Berita Harian memang membuatkan ramai orang hairan!! hehehe..
Mana tak hairannya.. tengah syok aku makan ikan bakar tadi, tiba2 ada sorang brader tu datang..

“Bang, nak beli paper tak? (sambil tunjukkan Surat Khabar)”

“Haihh.. apesal malam baru nak jual.. ni mesti paper tak habes nih..”

“Eh, mana ada bang.. ini paper untuk hari esok punya!!’

 

Hahhh?? Terkejut gak aku.. ape lagi, rembat la satu.. Berita Minggu plak tu..

Mula-mula tu aku ingat kulit luar jer yang tulis tarikh 22 Mei.. tapi sampai kat dalam pun berita pasal hari ni..!!

Ini plak bahagian belakang surat khabar…

Tengok match bola tu.. semua tu HARI INI kan..

 

Rumusan:-

1) Salah satu langkah yang bagus oleh Berita Minggu kerana telah membuat promosi yang lain dari yang lain. Sebelum ni aku pernah jugak beli paper kosmo.. Tapi tu jam 3pagi.. Tapi yang kali ni punya jam 10malam pun dah boleh dapat dah untuk hari esok.. memang advance!!!!

2) Kalau korang perhatikan, kat bahagian atas muka depan tu, dia ada tulis “Edisi Awal”. Mungkin esok pagi tu ada la dia update2 lagi berita terbaru.. Mungkin juga dia print 2 hari sekali.. Terutamanya ketika ada berita tergempar seperti kejadian tanah runtuh tu…

Jom “Share” dan tinggalkan komen di bawah ni yer…

Assalamualaikum.

Related Posts with Thumbnails