menggunakan kreativitinya untuk membawa idea tersebut menjadi idea perniagaan kosmetik!

2. Apabila ingin memulakan perniagaan, Anita tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membeli bekas kosmetiknya. Lalu, Anita menggunakan kreativitinya membeli bekas yang paling murah, iaitu bekas menyimpan sample air kencing di hospital untuk dijadikan bekas kosmetik.

3. Apabila membuka kedainya yang pertama pada 1976 (ya, The Body Shop kini sudah 34 tahun… bukan short cut kejayaan!), dinding kedainya berlumut dan kotor. Anita menggunakan kreativitinya untuk menggunakan cat yang paling murah berwarna hijau yang sama dengan warna lumut tersebut untuk mencantikkan kedainya. Sehingga kini, warna hijau (warna lumut) yang sama masih digunakan dan membawakan konsep alam semula jadi!

Dalam perniagaan, anda perlu kreatif dalam menangani masalah dan membuat keputusan. Jangan jadikan tiada modal, tiada idea perniagaan menghalang anda. Fikirkan cara kreatif dalam perniagaan anda :)

]]>
http://www.hafizizain.com/bisnes/kisah-usahawan-kreatif-anita-roddick-pengasas-body-shop.html/feed 2
Kaka Bakal Masuk Islam 2012?? Alhamdulillah… http://www.hafizizain.com/isu-semasa/kaka-bakal-masuk-islam-2012-alhamdulillah.html http://www.hafizizain.com/isu-semasa/kaka-bakal-masuk-islam-2012-alhamdulillah.html#comments Sun, 01 Jan 2012 05:51:20 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=1343 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Heboh di dalam Facebook kawan-kawan yang berbangsa Arab mengatakan bahawa pemain bola sepak terkenal Kaka telah memeluk agama Islam. Gambar ini diambil pada 26 December 2011 baru-baru ini di sebuah masjid di Dubai.

Dilaporkan bahawa Kaka ataupun nama sebenar Ricardo Kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid ini. Kalau berita ini benar Alhamdulillah. Bertambah lagi umat Islam didunia ini. Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa.

Aku sangat bersyukur dan berbangga kalau berita ini benar. Tetapi berita ini memang heboh di dunia Arab sekarang. Mungkin Kaka telah memeluk agama Islam. Dalam pasukan Real Madrid sekarang terdapat 4-5 orang individu beragama Islam seperti Karim Benzema, Nuri Sahin, Hamid Altintop, Mesud Ozil dan Sami Khedira.

p/s: Dengar cerita Messi pun bakal masuk Islam.. benarkah??

 

Sumber
]]>
http://www.hafizizain.com/isu-semasa/kaka-bakal-masuk-islam-2012-alhamdulillah.html/feed 2
Kenapa perlu minum air Coca-Cola lagi???? http://www.hafizizain.com/perkongsian/kenapa-perlu-minum-air-coca-cola-lagi.html http://www.hafizizain.com/perkongsian/kenapa-perlu-minum-air-coca-cola-lagi.html#comments Sun, 01 Jan 2012 05:30:01 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=1338 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti, yang di ‘saf’ belakang tu orang sebenarnye. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian seperti ini. Berkupiah jenama ‘coke’.

Mula mula tengok dekat email, saya tak berapa perasan sebenarnye gambar ni adalah ‘orang’ sebab yang ‘saf’ kat belakang tu sama macam botol air yang disusun. Cantik jer. Tapi saya mula perasan bila tengok ‘imam’ yang dekat depan tu tengah sujud. Nampak tangan. Tergamam aku.

Lihat gambar ini:-

Perhatikan perkataan ‘coca-cola’. Cuba beli satu botol coke dan koyakkan pembalut plastik dan lepas itu terbalik kan. Kita akan dapat lihat tulisan nya akan menjadi ” La’ Muhammad La’ Makkah ”. yang bermasud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH.

Sedarlah wahai sahabat sahabat, bila kita mengucapkan kata-kata TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH, sebenarnya akidah kita dah terpesong. Kita renungkan kembali, bangsa yahudi tidak akan aman selagi Islam itu tak tenggelam.

Mereka sering berusaha menghancurkan ISLAM. Dan bila kita lihat balik, sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana orang Islam kini lebih terikut dengan budaya barat. Bangsa Yahudi tahu, mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM dengan peperangan dan mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.

Sila share kalau anda rasakan ianya bermanfaat.

 

sumber: ieya nadiya
]]>
http://www.hafizizain.com/perkongsian/kenapa-perlu-minum-air-coca-cola-lagi.html/feed 0