HQ Air Asia nak pindah ke Jakarta? Apa dah jadi??
Air Asia adalah salah satu kebanggaan rakyat Malaysia. Tapi kenapa perlu IbuPejabatnya nak pindah ke Jakarta? Apakah cerita di sebalik semua ni? Lambat sehari saya mengetahui berita ini.. Dengar cerita Tony Fernandes dah siap-siap beli rumah dah sebijik berdekatan dengan pejabatnya di Jakarta. Hanya naik basikal jalan kaki untuk pergi ofis hari-hari. hohoho~
Kesinambungan dari masalah yang dialami 2 bulan yang lepas, akhirnya Tony Fernandes dah buat keputusan untuk memindahkan Ibu Pejabat Air Asia Berhad ke Jakarta. Beliau telah membuat keputusan tersebut di Tokyo khamis lepas dengan memberi alasan bahawa ianya adalah salah satu langkah untuk meningkatkan nama Air Asia sebagai Syarikat Penerbangan Asia Tenggara, bukan sahaja syarikat penerbangan Malaysia. Jakarta dipilih kerana ianya merupakan negara yang sangat besar, ekonominya lebih tinggi dan ramai penduduknya..kira-kira sepuluh kali ganda dari Malaysia, walaupun Malaysia mempunyai pendapatan per kapita lebih tinggi US$14,700 berbanding Indonesia yang hanya US$4,200.
Air Asia mula dilancarkan pada tahun 2002 dengan permulaan 2 buah kapal terbang sahaja. Sekarang Air Asia sudah mempunyai 93 buah kapal terbang. Minggu ni, Air Asia telah menempah 300 buah Airbus A320 neos untuk meluaskan lagi kawasan.. Memang hebat!!
Tapi kenapa nak pindah ke Indonesia?? huhuhu..
| Print article | This entry was posted by hafizizain on July 25, 2011 at 7:41 pm, and is filed under Isu Semasa. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


















