
Kerjaya sebagai seorang penoreh getah tidak dipandang pada zaman dulu… Siapa yang keluaganya penoreh getah akan dianggap sebagai golongan bawahan… Mereka hidup kais pagi, makan pagi.. Kais petang, makan petang… Pendapatan sebulan pun hanya sekitar RM150-RM200 sahaja sebulan. Akan tetapi… sekarang tanggapan tersebut salah sama sekali… Jangan terkejut jika sudah ada penoreh getah yang pegi menoreh bawak iPhone 4!! Itu sudah menjadi perkara biasa… Rezeki sebagai seorang penoreh getah sudah bertambah… Alhamdulillah…
Cuti raya cina baru ni sempat saya menemuramah seorang kawan saya yang mana ayahnya seorang penoreh getah.. Pada mulanya saya terkejut kerana beliau cakap beliau sudah berhenti kerja (sebagai kerani) semata-mata untuk menjadi penoreh getah.. Memang respek!! Cara beliau bercerita sangat mengujakan! Ternyata beliau memang berbangga dengan kerjaya sebagai penoreh getah…
Mana tak bangganya, pendapatan BERSIH sebulan beliau sekarang ni adalah anggaran RM5k-RM9k!! Amazinggg!! Kerja 3 kali seminggu saja… Hari lain pegi memancing ikan.. Beliau bahagia dengan kehidupan beliau sekarang.. Oh! Seronoknya jadi seorang penoreh getah..
Harga getah yang naik tinggi ini ternyata telah merubah banyak gaya hidup dan pendapatan para penoreh.. Harga getah sekarang sudah melebihi RM8.00 sekilo.. Cuba anda kira, kalau sebulan anda dapat 1 tan, sudah RM8,000 dalam tangan.. seronok bukan? Oleh itu, marilah kita ramai-ramai menjadi penoreh getah.. hehe..

Harus diingatkan… Dalam untung tersebut, ada juga risikonya.. bagi penoreh getah di sebelah timur semenanjung, mereka akan terdedah dengan musim hujan di setiap hujung tahun.. Jadi, pada waktu ini, mereka tidak akan keluar menoreh kerana hujan selalu turun.. Jadi, hasil yang lumayan pada awal hingga pertengahan tahun inilah yang harus direbut oleh mereka.. supaya dapat backup untuk musim bah nanti..
Jom tinggalkan komen di bawah ini. Share kat atas sekiranya anda suka dengan post ini..
FAKTA: Harga Getah (Sumber Lembaga Getah Malaysia)
2005: (RM2.50 – RM3.00)
2006: (RM3.50 – RM4.00)
2007: (RM3.60 – RM4.00)
2008: (RM4.00 – RM5.00)
2009: (RM3.20 – RM4.00)
2010: (RM8.00 – RM10.00)
about 1 year ago
Buat course dkt universiti diploma penorehan getah
about 1 year ago
tak heran kalau ada jutawan senyap dari penoreh getah selepas ini.:D
about 1 year ago
tanda akhir zaman sudah berlaku.
semoga mereka yg bergelar penoreh getah dapat juga membuat simpanan hasil kerja mereka yg lumayan itu
about 1 year ago
sekarang zaman orang kampung jadi kaya.huhu
about 1 year ago
aku penah jadi kerani estet getah..kerani je la.tu sebab smpai skang tak kaya.tp kalu aku jd penoreh..dh tentu kaya skang..nasib la. estet getah kt langkawi ooo..jgn igt langkawi takder pokok getah lak..
about 1 year ago
Saya menoreh Kedah pagi & petang. Pendapatan bulanan RM20-30K sebulan (saya ada estest sendiri). Duit yg lebih, saya jadikan modal utk berniaga. Dan alhamdulillah, perniagaan pun berkembang dgn sokongan modal yg walaupun sikit tapi. Pendapatan bersih saya sebulan RM50,000…dan tinggal di kampung.
Dulu, saya bekerja sbg eksekutif di 2 buah Top 10 Fortune 500 companies. Gaji paling tinggi saya dpt pun RM6,000. Belum tolak kos hutang kad kredit, tol, parking, sewa kondo dsbnya.
Saya sgt bersyukur dgn kehidupan skrg. Duti lebih saya dpt jadikan modal utk memperkembangkan perniagaan saya.
Nasihat kpd penoreh getah…sediakan payung sblm hujan. Kalau musim hujan, keadaan ekonomi & pasaran menjunam…harga komoditi ini boleh menurun. Tapi, dulu 15sen sekilo & skrg RM7 sekilo, sgt lumayan…
Penoreh getah berwawasan…
about 1 year ago
ARTIKEL “OTAK SINGKAT” SEBEGINI AKAN TERUS MELIAR MERATA2 DI INTERNET. BILA HARGA GETAH NAIK SAJA, RAMAI ORANG SIBUK NAK JADI PENOREH GETAH..
KELUARGA AKU SUDAH MENOREH SEKIAN LAMA, SEJAK 60 TAHUN DULU LAGI.. TURUN TEMURUN. TAK PERNAH KAYA-RAYA DENGAN MENOREH GETAH. ABANG AKU, BROKER GETAH SUSU DAN SEKERAP SEJAK 1990, PUN TAK KAYA2!
JANGAN CUBA MENIPU BOLEH JADI KAYA-RAYA DENGAN MENOREH GETAH! KELUARGA AKU ADA 70 RELUNG TANAH KEBUN GETAH! DAN KAMI SEMUA TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM SEKTOR INI!
SEKADAR KAYA SEMENTARA, BOLEH LA! ARTIKEL MENCEMBURUI PENOREH GETAH INI CUKUP LIAR DAN MENIPU SERTA MEMUTARBELIT KEMAMPUAN KEWANGAN PENOREH GETAH! SAMA SEKALI IANYA TIDAK SEMANIS YANG DIBISINGKAN.
KAMI SUDAH BIASA DENGAN KEADAAN KENAIKAN HARGA SEBEGINI! DAN SEKARANG, SUDAH PULA MERUDUM! AKHBAR MEDIA SUMER MENYIBUK MENOREH GETAH MENJADI KAYA! KAYA KEPALA TAIK KAMU!!!
Nota: SENGAJA DITULIS BESAR2 SEBAB RAMAI WARTAWAN DAN PENULIS ARTIKEL2 SEBEGINI MEMANG BEBAL!
Tolong faham dan siarkan komen saya ini kalau berani! Harap2 tak ramai orang menulis secara bebal!
about 1 year ago
70 relung tanah getah tapi xkaya..pelik tue..mmg la xkaya,tp klu dh income 50k sebulan kira senang la tue..saya ada 2 ekar je tanah getah,bleh gak income 3k sbulan…jgn marah bro,rezeki masing2 berlainan..
about 4 months ago
Rezeki memang lumayan beb,
Jadi orang tengah jer pun dapat dlm RM10K, kerja lain masih lagi dapat dibuat.