Esok dah 1 Ramadhan yer… oleh itu, semua ummat Islam diwajibkan menjalani ibadat puasa yang merupakan salah satu dalam Rukun Islam..

Saya yakin pasti ramai yang dah tahu sedikit sebanyak mengenai puasa.. tapi tak salah kalau saya kongsikan sekali lagi beberapa makluman penting tentang puasa ni kan?

Rukhsah Puasa

Seperti solat, rukhsah dalam ibadat puasa pun ada, supaya kita dapat menunaikannya walau dalam keadaan apa sekalipun.

Orang-orang yang mendapat rukhsah dalam ibadat puasa ialah:

  1. orang sakit
  2. orang musafir
  3. ibu yang hamil atau menyusukan anak
  4. orang yang terlalu tua
  5. orang yang bekerja berat
  6. orang yang akan mendapat mudarat jika meneruskan puasanya kerana terlalu lapar

Orang yang diharamkan berpuasa ialah perempuan yang berada dalam keadaan haid dan nifas.

Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa orang yang berbuka puasa Ramadan walaupun hanya sehari tanpa sebab-sebab rukhsah yang telah ditetapkan, dia tidak akan dapat menggantikannya (untuk mendapat pahala yang sama) walaupun ia berpuasa selama-lamanya.

Berdasarkan ayat 184 surah al-Baqarah, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa umat Islam wajib untuk mengqadakan puasanya atau membayar fidyah sekiranya dia meninggalkan puasa Ramadan atas sebab-sebab tertentu.

Okay, yang penting sekali ialah Niat Puasa:-

(Sila klik pada gambar untuk besarkan)

Doa berbuka:

Maksudnya: Ya Allah, kepadaMu aku berbuka puasa, dan dengan rezekiMu aku berbuka

Perkara-perkara sunat puasa:
  1. membanyakkan membaca al-Quran
  2. mandi junub sebelum fajar
  3. melewatkan sahur waktu imsak
  4. berbuka dengan buah tamar dan benda manis
  5. membanyakkan sedekah
  6. solat terawih
  7. segera berbuka bila masuk waktu

Perkara-perkara makruh puasa
  1. berkumur-kumur dengan keterlaluan
  2. merasa makanan dengan lidah
  3. bercakap perkara-perkara buruk dan keji
  4. memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
  5. gosok gigi setelah gelincir matahari
  6. mencium isteri
  7. menderma darah

Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
  1. makan dan minum dengan sengaja
  2. mengeluarkan air mani dengan sengaja
  3. haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
  4. muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
  5. melakukan persetubuhan
  6. gila walaupun sebentar
  7. murtad
  8. berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

Perkara yang tidak membatalkan puasa:
  1. Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
  2. Bersuntik
  3. Tidur walaupun sepanjang hari
  4. Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
  5. Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

Itu sahaja sedikit maklumat yang dapat disediakan… Sekiranya ada tambahan, sila tinggalkan komen di bawah ini…

Terima kasih.

Selamat Berpuasa!

Sumber: Insan yang baik hati

Related Posts with Thumbnails