Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada mereka yang telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran dan menunggu untuk majlis konvokesyen November 2010. Termasuklah saya sendiri.. Alhamdulillah..

Kepada yang masih belum berjaya untuk konvo, anda jangan bersedih yer.. mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. Konvo awal pun bukan bermakna anda seorang yang hebat..

Siapa tahu tarikh sebenar majlis konvokesyen kita nanti? hehe.. soalan cepu mas ni…

Sebenarnya tarikh sebenar konvo nanti belum ditetapkan lagi.. Tapi mengikut staf kat majlis konvo tu, tarikh konvo kali ni dijangka bermula pada seminggu selepas Raya Haji ni… wahh… excited niiii…

Okay, taknak berceloteh panjang.. untuk tarikh-tarikh penting berkenaan dengan Konvokesyen UiTM November 2010 ini, anda boleh rujuk pada gambar di bawah ini:-

Anda juga boleh terus merujuk ke http://konvokesyen.uitm.edu.my/

Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails