“Sayang, abang balik. Lapar ni, boleh siapkan makan?” Tanya Ali kepada isteri yang sedang berada di bilik.

“Kejap, bang. Sayang tengah bagi ‘kambing’ makan ni.” Jawab Aminah, sambil terus melayan ternakan virtual dalam facebook, permainan yang digilai ramai orang,

Kambing bodoh tu bagi makan, suami lapar kena tunggu pulak?” Leter suami yang setiap hari menahan sabar dengan sikap isteri yg melekat dengan facebook.

Sejam kemudian aminah pergi ke dapur. Didapatinya pinggan bekas makan suami dalam sinki dan sebuah kuali di atas dapur. Suami, seperti biasa, menggoreng sendiri telur untuk dijadikan lauk kerana tidak dapat menahan lapar menunggu hidangan isteri.

“Mama, tolong Amar buat karangan ni. ” Rayu Amar kepada ibunya,  Aminah malam itu.

“Amar buat dulu. Kejap lagi mama datang.” Jawab ibunya. Aminah masih meneruskan hobi melayan kawan2 lama dalam facebook. BACA LAGI >

Related Posts with Thumbnails