Warning: preg_match() [function.preg-match]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php on line 201

Warning: preg_match() [function.preg-match]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php on line 202

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php:201) in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Sumber Informasi Bisnes & Apa-Apa Sahaja » cara nak berjaya dalam bisnes http://www.hafizizain.com Tue, 31 Jan 2012 04:58:49 +0000 en hourly 1 http://wordpress.org/?v=3.3.1 Tips Memilih Nama Domain http://www.hafizizain.com/pendapat/tips-memilih-nama-domain.html http://www.hafizizain.com/pendapat/tips-memilih-nama-domain.html#comments Mon, 12 Jul 2010 23:45:43 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=365 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Berikut adalah tips ringkas tentang cara terbaik memilih nama domain. Sekiranya anda mempunyai tips tambahan untuk dikongsi bersama, sila tinggalkan komen di bawah ini.

  1. Cari nama domain yang mudah diingat. Anda cuba bayangkan anda memberitahu nama domain tersebut melalui telefon kepada rakan anda. Sekiranya rakan anda mudah untuk tangkap dan ingat nama domain anda, itu menunjukkan pilihan nama domain anda adalah tepat!
  2. Cari nama domain yang mudah ditaip – agar pengunjung tidak salah menaipkan alamat blog anda.
  3. Buat nama domain anda sependek mungkin – agar mudah ditaip dan mudah diingat.
  4. Hindari penggunaan angka – Jika seseorang mengatakan “seratus tujuh puluh dot com”, bagaimana penulisannya? www.170.com atau www.seratustujuhpuluh.com?
  5. Pertimbangkan apakah nama tersebut akan terus relevan untuk jangka panjang? Hindari lucu-lucuan dalam memilih nama domain, karena sering kali hal yang lucu sekarang tidak lagi lucu di masa mendatang.
  6. Hindari memilih nama blog yang memiliki unsur copyright. Hindari tuntutan hukum yang tidak perlu.
  7. Untuk domain bagi menjalankan bisnes online, anda boleh memilih nama domain berdasarkan nama produk, nama kedai atau tema kedai anda. Sebagai contoh, www.keropoklekor.com. Atau www.kedaikopiabah.com. Pilih domain yang simple dan senang diingati.
  8. Sekiranya domain tersebut telah dimiliki oleh orang lain, gunakan “-” sebagai penyambung. Sebagai contoh, www.keropok-lekor.com.
  9. Pilih domain .com dahulu sebagai keutamaan. Sekiranya sudah tak available, anda boleh gunakan .com.my atau .my. Sekiranya anda ingin target market luar negara, domain .com mestilah dijadikan pilihan utama..

Saya doakan selamat maju jaya untuk semua!!!

]]> http://www.hafizizain.com/pendapat/tips-memilih-nama-domain.html/feed 1 Bukti Kejayaan Bisnes Kita (PERLU BACA!) http://www.hafizizain.com/perkongsian/bukti-kejayaan-bisnes-kita-perlu-baca.html http://www.hafizizain.com/perkongsian/bukti-kejayaan-bisnes-kita-perlu-baca.html#comments Wed, 02 Jun 2010 12:31:53 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=220 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Saya terpanggil untuk memberitahu tentang perkara ini setelah saya lihat ramai yang salah anggap tentang bukti-bukti kejayaan bisnes yang mereka nampak.. Untuk pengetahuan, sekiranya seseorang itu sudah mempunyai barangan mewah seperti kereta Ferrari, tidak semestinya beliau berjaya dengan bisnes beliau. Mungkin hutang masih banyak keliling pinggang..? Kita tidak tahu..

Banyak bisnes orang Melayu ‘lingkup’ disebabkan pemiliknya membeli bukti-bukti kejayaan palsu seperti kereta mahal, rumah besar, dan gaya hidup mewah yang sebenarnya dia tidak mampu.

Akibatnya, duit yang sepatutnya digunakan bagi menjalankan bisnes digunakan bagi membeli benda-benda itu.

Memang dengan memandu kereta besar dan tinggal dalam rumah besar orang mungkin menyangka bisnes kita amat berjaya, tetapi kereta besar, rumah besar dan gaya hidup mewah bukan bukti kejayaan bisnes kita.

Bukti bahawa bisnes kita berjaya itu ada pada bisnes kita itu sendiri.

1. Modal berbayar kita bertambah banyak.

Sebagai contoh, dahulu RM10 ribu, kini RM60 ribu. Ini hanya dapat kita lakukan apabila duit keuntungan bisnes itu kita gunakan bagi menokok jumlah modal syarikat.

Apabila modal berbayar kita banyak, bank berani memberikan lebih banyak kemudahan.

2. Pengeluaran syarikat kita bertambah banyak.

Sebagai contoh, dahulu kita hanya mampu mengeluarkan 15 ribu botol kicap sebulan, tetapi kini kita mengeluarkan 40 ribu botol sebulan.

Kita dapat meningkatkan pengeluaran apabila kita menggunakan duit keuntungan bisnes bagi membeli mesin baru, peralatan tambahan, menyewa ruang kerja yang lebih besar, serta membayar gaji lebih banyak pekerja dan membeli lebih banyak bahan-bahan mentah.

3. Pelanggan kita bertambah banyak.

Sebagai contoh, dahulu kita hanya membekalkan kicap kita kepada 80 kedai, tetapi sekarang jumlah itu naik kepada 240 buah kedai.

Kita dapat menambah jumlah pelanggan apabila kita gunakan duit kentungan bagi membeli van-van tambahan dan mengambil driver tambahan bagi penghantaran kepada pelanggan.

4. Harta syarikat bertambah banyak.

Sebagai contoh, dahulu kita menyewa rumah kedai milik orang lain, tetapi sekarang kita sudah membeli 2 buah rumah kedai sendiri.

Syarikat dapat membeli bangunan sendiri apabila duit keuntungan digunakan bagi membayar down-payment bangunan dan bagi membayar hutang pembelian itu.

5. Jumlah pekerja syarikat kita bertambah banyak.

Sebagai contoh, dahulu kita hanya mempunyai 5 orang pekerja tetapi sekarang jumlah itu sudah menjadi 20 orang.

Kita dapat mengambil lebih banyak pekerja apabila duit kentungan digunakan bagi membayar gaji, KWSP, SOCSO dan pelbagai elaun yang mereka berhak terima.

Sumber : Pn,Ainon
]]>
http://www.hafizizain.com/perkongsian/bukti-kejayaan-bisnes-kita-perlu-baca.html/feed 6