Persoalan Terjawab | Siapa Sebenarnya Samad Burger
Saya yakin anda semua sudah mendengar Rakaman Audio panggilan telefon oleh Brother Luv (X fm) kepada seorang penjual burger yang bernama Samad. Samad, seorang penjual burger ditinggalkan tunangnya kerana kehadiran orang ketiga dan sikap materialistik perempuan tersebut.. Kesian samad.. Persoalannya… siapakah sebenarnya Samad Burger ni?? Okay, sebelum saya membuat kupasan lanjut, mari kita dengar rakaman suara ini..
Okay, sebenarnya banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari rakaman ini..
1, Kita boleh nampak bagaimana perangai seorang perempuan materialistik yang hanya pentingkan harta kekayaan daripada nilai kasih sayang. Dia dah bertunang kot… tapi disebab dia dah jumpa dengan lelaki yang lebih kaya, terus je lupakan tunangnya. Hampeh btul pompuan nih.
2. Pastu kan perempuan tu mungkin tak tahu benda ni.. Sebenarnya Samad tu dah kaya kot.. dah sampai boleh beli lori tu.. Ok, cuba bayangkan Samad dapat menjual 200bijik burger sehari. Sebijik burger dia untung RM1.20. Jadi sehari dia boleh dapat RM240.
Kalau sebulan dia kerja 25hari jer, kira lah… RM240 x 25hari = RM6,000!!! wooww…. tu 25 hari. Kalau dia kerja 30 hari sebulan? wahhh… masyuk tuu.. lebih dari orang kerja makan gaji tu.. Ini adalah FAKTA kerana saya sendiri pun pernah menjual burger 1 ketika dulu..
3. Bagi saya Samad seorang yang pandai berjimat cermat.. Biasalah, orang yang berbisnes ni pasti suka berjimat cermat.. Ada pompuan tu cakap yang lelaki baru tu selalu beli kasut dan beg baru untuk dia.. adehhh.. ada ke patut dia nilai lelaki ni dengan kasut dengan handbag… ish33…
4. Yang terakhir, setelah berpuluh-puluh kali mendengar kisah Samad Burger ni, saya dapat rasakan ianya adalah lakonan semata-mata.. Nama yang digunakan pun Cheryl + Samad = Cheryl Samad.. Ianya bertujuan untuk menyedarkan perempuan-perempuan di luar sana dan juga sebagai salah satu strategi promosi untuk memperkenalkan sesi luahan masalah kepada Brother Luv di X.fm.
Namun begitu, walaupun ianya adalah rakaman semata-mata, segala pengajaran daripada video tersebut boleh dijadikan iktibar untuk perempuan di luar sana…
Ohya, ada satu page khas di Facebook –> Klik Sini untuk menyokong Samad Burger
Kalau anda suka dengan post ini, sila klik pada button “share” di atas skali post ini.
Kalau nak memberikan pendapat baru, sila tinggalkan komen anda di bawah post ini. Komen anda sangat-sangatlah dialu-alukan..
Terima kasih.
| Print article | This entry was posted by hafizizain on August 27, 2010 at 3:52 pm, and is filed under Perkongsian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |












about 1 year ago
poyo punyer gurl..
mcm bagus sgt ..
mcm ko cantik sangat nak lelaki kaya
perasan lebih…tah2 gemuk itam
perempuan x tau malu mcm tulah
kalau ko anak raja, cantik..bleh lah berangan
nak org yang n ensem
suluh diri ko sendiri..
dasar perempuan materialistik..
tah2 perempuan jalang..
about 1 year ago
Kalau nak cari jodoh, biarlah kita mencari pompuan yang ikhlas sayangkan kita. Rupa kurang takpe janji die sentiasa disamping kita ketika susah dan senang. Kadang2 silap kaum lelaki gak, kalau nak mengorat awek mesti nak tayang keta besar, belanja kaw2 diluar kemampuan, pakaian branded, So, bagi aku, kalau nak ngorat pompuan yang betul2 kita suka, jadi diri kita sendiri, Jangan jadi orang lain kelak menyusahkan diri:)
about 1 year ago
hehe…nape ntah aku nk tergelak di sini an..tp…mybe sbb aku pun kutuk kaw2 kot minah hampeh ni…si cheryllllll ni annn….hangin jekk….but…pas aku thu it was juz a lkonan…cam hampeh la plak kn….xbape nk adil..so, nk kutuk2 pun benda xrealiti….der… pepepun…i like burger lah….pis…:)
about 1 year ago
lakonan ke bro,hampeh betul wa dah kutuk si cheryl kat facebook dan sokong si samad suruh besarkan perniagaan burgernya.Tipah tertipu rupanya….he he..
about 1 year ago
aah. bunyi cm tipu haha
about 10 months ago
Assalamualaikum,
Aku xtahu cerita ni betul ke tak..kalu samad ni tipu maka tanggung dosa la dia spai, tapi kalu betul aku cuma nak cakap..mungkin Allah S.W.T telah ciptakan jodoh yang lebih baik utk ko samad, kita hanya merancang, namun Allah S.W.T yang menentukan segalanya..bersabar ye..