Kejayaan penjualan secara online bergantung kepada kualiti produk. Bukan mudah untuk menembusi pasaran secara online kerana ia mempunyai saingan yang kuat di pasaran tempatan serta di luar negara. Namun, sekiranya anda yakin terhadap produk dan bermotivasi serta berusaha gigih, anda mampu mempunyai perniagaan online yang berjaya.

3 tips mudah untuk mengoptimumkan perniagaan dan pendapatan anda ialah:-

1. Mencari pembekal yang boleh memenuhi kehendak.

  • Mempunyai pembekal yang mampu memenuhi kehendak perniagaan anda adalah satu aspek yang sangat penting untuk jualan secara online. Bagaimana anda ingin meyakinkan pelanggan anda sekiranya pembekal anda tidak mampu memenuhi kehendak perniagaan anda? Untuk mencari pembekal yang mampu memenuhi kehendak perniagaan anda, anda perlu mengenalpasti jenis pembekal yang anda perlukan. Terdapat beberapa jenis pembekal seperti pengeluar dan pengedar. Pemilihan pembekal bergantung kepada jenis produk anda. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual produk dalam kuantiti yang banyak, pembekal yang sesuai ialah pengeluar kerana mereka akan memberi anda harga yang berpatutan dari pelbagai sumber. Manakala pengedar adalah pembekal kepada jualan dalam kuantiti yang kecil. Anda mahukan pembekal yang mahir dalam belian yang anda buat, sama ada besar atau kecik, dan memberikan harga yang berpatutan. Anda juga menjalankan perniagaan seperti mereka.

2. Menggunakan kaedah ‘dropship’

  • ‘Dropship’ ialah kaedah di mana anda tidak menyimpan stok produk anda. Anda membiarkan pembekal anda untuk melakukan penghantaran terus kepada pelanggan anda. Kaedah ini dapat menjimatkan masa dan yang paling utama menjimatkan kos anda serta pelanggan anda.

3. Laman web yang mesra pelanggan

  • Sekiranya anda ingin meningkatkan jualan, tempat di mana anda menjual produk anda mestilah strategik. Sekiranya anda melayari sebuah laman web yang kompleks, anda akan cepat berasa kecewa dan kebiasaannya anda akan meninggalkan laman web berkenaan tanpa berbuat apa-apa. Oleh yang demikian, dengan mempunyai laman web yang menarik dan memudahkan pelanggan untuk membuat pembelian, ia akan membantu meningkatkan jualan anda. Dengan meletakkan diri anda sebagai pelanggan ketika membina laman web anda, anda mampu membina sebuah laman web yang mesra pelanggan. Kekunci yang mudah untuk fungsi akses belian, pemilihan kuantiti serta semak keluar. Penerimaan pelbagai kaedah bayaran juga mampu meningkatkan jualan. Ia bukan sahaja menyenangkan kerja anda, malah pelanggan anda pun akan seronok membeli belah di laman web anda..

Secara kesimpulannya, kejayaan perniagaan anda bergantung kepada jumlah jualan anda. Oleh itu, pastikan anda mengikuti 3 tips mudah ini untuk mengoptimumkan jualan secara online anda.

Nantikan artikel seterusnya dari saya… semoga ianya dapat memberikan sedikit input untuk anda..

Sila tinggalkan komen anda di bawah ini..

Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails