Korang mesti mengalami masalah untuk resize gambar banyak-banyak sekaligus kan? Lagi-lagi sesape yang guna kamera SLR. Punye la besar gambar dia..

Time nak upload gambar kat fesbuk tu punya la lama duk loading.. kadang2 tu amik masa sampai 1 malam pun ada kalau nak upload banyak-banyak sekali gus.

Jadi, sekarang ni saya nak kongsikan dengan korang tentang satu software FREE yang saya gunakan selama ni untuk resize gambar secara banyak sekali gus. Lepas ni korang tak payah lagi nak resize satu-satu gambar dengan Picture Manager.

Ianya dinamakan sebagai Image Resizer. Inilah rupa dia.. Sangat simple dan sangat senang..

Jadi, kalau korang nak try, boleh download dengan klik link di bawah ni..

DOWNLOAD IMAGE RESIZER SEKARANG

Selepas download, ikuti langkah mudah ini:-

1) Pilih gambar yang kita nak resize dengan klik pada “Add Image(s)”

(Kalau nak drag terus pun boleh)

2) Lepas pilih gambar, pilih “Resize To” kepada yang “percent”. Lepas tu, adjust la brapa percent gambar yang kita nak jadikan kecik.

3) Pastu tekan “Generate”

4) Pilih lokasi folder yang nak disimpan

5) Siap!! (gambar yang dah resize akan ada perkataan “resized” kat belakang file tu.. Contoh “Hafizi (Resized)

Sekian sahaja dari saya.. Harap semua mendapat manfaat..

Sila tinggalkan komen anda di bawah ini.

Bye…

http://www.thejackol.com/projects/resizer/resizer.jpg
Related Posts with Thumbnails