Hai,

Dah lama tak bersua ya.. Maaf dah lama tak update status sebab dalam masa 3-4 bulan ni saya terlalu banyak urusan bisnes dan kerap ke luar negara.
Baiklah, kali ni saya ingin berkongsi dengan anda salah satu makanan segera yang boleh dikatakan saya wajib bawa ketika anda ingin melancong ke luar negara. Sekiranya sebelum ni anda asyik makan megi segera jer, lepas ni dah boleh beralih angin pula la yer.. =)

Makanan segera yang saya maksudkan ialah NASI GORENG KAMPUNG segera!


Agak pelik bukan? Tapi itulah realitinya.. nasi goreng kampung pun dah ada versi segera dah.. Jenama SHARIFAH.

Cara untuk memasaknya?
SANGAT MUDAH!
Rendamkan saja packet nasi goreng kampung di dalam air panas yang baru mendidih selama 3minit sahaja. (Psstt.. tapi kalau nak lagi sedap, rendam sehingga 10minit).
Selepas 10 minit, buka packet tersebut dan hidangkan di dalam pinggan dan boleh terus makan.


Sangat menarik bukan?

Rasanya not bad! Siap ada ikan bilis lagi.. hehe..

Untuk pengetahuan,Produk segera keluaran Sharifah ni bukan sahaja keluarkan Nasi Goreng Kampung sahaja. Ada juga produk lain seperti Sambal Sotong, Nasi Beriani Gam, Pes Mee Goreng dan macam-macam lagi..

Cuma bagi saya, yang paling senang dan sedap ialah NASI GORENG KAMPUNG.

Tak percaya?

Cubalah dulu.. harga RM7.00 – RM8.00 sahaja satu packet dan boleh dibeli di Giant atau Mydin.

Sila SHARE post ini sekiranya anda rasakan ianya bermanfaat.

Related Posts with Thumbnails