Warning: preg_match() [function.preg-match]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php on line 201

Warning: preg_match() [function.preg-match]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php on line 202

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php:201) in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Sumber Informasi Bisnes & Apa-Apa Sahaja » bisnes sendiri http://www.hafizizain.com Tue, 31 Jan 2012 04:58:49 +0000 en hourly 1 http://wordpress.org/?v=3.3.1 Kenapa perlu daftar perniagaan pada 20.10.2010? http://www.hafizizain.com/bisnes/kenapa-perlu-daftar-perniagaan-pada-20-10-2010.html http://www.hafizizain.com/bisnes/kenapa-perlu-daftar-perniagaan-pada-20-10-2010.html#comments Tue, 19 Oct 2010 18:22:06 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=645 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Sebagaimana yang kita tahu, untuk tahun 2010 ini, ada 2 hari yang mempunyai tarikh yang cantik susunannya iaitu 10.10.10 dan 20.10.2010. Tiada kepercayaan pelik yang kita perlu tahu dan ikuti pada tarikh ini kerana ianya hanyalah sekadar nombor sahaja. Dan sangat jarang sekali berlaku pada tarikh ini kerana ianya datang setahun sekali sahaja.

Akan tetapi…. ada satu berita baik…

Ramai yang tidak tahu perkara sangat menarik untuk usahawan dan bakal usahawan pada tarikh ini… Iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ada membuat satu tawaran special untuk sesiapa yang mendaftarkan perniagaan mereka pada tarikh di atas. Apa yang bestnya… Pihak SSM akan memberikan satu Sijil Special yang besar dan cantik sebagai tanda memperingati ekslusif bersempena dengan tarikh yang special ini…

(gambar ni bukan sijil sebenar.. kalau nak tengok sijil sebenar, klik pada link di bawah ni..)

Dah!! Taknak membebel panjang lagi… Tengok link ini.. dan terus beramai-ramai pergi daftar kat SSM hari ni ya!!

KLIK SINI UNTUK LIHAT NOTIS DARI SSM

Jangan lupa tinggalkan komen di bawah post ni ya!

Terima kasih.

]]>
http://www.hafizizain.com/bisnes/kenapa-perlu-daftar-perniagaan-pada-20-10-2010.html/feed 1
Hari ni terima 3 resume mintak praktikal http://www.hafizizain.com/cerita-tentang-penulis/hari-ni-terima-3-resume-mintak-praktikal.html http://www.hafizizain.com/cerita-tentang-penulis/hari-ni-terima-3-resume-mintak-praktikal.html#comments Sat, 25 Sep 2010 03:14:54 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=617 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

27 haribulan ni, genaplah 2 bulan kedai ideaMaster beroperasi.. dan dalam masa dua bulan inilah, banyak benda baru yang aku belajar untuk memantapkan lagi teknik jualan dan promosi syarikat aku. Semalam aku terpaksa tambah seorang lagi manpower untuk melancarkan lagi perjalanan projek terbaru ideaMaster iaitu saudari Catzer. Diharapkan dengan adanya beliau, operasi bisnes ideaMaster dapat dikembangkan lagi..insya-Allah.. Jadi, sekarang bertambahlah lagi jumlah staff ideaMaster menjadikan jumlahnya 4 orang termasuk aku.

Pagi ni check email, aku dapat 3 lagi application untuk student buat praktikal dengan ideaMaster:-

Kalau ikutkan hati, nak je ambik budak praktikal ni kerja… tapi apakan daya..

Keluasan opis tidak mengizinkan.. opis aku tu kecik saja.. nanti semua orang nak duduk mana? hehehe..

Takpela, mungkin dalam perancangan masa depan, aku nak besarkan lagi opis tu.. memandangkan customer sekarang dah semakin ramai dan agak tak cukup kaki dan tangan untuk handle..

Doakan semoga bisnes aku berjaya dengan cemerlang… Insya-Allah…

Jom tinggalkan komen kat bawah ni…

]]>
http://www.hafizizain.com/cerita-tentang-penulis/hari-ni-terima-3-resume-mintak-praktikal.html/feed 8
Persoalan Terjawab | Siapa Sebenarnya Samad Burger http://www.hafizizain.com/perkongsian/persoalan-terjawab-siapa-sebenarnya-samad-burger.html http://www.hafizizain.com/perkongsian/persoalan-terjawab-siapa-sebenarnya-samad-burger.html#comments Fri, 27 Aug 2010 07:52:52 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=525 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Saya yakin anda semua sudah mendengar Rakaman Audio panggilan telefon oleh Brother Luv (X fm) kepada seorang penjual burger yang bernama Samad. Samad, seorang penjual burger ditinggalkan tunangnya kerana kehadiran orang ketiga dan sikap materialistik perempuan tersebut.. Kesian samad.. Persoalannya… siapakah sebenarnya Samad Burger ni?? Okay, sebelum saya membuat kupasan lanjut, mari kita dengar rakaman suara ini..

Okay, sebenarnya banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari rakaman ini..

1, Kita boleh nampak bagaimana perangai seorang perempuan materialistik yang hanya pentingkan harta kekayaan daripada nilai kasih sayang. Dia dah bertunang kot… tapi disebab dia dah jumpa dengan lelaki  yang lebih kaya, terus je lupakan tunangnya. Hampeh btul pompuan nih.

2. Pastu kan perempuan tu mungkin tak tahu benda ni.. Sebenarnya Samad tu dah kaya kot.. dah sampai boleh beli lori tu.. Ok, cuba bayangkan Samad dapat menjual 200bijik burger sehari. Sebijik burger dia untung RM1.20. Jadi sehari dia boleh dapat RM240.

Kalau sebulan dia kerja 25hari jer, kira lah… RM240 x 25hari = RM6,000!!! wooww…. tu 25 hari. Kalau dia kerja 30 hari sebulan? wahhh… masyuk tuu.. lebih dari orang kerja makan gaji tu.. Ini adalah FAKTA kerana saya sendiri pun pernah menjual burger 1 ketika dulu..

3. Bagi saya Samad seorang yang pandai berjimat cermat.. Biasalah, orang yang berbisnes ni pasti suka berjimat cermat.. Ada pompuan tu cakap yang lelaki baru tu selalu beli kasut dan beg baru untuk dia.. adehhh.. ada ke patut dia nilai lelaki ni dengan kasut dengan handbag… ish33…

4. Yang terakhir, setelah berpuluh-puluh kali mendengar kisah Samad Burger ni, saya dapat rasakan ianya adalah lakonan semata-mata.. Nama yang digunakan pun Cheryl + Samad = Cheryl Samad.. Ianya bertujuan untuk menyedarkan perempuan-perempuan di luar sana dan juga sebagai salah satu strategi promosi untuk memperkenalkan sesi luahan masalah kepada Brother Luv di X.fm.

Namun begitu, walaupun ianya adalah rakaman semata-mata, segala pengajaran daripada video tersebut boleh dijadikan iktibar untuk perempuan di luar sana…

Ohya, ada satu page khas di Facebook –> Klik Sini untuk menyokong Samad Burger

Kalau anda suka dengan post ini, sila klik pada button “share” di atas skali post ini.

Kalau nak memberikan pendapat baru, sila tinggalkan komen anda di bawah post ini. Komen anda sangat-sangatlah dialu-alukan..

Terima kasih.

]]>
http://www.hafizizain.com/perkongsian/persoalan-terjawab-siapa-sebenarnya-samad-burger.html/feed 6
Lubuk Duit di Hari Raya http://www.hafizizain.com/bisnes/lubuk-duit-di-hari-raya.html http://www.hafizizain.com/bisnes/lubuk-duit-di-hari-raya.html#comments Mon, 02 Aug 2010 05:27:41 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=410 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Salam Sejahtera Kawan-kawan…
Semoga anda sihat walafiat hendaknya di sisi keluarga tercinta.

Pagi tadi, bila saya terlihat kalendar, rupa-rupanya kita dah hampir masuk ke bulan Ramadhan..
Maknanya tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan dan seterusnya hari raya aidilfitri.

Nampaknya suasana meriah ini bakal menjelang tidak lama lagi. Ia dihangatkan lagi apabila terdapat
beberapa pusat membeli belah sudahpun memainkan lagu raya…huh..awalnya. Baru nak masuk bulan Ramadhan..

Tapi anda perasan tak kenapa mereka begitu awal memutarkan lagu-lagu hari raya?

Sebenarnya suasana hari raya di Malaysia adalah ‘lubuk duit’ bagi peniaga-peniaga ini.
Daripada pasaraya, peniaga jalanan, penjual pakaian, florist(kedai bunga), peniaga makanan di pasar ramadan,
pembuat songkok, peniaga produk2 keagamaan dan termasuk juga tukang jahit sudah mula sibuk mengatur
strategi bagi mengaut sebanyak mungkin keuntungan daripadda keghairahan berbelanja seluruh rakyat
Malaysia ketika musim raya ini.

Tukang jahit? Oh..saya belum lagi tempah jahitan…sempat ke ni?

Di negara kita, ada satu budaya yang tidak terdapat di negara-negara lain iaitu kepelbagaian kuih raya.
Bagi mereka yang pernah tinggal di luar negara, pasti anda dapat membandingkan betapa berbezanya suasana hari raya di Malaysia dengan
negara lain khususnya dari segi kepelbagaian kiuh muih yang dihidangkan ketika hari raya. Daripada kuih-kuih tradisional mahupun kuih raya
moden, fenomena ini menambahkan lagi kemeriahan hari raya di negara ktia.

Tapi kalau anda perasan, ada satu perubahan yang sangat ketara dalam suasana hari raya yang berlaku di Malaysia sekarang ini.
Anda ingat tak bagaimana suatu ketika dahulu, kita yang ketika itu masih kecil, pasti akan sibuk membantu mak, makcik, nenek, kakak
didapur menyediakan kuih muih bagi menyambut hari raya. Seronok bukan?

Tetapi rasanya zaman tersebut sudah berlalu. Anak-anak, anak-anak saudara kita sekarang hanya mengadap saluran Astro Ceria 24 jam.

Manakala, kakak-kakak dan makcik-makcik kita tidak lagi sibuk didapur ketika musim daya. Sebaliknya mereka sudahpun berkerja bagi
menampung kos hidup yang semakin meningkat. Dapur-dapur mulai sunyi daripada kemeriahan ketika musim raya.

Namun walau apa pun keadaannya dan bagaimana sibuk pun mereka, setiap rumah mesti menyediakan kuih muih di hari raya. Sebagai alternatifnya,
dengan kuasa beli yang mereka ada, mereka akan membeli kuih raya ‘ready made’.

Tahukah anda, peluang ini dah lama dicium oleh pengusaha-pengusaha kuih raya sejak sekian lama.

Salah seorang daripada mereka telah berani membuat satu pendedahan tentang rahsia pendapatan lumayan dari bisnes
kuih raya sejak 10 tahun lalu melalui satu bentuk penulisan iaitu Ebook Rahsia Kuih Raya http://tinyurl.com/rahsiaduitraya

Beliau bukan sahaja membongkarkan teknik pemasaran kreatif yang beliau gunakan, tetapi juga disertai dengan 10 senarai kuih raya
yang paling laris berdasarkan rekod jualan beliau sejak 10 tahun lalu. Bukan itu sahaja, resipi rahsia 10 kuih raya tersebut juga
disertakan sekali bagi memastikan anda boleh mula buat duti sejurus membaca ebook beliau tersebut.

Apa kata anda baca sendiri apa yang ingin dikatakan oleh Puan Nor Azlina Sidek terhadap potensi pendapatan lumayan bisnes kuih raya ini

http://tinyurl.com/rahsiaduitraya

Ikhlas dari

HafiziZain

http://tinyurl.com/rahsiaduitraya

]]>
http://www.hafizizain.com/bisnes/lubuk-duit-di-hari-raya.html/feed 2
Tinggal 2 Hari Sahaja Lagi http://www.hafizizain.com/pengumuman-khas/tinggal-2-hari-sahaja-lagi.html http://www.hafizizain.com/pengumuman-khas/tinggal-2-hari-sahaja-lagi.html#comments Sat, 31 Jul 2010 11:12:37 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=394 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Saya tak tahu nak cakap apa lagi sekiranya anda masih berfikir panjang untuk mendapatkan ebook saya ini. Harga sekarang masih berada pada harga promosi. (RM50 sahaja). Sebelum ni saya jual dengan harga RM80.

Untuk pengetahuan, berebut-rebut orang mendapatkan peluang keemasan ini.. Boleh lihat di screenshot ini:-

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Tempoh promosi ini akan tamat pada jam 11.59malam 2 Ogos ini.

Kalau anda betul2 berminat, sila dapatkan sekarang.. Sama-sama kita menjana pendapatan lumayan melalui bisnes tshirt ini.

Jauhi skim cepat kaya, jauhi MLM, jauhi Login Facebook dapat RM100.

Mari kita sama-sama buat bisnes tshirt dengan cara mudah ini.. Ikut cara saya, dan anda akan dapat pendapatan seperti saya.. Insya-Allah…

Fakta:-

1) Ebook ini ditutup jualannya sehingga mencecah 800 unit.

2) Pada masa sekarang ni, jualan keseluruhan 550 unit. Ada 250 lagi kekosongan.

Pelaburan RM50 ini adalah untuk 4-5 angka sebulan. Siapa yang tak nak kan.. Ini betul2 bisnes.. tak payah susah-susah cari orang.. Jika buat seperti yang saya terangkan dalam ebook tersebut, orang akan datang pada kita.

Nak dapatkan sekarang??

Boleh dapatkan di http://bisnestshirt.com/

Ingat, tarikh akhir ialah 11.59mlm 2 Ogos 2010.

Sekiranya ada pertanyaan apa-apa, boleh terus emailkan ke bisnestshirt@gmail.com

Yang ikhlas,

Hafizi Zain

www.Bisnestshirt.com

]]> http://www.hafizizain.com/pengumuman-khas/tinggal-2-hari-sahaja-lagi.html/feed 0 Rahsia Kejayaan Irfan Khairi http://www.hafizizain.com/tips-perniagaan/rahsia-kejayaan-irfan-khairi.html http://www.hafizizain.com/tips-perniagaan/rahsia-kejayaan-irfan-khairi.html#comments Sun, 11 Jul 2010 14:46:18 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=353 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

KEJAYAAN Irfan Khairi mencapai pendapatan RM1 juta melalui perniagaan internet dalam usia yang masih muda telah melonjakkan namanya sehingga digelar sebagai jutawan internet.

Rata-rata pengusaha yang menjalankan perniagaan berasaskan internet telah menjadikan beliau sebagai ikon dan sumber inspirasi untuk maju dalam perniagaan. Pergilah ke mana-mana jemputan seminar bisnes internet sama ada konvensional mahupun berasaskan ‘networking,’ nama Irfan Khairi pastinya disebut-sebut sebagai individu contoh yang berjaya dalam bisnes internet.

Untuk bertemu dengan beliau bagi tujuan wawancara eksklusif, tidaklah sukar kerana tiada protokol. Malah, temujanji yang dibuat hanya mengambil masa tiga hari sahaja untuk direalisasikan tanpa memerlukan surat rasmi.

Rakan-rakan media cetak mahupun elektronik yang sebelum ini telah banyak kali mewawancara beliau mengatakan Irfan Khairi adalah jenis orang yang sangat simple, mudah mesra dan mudah untuk ditemui. Ternyata ianya benar apabila krew kami sendiri berhadapan dengan jutawan muda ini.

Walaupun pertemuan yang diatur di pejabatnya di Damansara Utama (Uptown). Petaling Jaya sekitar 40 minit, namun jawapan yang diberikan oleh Irfan Khairi sudah cukup sempurna untuk diolah menjadi bahan yang sangat bermanfaat untuk para pembaca.

Mengimbas kembali kronologi sejarah dirinya sebelum bergelar jutawan. sebaik sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire Universiti, United Kingdom (UK), Irfan menerima tawaran bekerja di salah sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) terbesar di Birmingham iaitu Netmedia (UK) Ltd.

Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding internet, beliau diberi tanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di UK yang dikenali sebagai Learning Grid. Sekarang lebih daripada 5000 buah sekolah di UK menggunakan sistem tersebut.

Oleh sebab minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan internet secara sambilan pada 1999.

Perniagaan internet beliau yang menggunakan nama IdeaBubble, sehingga sekarang telah berkhidmat untuk lebih daripada 3000 orang pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari Amerika Syarikat, UK, negara-negara Eropah, Timur Tengah, Jepun dan Australia.

Antaranya perniagaannya yang berjaya dan berkembang pesat melibatkan perkhidmatan mereka bentuk buku elektronik (e-book), mereka cipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempatan hotel, perunding multimedia, e-Niaga dan e-pembelajaran.

Namun demikian, sebelum mencipta kejayaan, beliau mengaku mengalami kegagalan di peringkat awal mengusahakan bisnes internet. Selama setahun beliau menghadapi masalah untuk mendapatkan pelanggan, menyebabkan perniagaan yang dijalankan tidak mencapai matlamat.

Kegagalan yang dialami menyebabkan Irfan mula belajar tentang selok-belok perniagaan di internet. Hasil penelitiannya, Irfan mendapati bahawa terdapat dua kelemahan utama yang menyebabkan kegagalannya iaitu kaedah promosi yang tidak tepat dan juga kurang fokus.

Minat yang mendalam terhadap perniagaan internet telah mendorong Irfan mempelajari semula pelbagai perkara tentang pemasaran melalui menerusi internet, serta menjadikan beberapa orang pakar dalam bidang pemasaran internet sebagai contoh.

Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang dipelajarinya sebelum ini, Irfan menyusun semula srategi perniagaannya, dengan bermodalkan kurang daripada RM500.

Dalam percubaan kedua untuk bangkit dari kegagalan itu, Irfan lebih bijak memilih kaedah promosi yang lebih sesuai dengan produk yang diketengahkan. Misalnya, Irfan telah memberi tumpuan promosi kepada pasaran Arab bagi menjual peta Malaysia, apabila mendapati produk tersebut mempunyai permintaan yang tinggi di sana.

Irfan akhirnya berjaya mengangkat perniagaannya ke landasan yang betul, apabila pendapatannya menerusi perniagaan tersebut meningkat berlipat kali ganda daripada pendapatan yang diperolehi daripada pekerjaan tetapnya. Hal ini telah mendorong Irfan menjadikan perniagaan internet sebagai kerjaya sepenuh masa.

Akhirnya, selepas tiga tahun menjalankan perniagaan internet, Irfan telah berjaya memperolehi pendapatan mencecah RM1 juta tanpa perlu ada pekerja dan peralatan komputer yang canggih.

Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan menggunakan komputer riba dan akses internet. Ketika itu, beliau baru sahaja berusia 25 tahun.

Irfan juga tidak lokek berkongsi kejayaannya dengan sesiapa pun malah beliau mencurahkan pengalamannya dengan menulis buku berjudul, “Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar” kepada orang ramai yang berminat mempelajari teknik berkesan untuk menjalankan perniagaan internet.

Menceritakan pengalamannya yang sukar dilupakan ketika mengusahakan perniagaan internet ketika menetap di luar negara ialah pertemuannya dengan seorang jutawan hartanah terkenal, Azizi Ali.

“Antara kisah yang membuatkan orang kenal dengan saya sehingga ke hari ini ialah Azizi Ali.

“Pada mulanya Azizi Ali menjadi pelanggan saya. Beliau membuat pesanan di laman web saya yang menjual perkhidmatan reka bentuk logo. Saya dapat tempahan daripada beliau untuk membuat logo.

“Apabila saya lihat butiran pembayaran menggunakan kad kredit, saya perhatikan nama butiran kad kredit itu nama orang Melayu. Jadi saya tengok alamatnya orang Malaysia. Waktu itu saya rasa macam popular nama itu.

“Saya terus membuat reka bentuk logo untuknya. Kemudian saya baru teringat yang saya ada memiliki buku yang ditulis oleh Azizi Ali. Saya ambil buku itu dan saya tengok alamat buku itu sama dengan alamat yang tertera dalam butiran kad kredit tersebut. Rupa-rupanya Azizi Ali merupakan jutawan hartanah yang terkenal itu.

“Apabila logo telah saya siapkan, saya berinteraksi melalui e-mel dengan Azizi dalam Bahasa Inggeris. Beliau tidak tahu pun yang saya ini adalah orang Melayu. Beliau akhirnya berpuas hati dengan logo yang saya buat melalui testimoni yang dihantar. Selepas membaca testimoninya menerusi e-mel, saya balas balik e-mel beliau dalam Bahasa Melayu.

“Beliau terkejut apabila mengetahui saya orang Melayu. Kemudian beliau pesan supaya saya menemui beliau apabila pulang ke Malaysia. Dipendekkan cerita, saya pulang ke Malaysia bersama isteri ketika cuti panjang.

“Apabila dapat tahu Azizi ada buat seminar, saya terus menemuinya dan bersembang banyak perkara. Dari situlah hubungan saya dengan Azizi Ali mula terbina. Beliau cadangkan kepada saya kenapa tidak awak buat buku tentang perniagaan internet. Jadi, saya terima sahaja cadangan beliau. Saya tulis, Azizi yang terbitkan. Saya menjadi penulis Azizi yang pertama, sebelum ini, syarikat penerbitan beliau tidak ambil seorang penulis pun,” jelas Irfan panjang lebar.

“Apa yang saya nak beritahu di sini ialah tentang betapa hebatnya perniagaan internet, perniagaan tanpa sempadan. Dari beribu-ribu batu jauh jaraknya, saya boleh bertemu dengan Azizi Ali,” kata Irfan yang mengakui bahawa Azizi Ali menjadi titik tolak dirinya dikenali pada hari ini.

Hasil cadangan Azizi Ali yang merupakan seorang pakar kewangan tempatan itulah menyebabkan buku “Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar” ditulis manakala Azizi Ali menajdi penerbit buku berkenaan melalui syarikatnya, Truwealth Sendirian Berhad.

Buku itu telah mendapat sambutan yang di luar jangkaan sehingga mencapai tahap best seller sepanjang tahn 2005. Kewujudan buku itu sebenarnya menjadi “publisiti” yang telah membantu melonjakkan nama Irfan Khairi sebagai ikon perniagaan internet sehingga menjadi rujukan oleh pelbagai pihak.

Di pihak media, terutamanya para editor dan juga wartawan menjadikan beliau sebagai sumber bahan perbincangan mengenai isu yang berkaitan dengan perniagaan internet. Hasilnya, Irfan Khairi mendapat publisiti yang sangat meluas daripada pelbagai media cetak dan elektronik sehingga ke hari ini.

Selain buku, Irfan juga pada setiap bulan turut menganjurkan bengkel serta seminar yang berkaitan dengan perniagaan internet. Kini, beliau bukan sahaja mengajar subjek perniagaan internet pada bengkel yang dikendalikannya, malah turut mendapat tawaran memberi ceramah ke seluruh pelusuk tanah air termasuk di Institut Pengajian Awam serta Swasta. Begitulah sedikit sebanyak kisah kejayaan beliau dalam perniagaan internet.

Bercakap mengenai rahsia kejayaan, beliau mengambil contoh individu yang paling kaya di dunia ini yang turut menjadi idolanya iaitu Bill Gates.

“Saya dapati, mereka yang berjaya kerana mereka melakukan perkara yang disukai. Contohnya Bill Gates, ‘Dari awal hingga menjadi kaya, beliau buat perkara yang diminatinya iaitu pengaturcaraan (programming).

“Beliau menjadi kaya sebab buat perkara yang diminatinya. Saya juga selalu sarankan kepada peserta bengkel kendalian saya buat perkara yang mereka minat, jangan terikut-ikut dengan industri yang kita sendiri tidak tahu keadaannya. Kalau hendak mencapai kejayaan sebenarnya industri apa-apa pun boleh tetapi yang paling penting, kita minat,” jelas beliau.

“Kalau hendak berjaya, kita kena fokus. Bisnes internet walaupun pasarannya terlalu besar, kita jangan fikir bahawa kita perlu menjual banyak produk baru boleh berjaya. Kalau bisnes konvensional boleh la keluar banyak produk. Tetapi internet kena kecilkan tumpuan iaitu fokus kepada kekuatan yang kita ada. Contohnya saya sendiri tidak buat semua bentuk design. Saya cuma design kulit buku dan logo sahaja.

“Saya percaya dari dulu lagi bahawa kalau hendak berjaya kita kena lakukan apa yang kita tahu, apa yang kita pandai iaitu kepakaran kita. Saya sendiri, apabila balik semula ke Malaysia, saya masih meneruskan perniagaan internet, tidak buat perniagaan yang lain. Saya tulis buku dan menganjurkan bengkel serta seminar pun adalah yang berkaitan dengan internet, bukan perkara yang lain. Kalau orang suruh saya jual makanan kesihatan, saya tidak serasi walaupun saya ada kelebihan untuk menjualnya melalui internet.

“Selain itu dan yang paling penting adalah faktor promosi. Berniaga internet bukan boleh duduk goyang kaki boleh buat duit. Bisnes kena ada usaha yang berterusan. Kena sentiasa melakukan promosi yang berterusan dengan menggunakan enjin carian dan sebagainya,” katanya.

Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan perniagaan internet, ini pesan Irfan: “Nasihat saya yang pertama ialah lengkapkan diri kita dengan ilmu perniagaan internet. Perniagaan internet bukan semudah yang disangka. Ia adalah sama seperti perniagaan-perniagaan yang lain.

“Nombor dua, selalu promote perniagaan kita. Kita tidak akan berjaya kalau kita goyang kaki. Promotion kena berterusan sampai bila-bila supaya kita dapat memaksimakan keuntungan.

“Lain dari itu kita kena sentiasa buat apa yang kita minat. Tengok kekuatan yang ada pada diri masing-masing. Lihat keserasian pada diri kita sendiri, jangan tengok orang lain jadi jutawan jual benda ini, kita pun ikut semata-mata hendak jadi jutawan itu.  Kenapa kita tidak tengok kekuatan kita sendiri dan cuba ubah menjadi satu bentuk perniagaan,” nasihat Irfan lagi.

Sumber: Sukses.my
]]>
http://www.hafizizain.com/tips-perniagaan/rahsia-kejayaan-irfan-khairi.html/feed 1
3 Ciri Utama Produk Yang Sesuai Dijual Secara Online http://www.hafizizain.com/perkongsian/3-ciri-utama-produk-yang-sesuai-dijual-secara-online.html http://www.hafizizain.com/perkongsian/3-ciri-utama-produk-yang-sesuai-dijual-secara-online.html#comments Sun, 04 Jul 2010 14:28:26 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=340 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Sebenarnya tidak semua barang boleh dijual di internet. Anda haruslah bijak dalam menentukan jenis-jenis barangan yang boleh dijual.

Apa yang penting ialah, jangan fikirkan tentang produk apa yang sesuai dijual. Tetapi cuba fikir produk apa yang AKAN DIBELI oleh bakal pelanggan anda.

Okay, tanpa berceloteh panjang, antara ciri-ciri produk yang akan dibeli oleh pelanggan adalah seperti berikut:-

1) Produk yang menyelesaikan masalah.


Kebiasaannya, pelanggan akan mencari produk yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah mereka. Sebagai contoh, produk yang boleh menghilangkan mengantuk, produk yang boleh menjimatkan minyak, produk merawat keputihan, produk untuk cepat kurus, produk untuk mengelakkan rambut gugur dan lain-lain.

2) Produk yang kecil dan ringan.


Produk yang anda akan jual mestilah ringan supaya kos penghantaran dapat dikurangkan. Sekiranya kos penghantaran rendah, harga yang boleh jual juga murah. Ini akan menarik perhatian pengunjung untuk membelinya dan keuntungan untuk anda akan meningkat.

3) Produk yang sukar didapati di pasaran biasa.


Anda tidak digalakkan menjual produk yang sudah biasa jual di pasaran biasa. Sebagai contoh, syampu Rejoice. Ianya sudah berlambak di pasaran biasa. Apa yang penting ialah, anda perlu mencari sesuatu yang senang diperoleh di tempat anda, tetapi sukar diperolehi di tempat lain. Sebagai contoh, sekiranya anda anda berada di Sarawak, anda boleh jual Kek Lapis Sarawak (original). Kalau anda berada di Kelantan, anda boleh jual batik atau budu. Budu? Ya! Budu pun tidak mustahil untuk dijual di internet!!

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BACAAN LANJUT.

]]>
http://www.hafizizain.com/perkongsian/3-ciri-utama-produk-yang-sesuai-dijual-secara-online.html/feed 1
3 Tips Penting Mengoptimumkan Jualan Secara Online http://www.hafizizain.com/pendapat/3-tips-penting-mengoptimumkan-jualan-secara-online.html http://www.hafizizain.com/pendapat/3-tips-penting-mengoptimumkan-jualan-secara-online.html#comments Sat, 26 Jun 2010 11:32:59 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=327 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Kejayaan penjualan secara online bergantung kepada kualiti produk. Bukan mudah untuk menembusi pasaran secara online kerana ia mempunyai saingan yang kuat di pasaran tempatan serta di luar negara. Namun, sekiranya anda yakin terhadap produk dan bermotivasi serta berusaha gigih, anda mampu mempunyai perniagaan online yang berjaya.

3 tips mudah untuk mengoptimumkan perniagaan dan pendapatan anda ialah:-

1. Mencari pembekal yang boleh memenuhi kehendak.

  • Mempunyai pembekal yang mampu memenuhi kehendak perniagaan anda adalah satu aspek yang sangat penting untuk jualan secara online. Bagaimana anda ingin meyakinkan pelanggan anda sekiranya pembekal anda tidak mampu memenuhi kehendak perniagaan anda? Untuk mencari pembekal yang mampu memenuhi kehendak perniagaan anda, anda perlu mengenalpasti jenis pembekal yang anda perlukan. Terdapat beberapa jenis pembekal seperti pengeluar dan pengedar. Pemilihan pembekal bergantung kepada jenis produk anda. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual produk dalam kuantiti yang banyak, pembekal yang sesuai ialah pengeluar kerana mereka akan memberi anda harga yang berpatutan dari pelbagai sumber. Manakala pengedar adalah pembekal kepada jualan dalam kuantiti yang kecil. Anda mahukan pembekal yang mahir dalam belian yang anda buat, sama ada besar atau kecik, dan memberikan harga yang berpatutan. Anda juga menjalankan perniagaan seperti mereka.

2. Menggunakan kaedah ‘dropship’

  • ‘Dropship’ ialah kaedah di mana anda tidak menyimpan stok produk anda. Anda membiarkan pembekal anda untuk melakukan penghantaran terus kepada pelanggan anda. Kaedah ini dapat menjimatkan masa dan yang paling utama menjimatkan kos anda serta pelanggan anda.

3. Laman web yang mesra pelanggan

  • Sekiranya anda ingin meningkatkan jualan, tempat di mana anda menjual produk anda mestilah strategik. Sekiranya anda melayari sebuah laman web yang kompleks, anda akan cepat berasa kecewa dan kebiasaannya anda akan meninggalkan laman web berkenaan tanpa berbuat apa-apa. Oleh yang demikian, dengan mempunyai laman web yang menarik dan memudahkan pelanggan untuk membuat pembelian, ia akan membantu meningkatkan jualan anda. Dengan meletakkan diri anda sebagai pelanggan ketika membina laman web anda, anda mampu membina sebuah laman web yang mesra pelanggan. Kekunci yang mudah untuk fungsi akses belian, pemilihan kuantiti serta semak keluar. Penerimaan pelbagai kaedah bayaran juga mampu meningkatkan jualan. Ia bukan sahaja menyenangkan kerja anda, malah pelanggan anda pun akan seronok membeli belah di laman web anda..

Secara kesimpulannya, kejayaan perniagaan anda bergantung kepada jumlah jualan anda. Oleh itu, pastikan anda mengikuti 3 tips mudah ini untuk mengoptimumkan jualan secara online anda.

Nantikan artikel seterusnya dari saya… semoga ianya dapat memberikan sedikit input untuk anda..

Sila tinggalkan komen anda di bawah ini..

Terima kasih.

]]>
http://www.hafizizain.com/pendapat/3-tips-penting-mengoptimumkan-jualan-secara-online.html/feed 2
Cara Nak Elakkan Dari Dapat Negative Feedback dari Pembeli http://www.hafizizain.com/uncategorized/cara-nak-elakkan-dari-dapat-negative-feedback-dari-pembeli.html http://www.hafizizain.com/uncategorized/cara-nak-elakkan-dari-dapat-negative-feedback-dari-pembeli.html#comments Thu, 03 Jun 2010 20:15:27 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=236 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Post kali ini akan mengajar anda bagaimana untuk mengelakkan negative feedback dari pembeli.

1) Pastikan anda membalas email dari pelanggan anda secepat yang mungkin.. Jangan tangguhkan lebih dari 3 hari untuk membalas email dari pelanggan atau bakal pelanggan anda.. Kalau tak, tak pasal-pasal dapat negative feedback dari pelanggan.

Lihat contoh ni…

2) Pastikan anda terus menghantar ‘tracking number’ sebaik sahaja anda telah menghantar barang tersebut ke pejabat pos. Ini akan membuatkan pembeli seronok dengan anda apabila anda bertindak pantas begini.

3) Sekiranya ada ‘complaint’ dari pembeli mengenai barang rosak, cepat-cepatlah selesaikan masalah ini. Jangan bagi pembeli ternanti-nanti penyelesaian daripada anda.

Mat Salleh dia ikut mood dia jer.. kadang-kadang barang dah sampai pun dia bagi negative feedback juga.. jadi, inilah penting untuk anda menjaga hubungan baik dengan pembeli anda. Kalau nasib anda baik, pembeli tersebut akan datang cari anda lagi..

Itu sahaja tips ringkas dari saya..

Sekian.

]]> http://www.hafizizain.com/uncategorized/cara-nak-elakkan-dari-dapat-negative-feedback-dari-pembeli.html/feed 3 Ini Kerja Gila! Saya Bongkarkan Lubuk Bisnes Saya Secara PERCUMA!! http://www.hafizizain.com/perkongsian/ini-kerja-gila-saya-bongkarkan-lubuk-bisnes-saya-secara-percuma.html http://www.hafizizain.com/perkongsian/ini-kerja-gila-saya-bongkarkan-lubuk-bisnes-saya-secara-percuma.html#comments Thu, 03 Jun 2010 16:16:10 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=231 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Ramai yang pelik dengan tindakan saya ini.
membongkarkan sumber utama pembekal
saya dalam bisnes yang saya sudah
menjana jualan sehingga 6 angka ini.

Namun, saya berikan PERCUMA untuk anda.

Ianya diberi nama :-
“Rahsia Lubuk Bisnes di KLIGP 2010″

Kalau nak, boleh terus KLIK di link ini:-

>> DOWNLOAD SEKARANG!! <<

Percuma sahaja!!

Kalau sebelum ni anda hanya menjual produk
digital, sekarang anda boleh cuba untuk menjual
produk fizikal pula…

Try lah!

Saya berikan skali lagi link untuk anda:-

http://hafizizain.com/panduankligp2010/

Sekian, terima kasih.

]]>
http://www.hafizizain.com/perkongsian/ini-kerja-gila-saya-bongkarkan-lubuk-bisnes-saya-secara-percuma.html/feed 1