Posts tagged Kerja Kosong
Isu Setempat : Giant bakal dibuka di Shah Alam Seksyen 7??
Jul 27th
Salam semua.. post kali ini dikhaskan untuk warga Seksyen 7 Shah Alam dan kawasan sekitarnya terutamanya pelajar UiTM Shah Alam. Berita ini saya baru je dapat tahu selepas meng interbiu seorang pekerja di situ. (Kebetulan kedai saya pun berada di situ juga)
Betul ke Giant bakal dibuka di Seksyen 7?? Dimanakah lokasinya?? BACA LAGI >
Bukti Kejayaan Bisnes Kita (PERLU BACA!)
Jun 2nd
Saya terpanggil untuk memberitahu tentang perkara ini setelah saya lihat ramai yang salah anggap tentang bukti-bukti kejayaan bisnes yang mereka nampak.. Untuk pengetahuan, sekiranya seseorang itu sudah mempunyai barangan mewah seperti kereta Ferrari, tidak semestinya beliau berjaya dengan bisnes beliau. Mungkin hutang masih banyak keliling pinggang..? Kita tidak tahu..
Banyak bisnes orang Melayu ‘lingkup’ disebabkan pemiliknya membeli bukti-bukti kejayaan palsu seperti kereta mahal, rumah besar, dan gaya hidup mewah yang sebenarnya dia tidak mampu.
Akibatnya, duit yang sepatutnya digunakan bagi menjalankan bisnes digunakan bagi membeli benda-benda itu.
Memang dengan memandu kereta besar dan tinggal dalam rumah besar orang mungkin menyangka bisnes kita amat berjaya, tetapi kereta besar, rumah besar dan gaya hidup mewah bukan bukti kejayaan bisnes kita.
Bukti bahawa bisnes kita berjaya itu ada pada bisnes kita itu sendiri.
1. Modal berbayar kita bertambah banyak.
Sebagai contoh, BACA LAGI >
Makan Gaji VS Kerja Sendiri??
May 24th
Tahukah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut. Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka.
Antara kebaikan kerja makan gaji:-
- Memperoleh gaji secara tetap setiap bulan
- Mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya
- Kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai
- Berpeluang mendapat bonus tahunan
- Peluang kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya
Selain makan gaji, ada yang menjalankan perniagaan, sama ada kecil, sederhana atau besar. BACA LAGI >


















