Bukti Kejayaan Bisnes Kita (PERLU BACA!)
Saya terpanggil untuk memberitahu tentang perkara ini setelah saya lihat ramai yang salah anggap tentang bukti-bukti kejayaan bisnes yang mereka nampak.. Untuk pengetahuan, sekiranya seseorang itu sudah mempunyai barangan mewah seperti kereta Ferrari, tidak semestinya beliau berjaya dengan bisnes beliau. Mungkin hutang masih banyak keliling pinggang..? Kita tidak tahu..
Banyak bisnes orang Melayu ‘lingkup’ disebabkan pemiliknya membeli bukti-bukti kejayaan palsu seperti kereta mahal, rumah besar, dan gaya hidup mewah yang sebenarnya dia tidak mampu.
Akibatnya, duit yang sepatutnya digunakan bagi menjalankan bisnes digunakan bagi membeli benda-benda itu.
Memang dengan memandu kereta besar dan tinggal dalam rumah besar orang mungkin menyangka bisnes kita amat berjaya, tetapi kereta besar, rumah besar dan gaya hidup mewah bukan bukti kejayaan bisnes kita.
Bukti bahawa bisnes kita berjaya itu ada pada bisnes kita itu sendiri.
1. Modal berbayar kita bertambah banyak.
Sebagai contoh, dahulu RM10 ribu, kini RM60 ribu. Ini hanya dapat kita lakukan apabila duit keuntungan bisnes itu kita gunakan bagi menokok jumlah modal syarikat.
Apabila modal berbayar kita banyak, bank berani memberikan lebih banyak kemudahan.
2. Pengeluaran syarikat kita bertambah banyak.
Sebagai contoh, dahulu kita hanya mampu mengeluarkan 15 ribu botol kicap sebulan, tetapi kini kita mengeluarkan 40 ribu botol sebulan.
Kita dapat meningkatkan pengeluaran apabila kita menggunakan duit keuntungan bisnes bagi membeli mesin baru, peralatan tambahan, menyewa ruang kerja yang lebih besar, serta membayar gaji lebih banyak pekerja dan membeli lebih banyak bahan-bahan mentah.
3. Pelanggan kita bertambah banyak.
Sebagai contoh, dahulu kita hanya membekalkan kicap kita kepada 80 kedai, tetapi sekarang jumlah itu naik kepada 240 buah kedai.
Kita dapat menambah jumlah pelanggan apabila kita gunakan duit kentungan bagi membeli van-van tambahan dan mengambil driver tambahan bagi penghantaran kepada pelanggan.
4. Harta syarikat bertambah banyak.
Sebagai contoh, dahulu kita menyewa rumah kedai milik orang lain, tetapi sekarang kita sudah membeli 2 buah rumah kedai sendiri.
Syarikat dapat membeli bangunan sendiri apabila duit keuntungan digunakan bagi membayar down-payment bangunan dan bagi membayar hutang pembelian itu.
5. Jumlah pekerja syarikat kita bertambah banyak.
Sebagai contoh, dahulu kita hanya mempunyai 5 orang pekerja tetapi sekarang jumlah itu sudah menjadi 20 orang.
Kita dapat mengambil lebih banyak pekerja apabila duit kentungan digunakan bagi membayar gaji, KWSP, SOCSO dan pelbagai elaun yang mereka berhak terima.
Sumber : Pn,Ainon
| Print article | This entry was posted by hafizizain on June 2, 2010 at 8:31 pm, and is filed under Perkongsian, Tips perniagaan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |













about 1 year ago
fuh..bernas tul artikel kali ini. Kekayaan sebenar perlu diukur dari net income seseorng itu, maknanya setelah semua liabiliti mereka ditolak, berapa banyakkah duit yang masih tingal selepas itu..klu duit yg ad itu ckup2 mkn jerk..itu bukan kekayaan sebenar lg namanyer
about 1 year ago
Tepat skali Jmay… saya bersetuju dengan pendapat anda..
about 1 year ago
Hey! Artikel ni benerrr Best !
Satu idea untuk ukur kejayaan kita.
Keep Thinking Out Of The Box Mate
about 1 year ago
saya sangat bersetuju dngan pendapat bro mengenai perkara ini, tetapi rata2 pelanggan atau bakal pelangan selalu jugak memberi komen berbunyi mcm nie.. ” aii bisnes dah lama dah .. untung pun dah banyak tu takkan masih nampak macam dulu juga.. keta tak tukar, rumah still yang lama. dan macam2 lagi… tapi yang paling boring saya dengar komen .. tunggu ko tukar keta baru pasttu akan akan jadi pelanggan ko bro.. huhuhuuu… sadis3x
about 1 year ago
artikel yang terbaik buat masa ini..hehehe
about 1 year ago
Kalau kita keja bawah orang sampai bila pun kita tak akan jadi kaya. Bukankah rezeki itu 99% datangnya dari perniagaan. Yang kita sibuk terkejar-kejar 1% tu nak buat ape.So ape tunggu lagi. Mari kita join buat bisness. Kita ubah cara hidup kita. YESSSS!!!!!