Salam.. Terima kasih kerana berminat untuk melayari blog saya yang hebat tak seberapa ini… Untuk kali ini, saya ingin share kepada anda tentang cara untuk contact airasia sekiranya ada masalah semasa membeli tiket secara online di airasia.com.

Saya terfikir untuk letak info pasal ni dalam blog ini setelah saya baru sahaja ada masalah semasa beli tiket untuk abang saya.

Masalah saya ialah setelah saya buat bayaran melalui Maybank2u, kemudian setelah buat semakan, status tiket saya masih lagi NEED PAYMENT.

Adoiii.. mana tak bengangnya… duit dah masuk.. tapi dia suruh bayar sekali lagi…

Ini dia bukti yang payment dah SUCCESSFUL:-

Lepas tu dia direct ke link ini pula:-

Tengok kat Reservation status: Need payment.

Adohai.. mana tak bengangnya bro.. dah buat bayaran leklok, dia still hantar link yang macam kita masih belum bayar lagi…

Aku try call call centre ada la dekat 6, 7 kali.. semuanya FAILED.. memang sakit ati betul la..

Nak tak nak aku kena pegi KL Sentral la nampaknya untuk buat aduan.. kat situ ada kaunter Airasia..senang nanti..

Tapi.. sebelum tu aku terjumpa satu bahagian link untuk aduan berkenaan dengan Airasia.

So aku isi la borang dia.. kalau korang nak tengok, boleh klik pada link di bawah ini:-

LINK BORANG FEEDBACK AIRASIA.COM

Kat borang tersebut, ada ruangan untuk upload files.

Jadi, nasib baik lah setiap transaksi yang aku buat tu aku dah screenshot siap-siap.. Jadi, bolehlah aku upload kat situ..

Dia ada bagi 3 ruangan.. so aku masukkan ketiga2 file kat situ..

Bagitau details masa n tarikh flight kita pukul brapa.

Explain kat dia sket2.. bagi dia paham.. then klik Submit.

 

Kurang 24 jam, aku dah dapat dah email itinerary aku… yeayyyyyyyyyyyyy!!

 

Alhamdulillah… Selamat mencuba ya!!

 

Nasihat saya, sekiranya anda ingin beli tiket airasia secara online:-

1) Pastikan connection internet betul2 laju… ini akan membolehkan setiap process tidak akan loading terlalu lama seterusnya menyebabkan stuck.. Seeloknya, gunakan streamyx ataupun Unifi.. konfem puas hati..

2) Buat bayaran guna CIMBClicks. Setakat ni, bila saya guna CIMB Clicks, tiada masalah… bila guna Maybank2u, ada masalah juga kadang2.. tapi tak tahu la korang macamana… Tapi elakkan guna kredit kad sebab nanti ada caj lain pula.. huhuu..

3) Kalau nak buat tempahan untuk ramai sekaligus, better taip dulu siap2 dalam Microsoft Word, then nanti just copy n paste je masuk dalam borang. Ini adalah kerana anda hanya diberi masa sebanyak 9 minit sahaja tempoh untuk isi borang.. Kalau lebih 9 minit, ianya akan secara automatik akan reset borang tersebut..

4) Setiap action ataupun transaksi yang kita lakukan, pastikan ada buat screenshot dan save di dalam satu folder. Senang sket nak buat rujukan nanti…

Itu sahaja perkongsian dari saya… kalau ada tambahan, sila komen di bawah nanti ya!! Atau klik “Share” kat atas post ini…

Related Posts with Thumbnails