Alhamdulillah.. Akhirnya Aku Dah Grad!!
Ketika dunia tengah sibuk dengan Piala Dunia yang bakal bermula malam ni, pelajar UiTM ni lain pula ceritanya.. Sibuk untuk menyemak result masing-masing… Maklum ler.. bila ramai-ramai dah bukak serentak, sudah tentulah jem jadinya.. Setelah beratus-ratus kali aku mencuba untuk cek result aku, akhirnya dapat masuk jugak ke kawasan yang diberi nama ‘Mini Transkrip’.
Keputusannya??
Alhamdulillah aku berjaya untuk lulus semua subjek dan sekarang aku dah berjaya layak digelar Graduan dan Alumni UiTM.. Berkat doa dan usaha selama ni, akhirnya dapat juga aku capai target aku ni. Walaupun result aku takdela sepower rakan-rakan yang lain, tapi aku tetap bangga dengan diri aku.. Terima kasih kepada Ma n Ayah, sedara-mara dan juga rakan-rakan yang lain yang tak putus2 mendoakan untuk aku.. Post aku kali ni bukan untuk membangga diri.. tapi aku hanya nak menyatakan bahawa aku dah cukup puas untuk belajar akademik ni.. Cukuplah 4 tahun di UiTM.. aku dah betul2 serik belajar.. huhuhu.. Nak tengok result aku? :- (KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN)
Hehehe.. sebenarnya gambar diatas bukan result aku la… gurau jerk.. hihihi.. jangan marah ek.. tak mungkin la aku sehebat itu.. Result aku yang sebenarnya adalah cukup2 makan saja.. Tapi yang penting, aku dah grad!! Yeahhh!! Syukur Alhamdulillah…
Ini keputusan aku yang sebenarnya.. (kali ni tak tipu dah.. aku bongkarkan khas untuk pembaca blog ini sahaja..)
Kepada rakan-rakan aku yang masih kandas, aku doakan semoga korang teruskan berjuang.. Ambillah supplement paper dan buat yang terbaik.. Biar kita sama-sama grad on time ok.. Tapi kepada yang rasa nak tambah semester pun tiada masalah.. Janji korang boleh grad dan boleh dapat kerja yang bagus-bagus nanti.. Insya-Allah…
Perancangan lepas ni?
Hmm.. aku nak fokus pada Idea Master.. Insya-Allah aku nak kembangkan lagi bisnes aku… Nantikan cerita aku seterusnya melalui blog ini..
| Print article | This entry was posted by hafizizain on June 11, 2010 at 9:29 pm, and is filed under Cerita tentang penulis, Perkongsian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |









about 1 year ago
Tahniah! Kejayaan itu adalah pada pengertian diri sendiri dan juga pada pengertian daripada ALLAH.
Teruskan berusaha.
about 1 year ago
fizi!!congrats2! jmpa time konvo!
about 1 year ago
Tahniah tuan..
saya antara ribuan yang menyemak keputusan tu….hehe.. memang stuck. Saya pula baru semester 1 itu pun secara e-pjj sahaja…masih jauh lagi perjalanan saya nampaknya…
about 1 year ago
Tak mengapa.. nanti sekejap jer rasa masa berlalu… semoga berjaya!!
about 1 year ago
wah.. selamat bergraduasi…
tapi 3.90 ker 3.09? apsal transkrip tak selari?
about 1 year ago
Tahniah Bro!
Smoga terus Sukses bersama ideamaster
about 1 year ago
Tahniah diucapkan semoga maju dlm apa jua bidang
about 1 year ago
tahniah…
about 1 year ago
sbb tu best je bisnes..blajar accountant…tahniah bro,bleh la,ty2 dlm bab nie.sy bisnes blajar akaun basic je
about 6 months ago
salam abg senior…Sy hawa..sy budak uitm melaka sy pggl awak abg senior tanda hormat eekeke…..sy mmg terkejut gler tgk result abg ..sy budak akaun gak…mcm mane abg belajar…4flat tu..spjg di uitm sy inginkan tp mmg tak penah dpt dl pun susah wuwuuwu…camne..bg ahh sikit tips hehhe
about 6 months ago
tahniahhhh