KENALI PEMILIK BLOG

Dikenali di internet dengan nickname Hafizizain. Kalau kat luar boleh panggil “Fizi” pun dah cukup. Tapi kalau mak aku dia lebih suka panggil “Pizi”… hehehe..(sweet kan mak aku panggil gitu.) Berasal dari Tanah Merah, Kelantan di Kg. Padang Siam. Tapi aku bukan orang siam yer.. =P

Aku baru sahaja tamat belajar di UiTM Shah Alam dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) tapi belum konvo lagi la.. Selepas tamat belajar ni, aku rasa satu benda yang pelik dalam diri aku berbanding kawan-kawan yang lain. Kalau kawan-kawan aku duk sibuk duk siapkan resume, hantar sana sini. Tapi aku tak pernah pun rasa nak buat semua tu. Pendek kata, aku memang takde resume untuk mintak kerja. Ternyata jiwa aku tidak sesuai untuk kerja di bawah orang a.k.a kerja makan gaji. Cukuplah 6 bulan aku praktikal hari tu aku bekerja di bawah orang. PENAT! Memang aku ni jenis tak suka buat benda sama jer sepanjang masa. Paham-paham la kalau duk kat department akaun ni macamana kan.. boring. Aku bukan kata kerja di bidang akaun ni tak bagus.. ianya satu kerjaya yang bagus kerana perakaunan adalah satu bidang professional. tapi diri aku memang tidak sesuai untuk ke jalan itu. Aku bahagia dengan income yang aku dapat sekarang. Even ada sesetengah bulan tu aku terpaksa kurangkan belanja kerana terpaksa keluarkan modal yang banyak untuk sesuatu projek.

Kini aku bergelar USAHAWAN SEPENUH MASA. Aku harap, jalan yang aku pilih ini adalah jalan yang betul. Jalan yang dapat menggapai segala impian yang aku mahukan. Insya-Allah.. Sekarang aku tidak perlu lagi mengadap assigment dan exam… Jadi, aku boleh FOKUS kepada segala perancangan yang telah dilakukan. Aku nak cuba explore bisnes secara habis-habisan. Kalau ada diantara korang yang rapat dengan aku, pasti korang tahu kan jiwa bisnes aku dah sampai tahap mana kan? hehehe

Kalau ramai diantara blogger-blogger memilih untuk menjadi usahawan online sepenuh masa, aku memilih untuk menceburi perniagaan secara online dan offline. Banyak bisnes yang aku dah lakukan sekarang seperti t-shirt printing, eBay, Mudah.my, jualan ebook, affiliate dan akan banyak lagi bisnes yang aku akan cuba teroka.

Antara sifu-sifu internet marketing yang aku pernah menuntut ialah Sifu Lan, Saudara Mawardee dan Bro Ejat. Terima kasih kepada mereka kerana telah memperkenalkan aku kepada peluang besar dalam dunia online ini. Kepada korang yang ingin bertanyakan apa-apa atau ingin memberikan pendapat, ianya sangatlah dialu-alukan..

Tetapi, sekiranya aku lambat reply atau terlepas pandang tu, haraplah diampunkan.. tiap-tiap hari aku perlu membalas berpuluh-puluh email dari customer aku. Jadi, jangan segan untuk me’remind’kan aku banyak-banyak kali ok?

Tujuan blog ini diwujudkan bukan untuk mem’poyo’kan diri sendiri..jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk.. Tetapi yang sebetulnya blog ini diwujudkan khas untuk perkongsian mengenai cerita bisnes, cerita terbaru, cerita kelakar, cerita peribadi, maklumat semasa dan apa jua bidang bisnes yang boleh diceburi.  Aku ingin membantu anda  untuk membuka  minda dalam menjalankan bisnes.

Seandainya anda tidak minat bisnes, anda boleh datang ke hafizizain.com lagi kerana banyak cerita dan maklumat terbaru yang ingin sampaikan dari semasa ke semasa. Kalau sebelum ni aku simpan dalam kepala otak jer, sekarang aku nak simpan dalam blog pula. Diharapkan dengan kewujudan blog ini dapat memberikan input kepada anda sebagai pengunjung blog aku. Aku sangat mengalu-alukan komen dan cadangan anda untuk memajukan lagi blog ini.

BERSAMBUNG…

P/S: Saya nak mintak maaf kalau ada terkadang guna “aku” atau “saya” dan kekadang tu juga main letak jer Bahasa Inggeris campur2.. ada juga tatabasa melayu dan ejaan yang salah.. harap korang tak kesah yer… ini blog peribadi. Bukan blog formal pun.. betul tak? hehehe..

Terima kasih kerana memahami.

  • #1 written by isham
    about 1 month ago

    salam,
    satu langkah yang berani pizi, rezeki ko kenal IM lebih awal semasa belaja, aku dulu duk kenal dgn MLM je…tak dapat2 gak duit besar sebab tak buat kerja kuat…
    Bile dah kawin dah terdesak tak de kerja baru kenal IM…jadi sekarang slow2 la belaja…maklum dah ada status..tapi itu bukan alasan sebenar kan…
    Kalau ada ape2 tips dan idea kongsi2 la ye…aku pun nak rase duit besar bukan ape tujuan yang pertama nak langsai hutang dan mati tanpa hutang…dan p MEKAH..

    Good luck pizi

  • #2 written by Rozirose
    about 1 week ago

    Boleh bagi teknik promosi yang kurangkan kos tapi berkesan..tq

  • #3 written by hafizizain
    about 1 week ago
  • #4 written by hafizizain
    about 1 week ago


    isham:

    salam,
    satu langkah yang berani pizi, rezeki ko kenal IM lebih awal semasa belaja, aku dulu duk kenal dgn MLM je…tak dapat2 gak duit besar sebab tak buat kerja kuat…
    Bile dah kawin dah terdesak tak de kerja baru kenal IM…jadi sekarang slow2 la belaja…maklum dah ada status..tapi itu bukan alasan sebenar kan…
    Kalau ada ape2 tips dan idea kongsi2 la ye…aku pun nak rase duit besar bukan ape tujuan yang pertama nak langsai hutang dan mati tanpa hutang…dan p MEKAH..

    Good luck pizi

    Orang kata rezeki kita bertambah bila dah kawin tau.. Jadi, saya doakan semoga rezeki tuan Isham semakin bertambah lagi lepas ni.. saya akan cuba berkongsi selagi termampu..