Berikut adalah tips ringkas tentang cara terbaik memilih nama domain. Sekiranya anda mempunyai tips tambahan untuk dikongsi bersama, sila tinggalkan komen di bawah ini.

  1. Cari nama domain yang mudah diingat. Anda cuba bayangkan anda memberitahu nama domain tersebut melalui telefon kepada rakan anda. Sekiranya rakan anda mudah untuk tangkap dan ingat nama domain anda, itu menunjukkan pilihan nama domain anda adalah tepat!
  2. Cari nama domain yang mudah ditaip – agar pengunjung tidak salah menaipkan alamat blog anda.
  3. Buat nama domain anda sependek mungkin – agar mudah ditaip dan mudah diingat.
  4. Hindari penggunaan angka – Jika seseorang mengatakan “seratus tujuh puluh dot com”, bagaimana penulisannya? www.170.com atau www.seratustujuhpuluh.com?
  5. Pertimbangkan apakah nama tersebut akan terus relevan untuk jangka panjang? Hindari lucu-lucuan dalam memilih nama domain, karena sering kali hal yang lucu sekarang tidak lagi lucu di masa mendatang.
  6. Hindari memilih nama blog yang memiliki unsur copyright. Hindari tuntutan hukum yang tidak perlu.
  7. Untuk domain bagi menjalankan bisnes online, anda boleh memilih nama domain berdasarkan nama produk, nama kedai atau tema kedai anda. Sebagai contoh, www.keropoklekor.com. Atau www.kedaikopiabah.com. Pilih domain yang simple dan senang diingati.
  8. Sekiranya domain tersebut telah dimiliki oleh orang lain, gunakan “-” sebagai penyambung. Sebagai contoh, www.keropok-lekor.com.
  9. Pilih domain .com dahulu sebagai keutamaan. Sekiranya sudah tak available, anda boleh gunakan .com.my atau .my. Sekiranya anda ingin target market luar negara, domain .com mestilah dijadikan pilihan utama..

Saya doakan selamat maju jaya untuk semua!!!

Related Posts with Thumbnails