===================

UPDATED 4 FEBRUARI 2011.

Sila rujuk di bahagian bawah post ini…

===================


Masya-Allah.. makin hari makin teruk keadaan di Mesir.. Bagaimanakah keadaan rakyat Malaysia di sana?? aku sendiri pun ada  beberapa  kawan kat sana.. Tapi tak dapat dihubungi melalui YM.. dengar khabar internet dah kena potong.. Kesian nasib mereka.. Apa yang kita mampu hanyalah berdoa dan terus berdoa.. agar semuanya selamat…

Aku menyokong penuh tindakan kesedaran yang dilakukan oleh blogger yang banyak menyampaikan info terbaru mengenai keadaan di sana.. Antara blog yang sentiasa update tentang keadaan di sana ialah:-

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

Ini dia realiti keadaan semasa di Mesir:-

1. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

2. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

3. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

4. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

5. Rusuhan di mana-mana..

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

Aku pun masih tak faham kenapa ramai yang kondem kerajaan tentang proses evakuasi.. Rata-ratanya tidak dapat maklumat yang tepat dari kerajaan. Yang terbaru sekali, ini dia kenyataan dari Menteri Pengajian Tinggi  Malaysia:-

KENYATAAN AKHBAR
YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
MENGENAI KEADAAN DAN SITUASI TERKINI
PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI REPUBLIK ARAB MESIR
2HB FEBRUARI 2011 (RABU)
___________________________________________________________________
1.    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil maklum, prihatin serta bersimpati dengan keadaan sukar dan situasi getir yang dihadapi oleh para pelajar Malaysia yang kini berada di Republik Arab Mesir, selepas hari kesembilan berlakunya demonstrasi dan rusuhan oleh rakyat Mesir di sana.
2.    Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di republik tersebut.  Jumlah ini termasuklah seramai 5,184 orang pelajar perubatan dan 6,135 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam.
3.    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui pejabat Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Kaherah sebelum ini telah melakukan hebahan nasihat keselamatan kepada semua pelajar agar mereka dapat menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti rusuhan dan demonstrasi oleh rakyat Mesir.  Di samping itu juga, nasihat serta siaran hebahan telah diberikan kepada semua pelajar agar mereka sentiasa dan dapat mematuhi arahan keselamatan termasuklah arahan perintah berkurung (curfew) pada masa-masa yang ditetapkan.  Selain daripada itu, semua pelajar Malaysia juga dinasihatkan agar dapat membuat persediaan penyimpanan makanan yang secukupnya bagi menghadapi saat-saat sukar di sana.

4.    Sejak keadaan rusuhan kian meruncing serta tahap keselamatan pelajar Malaysia menjadi semakin membimbangkan, pihak JPM Kaherah telah memulakan usaha menempatkan para pelajar Malaysia dalam kumpulan yang lebih besar di beberapa tempat utama termasuklah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah serta beberapa rumah negeri yang terdapat di sana.  Langkah ini bertujuan untuk memastikan keselamatan para pelajar agar lebih terjamin, selain bagi memastikan perhubungan komunikasi antara mereka tidak terputus.  Di samping itu juga, ketika berada di luar arahan perintah berkurung (curfew), pegawai-pegawai JPM Kaherah akan mengadakan kunjungan ke rumah-rumah pelajar Malaysia di sana bagi meninjau keadaan serta situasi pelajar Malaysia yang lain.  Pegawai-pegawai JPM Kaherah seterusnya akan menyediakan laporan keadaan terkini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya.  Buat masa ini, seramai lebih 7,000 orang pelajar telah dapat dihubungi dan diketahui keadaan mereka.  Alhamdullilah, kesemua mereka kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal tanpa mengalami apa-apa kecederaan dan tidak ada sebarang kematian yang melibatkan mereka. Langkah ini akan terus dilakukan sehinggalah kesemua nasib dan keadaan pelajar Malaysia di sana dapat diketahui.
5.    Sementara itu, bagi memudahkan ibu bapa dan keluarga para pelajar untuk mendapatkan status serta kedudukan terkini mengenai anak-anak serta ahli keluarga mereka di Mesir, mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seperti di bawah:-
1)      Yang Berbahagia Prof Dr Rujhan Mustafa
Pemangu Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No. Telefon       : +6019 – 270 8222
E-mel                  : mrujhan@mohe.gov.my


2)      Yang Berusaha Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff
Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon         : +6019 – 752 0672
E-mel                  : alwee@mohe.gov.my
3)      Encik Jamalulail Bin Abu Bakar
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Jabatan Penuntut Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon         : +6012 – 931 6172
E-mel                  : jamalulail@mohe.gov.my
6.    Seperti mana yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah umumkan semalam (1 Februari 2011), Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melakukan operasi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Republik Arab Mesir melalui udara dan juga laut.  Pelajar dan rakyat Malaysia akan di bawa ke Jeddah, Arab Saudi bagi mendapatkan bantuan perlindungan serta tempat yang lebih selamat di Arab Saudi.  Sehubungan dengan itu, kerjasama dan jasa baik daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi memastikan urusan pemindahan berjalan dengan lancar dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.
7.    Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini telah dimaklumkan mengenai pengumuman cuti oleh beberapa buah universiti utama di sana.  Cairo University menetapkan cuti selama 3 bulan; Universiti Al-Azhar selama 1 tahun; manakala Ain Shams University menetapkan cuti selama 6 bulan.

8.    Pada ketika ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sentiasa berhubung dan mendapatkan nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan-tindakan selanjutnya diambil.  Pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga sentiasa berhubung dengan pihak Kementerian Luar, Wisma Putra, Kementerian Pertahanan dan beberapa agensi keselamatan lain bagi mendapatkan maklumat lengkap dan situasi terkini mengenai keadaan pelajar Malaysia di Mesir.
Disediakan oleh:-
Pejabat YB Menteri Pengajian Tinggi
Putrajaya

2 Februari 2011

SEKIRANYA ANDA SUKA DENGAN ENTRI INI, KLIK “SHARE” DI ATAS POST INI. TINGGALKAN KOMEN LAGI BAGUS…

=======================

UPDATED 4 FEBRUARI 2011.

Ini salah satu maklumat terbaru yang saya terima melalui email. Sila “Share” dengan rakan-rakan yang lain…

PELAN TINDAKAN EVAKUASI

Tarikh bermulanya Operasi: 2 Februari 2011

Modus Operandi

1. Penerbangan dengan pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM):
a) Kaherah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir dan DMAK)
b) Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Rumah MARA)
c) Mansourah – Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Hotel New
Mansourah @ 5th February, 1000 hrs)

2. Pelayaran:
a) Pelabuhan Al-Adabiyah – Pelabuhan Jeddah (Tempat Berkumpul:
Kompleks Haiyyu Ashir)

3. Jeddah adalah pusat transit (penginapan di asrama Tabung Haji)
untuk tempoh tidak melebihi sebulan, penginapan dan makan minum
ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

4. Pelayaran dari Pelabuhan Jeddah ke Pelabuhan Pulau Pinang atau
Pelabuhan Port Klang.

5. Kos perjalanan balik ke Mesir adalah di atas tanggungan sendiri.

6. Perjalanan dari tempat penginapan ke pelabuhan atau lapangan
terbang disediakan.

7. Setiap peserta hanya dibenarkan membawa hand luggage kecil tidak
melebihi 7 kilogram.

8. Peserta diingatkan untuk membawa passport/dokumen perjalanan yang sah.

9. Peserta hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Sekretariat
dari masa ke semasa.

Jadual Perjalanan

Penyelaras hendaklah mengatur perjalanan dari tempat berkumpul ke
lapangan terbang (Rujuk Jadual Penerbangan).

Waktu untuk berkumpul di tempat berkumpul sebelum bertolak ke lapangan
terbang adalah seperti berikut:
a) Kaherah – 2nd February, 1100 hrs
3rd, 4th dan 5th February, 1000 hrs
b) Alexandria – 4th, 5th and 6th February, 0900 hrs

Kriteria Pemilihan Pelajar-Pelajar
1. Pelajar wanita
2. Pelajar berkeluarga
3. Pelajar yang uzur dan sakit
4. Berada di zon risiko tinggi
5. Pelajar tahun pertama
6. Pelajar sekolah rendah/sekolah menengah

Tindakan Yang Perlu Diambil

Sila isi borang makluman pelajar yang disertakan. (sila rujuk pegawai
Negeri, Alex, MARA masing-masing atau klik terus di sini

http://jpmk.info/wp-content/uploads/Borang-Peribadi-Pelajar_2011-utk-Evakuasi1.pdf

)

Jadual Penerbangan dan Pelayaran Kaherah ke Jeddah

Tarikh Flight 1 (3 aircrafts) Flight 2 (3 aircrafts) Bunga Emas 5
3rd February (delayed)
4th February 0600 hrs 1300 hrs
5th February 0600 hrs 1300 hrs 1400 hrs
6th February 0600 hrs 1300 hrs

Jadual Penerbangan Alexandria/Mansourah ke Jeddah

Tarikh Flight 1 (2 aircrafts) Flight 2 (2 aircrafts)
5th February 0600 hrs 1300 hrs
6th February 0900 hrs 1600 hrs
7th February 0900 hrs 1600 hrs

*TBC

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini sila berhubung dengan
pegawai-pegawai Kedutaan seperti di bawah:

1. En. Saharudin Hassan (+2010-5005338)
2. En. Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris (+2010-1101004)
3. En. Muhammad Hazam Hajanan (+2010-8714264)
4. En. Samsul Kahar Kamarudin (+2010-5382715)

Related Posts with Thumbnails