Kelebihan Berniaga Produk Fizikal Secara Online
Sudah setahun lebih saya menjalankan bisnes menjual produk secara online ini. Sebenarnya terdapat banyak kelebihan berniaga produk fizikal secara online.. Ianya menyebabkan saya seronok dan tidak pernah berhenti untuk berniaga secara online.
Antaranya ialah:-
1. Potensi untuk berkembang adalah berada pada tahap tertinggi. Ini adalah kerana masyarakat sudah mula sedar dan percaya mengenai perniagaan secara online ini. Mereka sedar tentang betapa mudahnya sekiranya mereka membeli secara online.. tak perlu lagi bersusah payah keluar rumah untuk menghadapi jalan jem semata-mata nak beli sehelai baju. Lagi memudahkan sekiranya mereka berada di depan laptop, dan melalui beberapa klik sahaja, produk tersebut dah boleh sampai ke pintu rumah pada keesokan harinya. Sangat mudah!!
2. Banyak menjimatkan kos. Ini adalah kerana anda tidak perlu membayar sewa kedai ataupun mengupah pekerja lagi. Hanya anda seorang sahaja sudah boleh melakukannya.. Andalah yang mengambil tempahan, membuat pesanan stok, membungkus dan menghantar barang. Ianya sangat mudah sahaja.. Dan yang paling penting ialah…ianya menyeronokkan! Anda boleh menentukan masa anda sendiri untuk membuat kerja. Tidak perlu terikat dengan sesiapa..
3. Boleh dilakukan secara sampingan sahaja. Untuk bisnes menjual produk fizikal secara online ini, anda boleh lakukannya sebagai salah satu cara untuk MENAMBAH PENDAPATAN sampingan anda. Ya! Anda tidak perlu menyertai MLM ataupun skim cepat kaya untuk mencari wang sampingan.. Anda boleh mencari pendapatan tambahan dengan cara menjual produk di internet sahaja. Dulu saya lakukan bisnes ini semasa masih lagi bergelar seorang pelajar lagi.. Tiada masalah.. semua orang boleh lakukannya…
4. Boleh mencapai sehingga ke pasaran antarabangsa. Kalau anda menjual secara biasa atau offline, betapa sukarnya untuk anda menembusi pasaran antarabangsa. Tetapi, sekiranya anda memasarkannya melalui internet, anda pasti berjaya menjual produk anda ke US, UK, Germany, New Zealand, Australia dan lain-lain negara dengan mudah. Dan dalam masa yang sama, anda akan dapat menikmati keuntungan dalam ni USD, AUD, NZD dan lain-lain.
5. Tidak perlu menyimpan stok yang banyak. Apa yang penting sekali ialah anda mempunyai gambar untuk setiap produk. Anda hanya perlu simpan stok untuk kuantiti yang sedikit sahaja. Anda perlu membuat tempahan dari pembekal anda sekiranya ada tempahan dari pelanggan anda. Ini akan mengurangkan kos anda daripada terpaksa membuat pelaburan yang banyak untuk menyimpan stok-stok tersebut.
6. Sesuai untuk anda yang sedang mencari pekerjaan yang sesuai. Sekiranya anda masih belum mendapat kerja, saya cadangkan anda cubalah untuk berniaga secara online. Kawan-kawan saya sendiri pun dah ramai yang memulakannya.. Pada mulanya mereka ingat nak buat sampingan sahaja. Tapi bila dah dapat pendapatan yang banyak setiap bulan, terus mereka batalkan hasrat untuk kerja makan gaji.. Mereka sudah seronok berbisnes secara online ini.
Sekiranya anda betul-betul berminat untuk mempelajari bisnes online ini secara serius, nantikan post saya yang berikutnya di blog saya ini..
| Print article | This entry was posted by hafizizain on June 22, 2010 at 2:07 am, and is filed under Pendapat, Perkongsian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |





















about 2 months ago
Memang betul seperti yg bro katakan..internet memang sangat memudahkan & menguntungkan kepada sesiapa sahaja yang memaksimakan kelebihannya. Adalah sangat rugi sesiapa sahaja yang dah ada bisnes tidak menggunakan internet sebagai medium untuk merancakkan lagi urusan perniagaan mereka. Kalau kita lihat kebelakangan ini semakin banyak syarikat telah melancarkan laman web perniagaan mereka kerana mereka telah menyedari ini akan memaksimakan keuntungan syarikat. Tak kiranya yang dijual sama ada produk fizikal atau digital..yang mustahak kita mestilah rebut peluang keajaiban kuasa internet tanpa sempadan ini
about 2 months ago
Seronoknya kalau saya seperti awak.. Dapat jual produk saya secara online. Saya harap awak dapat beri tips untukmenjual produk fizikal secara online untuk artikel akan datang
(Kalau da ada artikel tu, bole bagi link kat saya ek )
about 2 months ago
mantop post kali ni..
about 2 months ago
Sama la kita
keep in touch
about 2 months ago
wow…sungguh menarik…saya peminat setia blog/web awak..saya pon tgh belajar selok belok perniagaan internet
sila tunjuk ajar..trimas
about 4 weeks ago
Berniaga online memang mudah dari segi kos, kelengkapan dan ruang niaga. Paling penting, kepercayaan pelanggan kepada produk/servis yang kita jalankan.
Percaya adalah unsur utama dalam pembelian online. Bukan apa, sebab pelanggan tidak nampak kita begitu juga sebaliknya.
p/s: sekadar pandangan