Sudah lama saya mencari sebuah printer yang sangat jimat dan murah. Yeayy! dah jumpa dah..

Akhirnya Printer yang ditunggu-tunggu telah tiba.. Ianya adalah Deskjet Ink Advantage high capacity (hc) yang terbaru! Di dalam keluaran kali ini, terdapat dua model baru iaitu mesin pencetak HP Deskjet Ink Advantage 2520hc All-in One dan juga HP Deskjet Ink Advantage 2020hc.

 

Keluaran kali ini menawarkan percetakan yang sangat mampu milik iaitu sehingga 1500 mukasurat dengan hanya RM37 bagi setiap satu katrij, juga menolak kemungkinan dalam menggunakan bekalan yang bukan dari HP.

Sebelum ni saya hanya menggunakan Continuous Ink Supplies Systems (CISS) yang mungkin akan menyebabkan terbatalnya waranti, kerosakan mesin pencetak, penambahan kos di dalam penggantian mesin pencetak, kebocoran dakwat dan juga kepayahan dalam berhadapan dengan kegagalan mesin serta penyelenggaraan. Jadi, ini sudah tentu menyusahkan.

Kombinasi menarik yang ditawarkan oleh HP iaitu percetakan berkualiti tinggi yang mampu milik melalui keluaran terbaru HP Deskjet Ink Advantage High Capacity (HC) telah mengatasi masalah-masalah tersebut.Pelanggan kini tidak perlu lagi berhadapan dengan risiko serta kepayahan dalam kegagalan semasa mencetak mahupun kebocoran dakwat yang biasanya terjadi semasa menggunakan bekalan yang bukan dari HP.

Ciri-Ciri terbaru HP Deskjet Ink Advantage 2020hc:-

1)      Boleh cetak pantas iaitu sehingga 7 mukasurat seminit. (hitam putih)

2)      Boleh cetak secara Borderless untuk gambar dan risalah.

3)      Memudahkan untuk pengguna seperti keluarga, pelajar dan bisnes.

Mesin pencetak HP Deskjet Ink Advantage 2520hc All-in-One kini boleh didapati pada harga RM389 manakala HP Deskjet Ink Advantage 2020hc pula padaharga RM299.

Selain dari itu, HP juga ada keluarkan 2 model lagi iaitu :-

HP Deskjet Ink Advantage 5525 dan 6525 e-All-in-One

Mesin pencetak terbaru HP Deskjet Ink Advantage 5525, 6525 e-All-in-One ini dilengkapi dengan teknologi mencetak mudah alih terkini yang meningkatkan keunggulan inovasi HP dalam memenuhi keperluan mudah alih dan digital pelanggan :

  • Secaramudahmencetak dari mana-mana peranti mudahalih yang dilengkapi sistem tanpa wayar (wireless) tanpa sebarang jaringan atau router melalui cetakan langsung tanpa wayar (wireless) HP.
  • Mencetak dari mana-mana sahaja dengan HP ePrint dan juga daripada pelbagai peranti dengan aplikasi HP ePrint yang terbaru untuk Apple dan juga Blackberry® yang akan mengesyorkan mesin pencetak yang dilengkapi HP ePrint mengikut lokasi serta keperluan percetakan. Ini termasuklah aplikasi HP Printer Control yang membolehkan kawalan mencetak, mengimbas dan menyalin secara kawalan jauh dan tanpawayar (wireless) hanya dari peranti mudahalih Apple.
  • Scan-to-email gambar serta dokumen pelbagai halaman.
  • Mengakses secara terus dan mencetak kandungan dalam talian (online) seperti buku mewarna, kad-kad ucapan, berita dan banyak lagi dengan hanya menggunakan aplikasi HP print.

 

HARGA? SANGAT MURAH DAN BERBALOI-BALOI

Mesin pencetak HP Deskjet Ink Advantage 5525 = RM469

HP Deskjet Ink Advantage 6525 e-All-in-One = RM599.

Pelanggan yang menggunakan mesin pencetak terbaru HP Deskjet Ink Advantage 6525 e-All-in-One kini boleh mengurangkan kesan kepada alam sekitar dengan menggunakan aplikasi HP Eco App yang memudahkan pengguna mengubah penetapan bagi tenaga utama dan juga penetapan penjimatan kertas. Contohnya, cirri auto-duplexing membolehkan pengguna untuk mencetak serta menyalin muka surat dwimuka secara automatik, dengan penggunaan kertas sebanyak 50% lebih sedikit dari biasa!

Mesin pencetak HP Deskjet Ink Advantage 6525 e-All-in-One adalah diiktiraf ENERGY STAR® dan diperbuat daripada 20% plastik yang dikitar semula.

 

JOM BUAT PILIHAN TEPAT UNTUK MEMUDAHKAN DAN MENJIMAT KERJA MENCETAK ANDA

Mesin pencetak HP Deskjet Ink Advantage 2515 All-in-One adalah sangat sesuai untuk pengguna persendirian yang inginkan sebuah mesin pencetak yang mampu milik serta kompak untuk mencetak, mengimbas dan menyalin dokumen. Pengguna dengan mudah boleh mengimbas dan menyalin dokumen atau gambar dari paparan grafik intuitif dan mengubah suai gambar ataupun tulisan dengan menggunakan butang reduce/enlarge. Pelajar juga boleh memanfaatkan percetakan tanpa bingkai HP dengan kualiti yang tinggi untuk digunakan di dalam tugasan serta projek.

Mesin pencetak Advantage 2515 All-in-One akan boleh didapati di sekitar bulan November 2012 pada harga RM259.

Mesin pencetak HP Deskjet Ink Advantage 4615 All-in-One dan 4625 e-All-in-One adalah sangat sesuai untuk pengguna bagi tujuan perniagaan yang mencari sebuah produk serbaguna untuk mencetak, mengimbas, menyalin dokumen dan fungsi faks, disamping menghasilkan dokumen berkualiti tinggi pada harga yang sangat rendah. Ia juga merupakan sebuah peranti yang diiktiraf ENERGY STAR® dan dilengkapi feeder untuk dokumen 35 mukasurat untuk mempercepatkan proses percetakan.

Dengan menggunakan mesin pencetak HP Deskjet Ink Advantage 4625 e-All-in-One, samaada di rumah ataupun pejabat kecil, pengguna boleh dengan mudah mencetak walaupun semasa berada jauh dari mesin pencetak dengan menggunakan HP ePrint dan berkongsi sumber dengan jaringan tanpa wayar (wireless). Mesin pencetak HP Deskjet 4625 e-All-in-One kini boleh didapati pada harga RM449 manakala HP Deskjet 4615 All-in-One pula adalah pada hanya RM399.

Sekian.

ARTIKEL INI DITAJA OLEH HP ULTRA INK ADVANTAGE

Related Posts with Thumbnails