Mc Donald Dah Tak Halal?
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blog Hafizizain.com.
Terkejut kan dengan tajuk di atas? Sebenarnya tujuan saya letakkan post ini adalah bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak.. Tapi sekadar ingin mencari kebenaran tentang status Mc Donald sama ada halal atau tidak. Saya harap anda tidak terlalu taksub dengan post saya kali ini dan tidak menjadikan ianya satu fitnah yang besar..
Sesungguhnya bukan kuasa saya untuk menentukan halal atau tidak akan sesuatu itu melainkan ianya ada bukti yang sahih tentang semua ini.
’Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)
Mari kita lihat dari satu sumber iaitu surat dari JAKIM kepada pembekal utama Mc Donald, iaitu Mac Food Services Sdn Bhd.
KLIK UNTUK BESARKAN
Okay, ini maklumat yang pertama… ianya bertarikh sudah lama… 19 April 2010 lagi tu..
Jadi, ramai yang terus membuat rumusan bahawa Mc Donald sudah tak halal lagi..
Akan tetapi, ada 1 maklumat terbaru yang saya terima…
Ada seorang hamba Allah telah menelefon Jakim untuk mendapat pengesahan akan semua perkara ini.
Inilah antara isi kandungan perbualan tersebut:-
=========================================
Pengadu : Saya ada terima surat pada __ Arpil daripada Internet telah dihantar kepada ___ (MacFood tu)
yang menarik balik persijilan daripada Uruguay…… (korang tau cerita dah)
JAKIM: Itu untuk daging
Pengadu : Daging apa tu Cik?
JAKIM : Daging lembu dari Uruguay kita telah tarik balik certificate halal sebab dia tak ikut piawaian kita.
Tapi McDonald semua kita dah maklumkan dan diorang dah tukar pembekal lain.
Pengadu: ok, sekarang ni mmg boleh makan la kat mcdonald?
JAKIM: Boleh, boleh…dia dah tukar pembekal lain dan dia dah takde stok daging tu lagi..
dia ada mohon halal dengan kita
Pengadu: Surat tu mmg dah ade dah ee? Dah ade halal la ee? (xpasti aku surat ape)
JAKIM : Mcdonald mmg mohon halal dengan kita.
Pengadu: Ok terima kasih
JAKIM: sama….
Boleh download rakaman perbualan itu di sini –> KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD
sumber: Forum Carigold
=========================================
Jadi, anda nilai lah sendiri tentang perkara ini..
Sebarang pendapat tambahan, sila tinggalkan komen di bawah ini..
Terima kasih.
| Print article | This entry was posted by hafizizain on August 20, 2010 at 7:09 pm, and is filed under Isu Semasa. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |










about 1 year ago
Terima kasih Hafizi…Fiuh!~
about 1 year ago
thanks bro…..nasib da x mkan.
about 1 year ago
thanks for sharing..
about 1 year ago
adush….aku dah lama x makan mende alah tu baru2 ni sebelum puasa makan la dalam 3 kali…
sampai sekarang terasa cam nak makan lagi…..
baik cari alternatif lain….RFC….memang alternatif tapi x meluas lagi
about 1 year ago
http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=NEW-20100823131529&type=NEW
about 1 year ago
yelah tu, bis icebox dia tu camana, satu tampat jugak laa.
dah la tu korang,
balik makan nasi atau banyak lagi la yg sdp2
about 10 months ago
Assalamu’alaikum.
Ribuan terima kasih kepada Hafizizain atas pemberitahuan tersebut.
Saya kira kita sebagai umat Islam patut sentiasa awasi dan waspada dengan hal-ehwal makan-minum kita.
Kini sudah ada Radix Fried Chicken (RFC), Radix Chicken House (RCH), atau beli ayam organik atau ayam kampung asli kemudian selepas sembelih, belah dan cuci, salut atau gaulkan dengan tepung goreng Adabi ke, tepung herba HPA ke, atau tepung goreng lain yang halal atau buat sendiri serta goreng sendiri.
Biarpun bilangan restoren RFC belum banyak dan meluas, berilah sokongan agar lebih banyak restoren akan dibuka.
Darah daging yang yang tumbuh daripada yang tidak halal akan dibakar dengan api neraka!
Berfikir dan berubahlah!
Sokonglah perniagaan dan perkhidmatan orang Muslim dan Mukmin.
Wassalam.