| Print article | This entry was posted by hafizizain on January 28, 2011 at 12:39 am, and is filed under Perkongsian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
itulah yang aku cakap bila dah setel semua urusan di Mahkamah Majistret Sepang semalam (Rabu).
Dah lah jauh nak kena pegi ke hujung sepang sana..huhu..
Korang mesti tanya:
Apa kes sebenarnya ni fizi?? Sampai ke mahkamah semua ni…
.
.
.
.
Huhu… segan la plak nak gtau.. sebab kesnya kecik saja..tapi jadi besar plak..
Sebenarnya ari tu aku kena saman ngan JPJ.. pasal tak renew roadtax.. Adoi.. roadtax pon boleh lupa??
hahaha.. aku pun nak gelak jugak time tu.. yang takleh blah nya, tarikh kena saman adalah pada 29/11/2010 tapi roadtax dah mati pada 5/11/2010 lagi.. lama gler aku bawak keta tanpa roadtax..huhu..
Ni dia gambar saman yang aku kena:-
Berbalik kepada pengalaman kena masuk mahkamah tadi, aku kena masuk mahkamah pada jam 8.30pagi.. kul pagi lagi gerak dari rumah. (malam tu tido umah auntie aku sebab takot tak sedar awal..hehehe) Then sampai jer sana, punye la neves gler.. tengok ada satu trak polis penuh dengan banduan.. turun je dari trak, terus bawak masuk lokap yang ada kat tepi mahkamah..huhu..
Pastu bila kena panggil masuk, aku pun tunggu turn untuk pembantu hakim panggil nama aku.. ada dekat 30minit jugak la.. ramai jugak yang kes senasib dengan aku.. tapi ada yang lebih berat dari tu.. ish, macam2. Then, bila nama aku kena panggil:-
(ini aku buat2 ayat yang lebih kurang je la ek.. mana boleh ingat sebijik2…)
Pendakwa: Mohd Hafizi bin Haji Md. Zain, anda didakwa kerana telah memandu kenderaan yang telah tamat Cukai Jalan dan Insurans pada 29 November 2011. Nak mengaku bersalah atau tidak?
Hafizi Zain: Ya, saya mengaku bersalah.
Pendakwa: Nak mohon rayuan atau tidak?
Hafizi Zain: Mestilah nak!
HAKIM: Oleh itu, kamu dikenakan hukuman denda RM900 atau penjara selama 14 hari.
Pastu.. tetiba ada sorang lawyer ni bangun.
Lawyer: Tapi Puan, setelah membuat semakan, insurans kenderaan defendan masih lagi hidup semasa hari kejadian. Oleh itu, saya mohon agar denda dapat dikurangkan.
HAKIM: Baiklah, atas kesalahan itu, kamu hanya dikenakan denda sebanyak RM450 atau 14 hari penjara.
Hafizi Zain: Terima kasih.
Then, bila aku nak keluar jer, tetiba ada polis pegang tangan aku then masuk ke dalam L.O.K.A.P!! (nasib baik tak kena gari..)
OMG!! Kenapakah aku dimasukkan kedalam lokap ni? Lepas masuk tu, dia terus kunci.. Nasib baiklah lokap tu “lokap baik”. Sebab pesalah trafik je yang masuk kat situ.. sebelah tu ada lokap yang satu lagi yang menempatkan pesalah2 yang berbaju oren tu.. sesak2 diorang kat dalam tu.. Kesian plak aku tengok..
Then polis tu tanya, “Ada bawak cash tak?”
oohh.. rupa2nya polis tu nak suruh bayar sekarang jugak time tu.. Syukur sangat2 nasib baiklah aku bawak cash.. kalau tak, ntah sape la aku nak mintak tolong.. dah lah aku takde sedara mara kat sepang tu.. Cepat2 aku suh dia bukak balik lokap tu then dia suruh aku gi bayar kat kaunter.. lerrr.. tak pasai-pasai dapat merasai masuk lokap selama seminit itu.. huhuuu..
Itu saja.. then aku balik dengan hati senang.. lepas pada ni, pasti aku beringat.. taknak dah lupa renew roadtax… pasti renew awal-awal lagi… huhu…
MORAL OF THE STORY: Pastikan korang ingat betul2 tarikh untuk renew roadtax… kalau tak, kena ngan JPJ, abis la korang… huhu…
insaf insaf….
Tinggallah komen kat bawah ni kalau korang kesian kat aku… hahahaa
Ni gambar resit DENDA RM450 yang aku dah bayar… yehuuuu!!
| Print article | This entry was posted by hafizizain on January 28, 2011 at 12:39 am, and is filed under Perkongsian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 2 years ago
huhuu… pngalaman brmakna n amt beri pngajaran… ada hikmahnya…
about 2 years ago
Hahaha.. mmg best sgt tu bro.. apa apa pun itu pengalaman berharga… pengajaran disini orang yang masuk lokap tu xsemestinyaada kesalahan yang berat..
about 2 years ago
hebat bos ne..siap try masuk lokap..apsal x try utk 14 hari tuh? bleh mkn free…kehkeh..:)
about 2 years ago
Fizi, nak apply loan rumah ni perlu income tax declare ker? apa lagi requirement dia?
about 2 years ago
eh, kawe silap komen. hahahahha
about 2 years ago
haha..pergh ko dh merasa msuk lokap la..hebat btl ko..huhu
bgus2 dpt la ak tau serba ckit bab roadtax ni..hahaha
about 2 years ago
haha..kalu takde cash kena stay dalam lokap ker?hehe
about 2 years ago
Demo bz sungguh sampai terlupa nak renew roadtax tue!
Serik jugak dengar. Tak nak la masuk lokap wp utk 30 saat huhuhu…
about 2 years ago
Tahun 2010 ke 2011? Aiyoo, pening…
Typo..
about 2 years ago
pengalaman berharga tu dapat merasa lokap, insaf kejap kan. hehe.
about 2 years ago
huhu pengalaman tu bro.bila lagi nak rasa duk dalam lokap walau seminit.hehe..nasib baik ko bawak cash bro klu tak alamatnya berkawan dgn banduan la sehari dua haha..takpe itu pengalaman pahit tu
about 2 years ago
bro hafizi, kalau majistret suruh buat rayuan, bro kena buat kaw2 punye, cakap lah orang susah, banyak tanggungan dan lain-lain lagi. biasanya kesalahan pertama boleh dapat denda 10-20% daripada denda maksimum. Good post anyway
about 1 year ago
macam mana boleh ada lawyer kat situ pulak ye?
about 1 year ago
about 1 year ago
Saya baru kena minggu lepas. Kereta saya, tapi isteri yang bawak.. Kena 2 kesalahan takde roadtax dan insurance. Kena gi court august nanti.. Sebabnya… Lupa takde roadtax.
Ada apa2 petua?
about 9 months ago
saya dulu pun penah gak kena mcm ni..tp skrg sy dah kejer kat trafik dan kendalikan kes2 saman trafik kat mahkamah..klu ader saper2 yg kene saman trafik, baik yah masuk court..byr je kat kaunter trafik..lg senang..hehehe