Warning: preg_match() [function.preg-match]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php on line 201

Warning: preg_match() [function.preg-match]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php on line 202

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php:201) in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Sumber Informasi Bisnes & Apa-Apa Sahaja » Kerja Kosong http://www.hafizizain.com Tue, 31 Jan 2012 04:58:49 +0000 en hourly 1 http://wordpress.org/?v=3.3.1 Isu Setempat : Giant bakal dibuka di Shah Alam Seksyen 7?? http://www.hafizizain.com/pengumuman-khas/isu-setempat-giant-bakal-dibuka-di-shah-alam-seksyen-7.html http://www.hafizizain.com/pengumuman-khas/isu-setempat-giant-bakal-dibuka-di-shah-alam-seksyen-7.html#comments Tue, 27 Jul 2010 13:22:56 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=386 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Salam semua.. post kali ini dikhaskan untuk warga Seksyen 7 Shah Alam dan kawasan sekitarnya terutamanya pelajar UiTM Shah Alam. Berita ini saya baru je dapat tahu selepas meng interbiu seorang pekerja di situ. (Kebetulan kedai saya pun berada di situ juga)

Betul ke Giant bakal dibuka di Seksyen 7?? Dimanakah lokasinya??


Hehehe.. lokasinya berada di Pasaraya Bintang (sape2 yang di area Shah Alam ni mesti tahu Pasaraya Bintang di Pusat Komersial Seksyen 7 ni) Sekarang ni pasaraya ini ditutup bermula hari ini (27 Julai 2010) untuk sesi stock take dan sesi rebranding la kot.. Pasaraya Giant dijangka akan dibuka pada awal Ogos nanti.. Tak pasti la sama ada 1 Ogos atau bila.. Tapi staf situ cakap awal Ogos la..

Untuk pengetahuan juga, Giant telah mengambil alih kesemua 14 cawangan pasaraya Bintang di seluruh Malaysia ini.. agak-agak betul la fakta ni sebab saya pun ambil dari staf dia jugak ni.. Hebat jugak Giant ni ek.. abis Bintang dibelinya.. (walaupun Giant di USJ 1 dah suram akibat kehebatan Mydin Mall yang tersergam indah di situ..)

So, kesimpulan dari story ini, lepas ni senang la budak2 UiTM nak pegi shopping beli2 barang perkakas rumah yer.. dekat jer.. tak payah lagi nak pergi Giant Seksyen 13 dan Tesco yang jauh nuu… Dijemput semua untuk tinggalkan komen di bawah ni yer… Tima kasih…

]]> http://www.hafizizain.com/pengumuman-khas/isu-setempat-giant-bakal-dibuka-di-shah-alam-seksyen-7.html/feed 10 Bukti Kejayaan Bisnes Kita (PERLU BACA!) http://www.hafizizain.com/perkongsian/bukti-kejayaan-bisnes-kita-perlu-baca.html http://www.hafizizain.com/perkongsian/bukti-kejayaan-bisnes-kita-perlu-baca.html#comments Wed, 02 Jun 2010 12:31:53 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=220 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Saya terpanggil untuk memberitahu tentang perkara ini setelah saya lihat ramai yang salah anggap tentang bukti-bukti kejayaan bisnes yang mereka nampak.. Untuk pengetahuan, sekiranya seseorang itu sudah mempunyai barangan mewah seperti kereta Ferrari, tidak semestinya beliau berjaya dengan bisnes beliau. Mungkin hutang masih banyak keliling pinggang..? Kita tidak tahu..

Banyak bisnes orang Melayu ‘lingkup’ disebabkan pemiliknya membeli bukti-bukti kejayaan palsu seperti kereta mahal, rumah besar, dan gaya hidup mewah yang sebenarnya dia tidak mampu.

Akibatnya, duit yang sepatutnya digunakan bagi menjalankan bisnes digunakan bagi membeli benda-benda itu.

Memang dengan memandu kereta besar dan tinggal dalam rumah besar orang mungkin menyangka bisnes kita amat berjaya, tetapi kereta besar, rumah besar dan gaya hidup mewah bukan bukti kejayaan bisnes kita.

Bukti bahawa bisnes kita berjaya itu ada pada bisnes kita itu sendiri.

1. Modal berbayar kita bertambah banyak.

Sebagai contoh, dahulu RM10 ribu, kini RM60 ribu. Ini hanya dapat kita lakukan apabila duit keuntungan bisnes itu kita gunakan bagi menokok jumlah modal syarikat.

Apabila modal berbayar kita banyak, bank berani memberikan lebih banyak kemudahan.

2. Pengeluaran syarikat kita bertambah banyak.

Sebagai contoh, dahulu kita hanya mampu mengeluarkan 15 ribu botol kicap sebulan, tetapi kini kita mengeluarkan 40 ribu botol sebulan.

Kita dapat meningkatkan pengeluaran apabila kita menggunakan duit keuntungan bisnes bagi membeli mesin baru, peralatan tambahan, menyewa ruang kerja yang lebih besar, serta membayar gaji lebih banyak pekerja dan membeli lebih banyak bahan-bahan mentah.

3. Pelanggan kita bertambah banyak.

Sebagai contoh, dahulu kita hanya membekalkan kicap kita kepada 80 kedai, tetapi sekarang jumlah itu naik kepada 240 buah kedai.

Kita dapat menambah jumlah pelanggan apabila kita gunakan duit kentungan bagi membeli van-van tambahan dan mengambil driver tambahan bagi penghantaran kepada pelanggan.

4. Harta syarikat bertambah banyak.

Sebagai contoh, dahulu kita menyewa rumah kedai milik orang lain, tetapi sekarang kita sudah membeli 2 buah rumah kedai sendiri.

Syarikat dapat membeli bangunan sendiri apabila duit keuntungan digunakan bagi membayar down-payment bangunan dan bagi membayar hutang pembelian itu.

5. Jumlah pekerja syarikat kita bertambah banyak.

Sebagai contoh, dahulu kita hanya mempunyai 5 orang pekerja tetapi sekarang jumlah itu sudah menjadi 20 orang.

Kita dapat mengambil lebih banyak pekerja apabila duit kentungan digunakan bagi membayar gaji, KWSP, SOCSO dan pelbagai elaun yang mereka berhak terima.

Sumber : Pn,Ainon
]]>
http://www.hafizizain.com/perkongsian/bukti-kejayaan-bisnes-kita-perlu-baca.html/feed 6
Makan Gaji VS Kerja Sendiri?? http://www.hafizizain.com/pendapat/makan-gaji-vs-kerja-sendiri.html http://www.hafizizain.com/pendapat/makan-gaji-vs-kerja-sendiri.html#comments Mon, 24 May 2010 14:47:48 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=105 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Tahukah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut. Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka.

Antara kebaikan kerja makan gaji:-

  • Memperoleh gaji secara tetap setiap bulan
  • Mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya
  • Kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai
  • Berpeluang mendapat bonus tahunan
  • Peluang kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya

Selain makan gaji, ada yang menjalankan perniagaan, sama ada kecil, sederhana atau besar. Perniagaan kecil-kecilan adalah seperti menjual nasi lemak, cendol atau goreng pisang di gerai-gerai. (Awas! Walaupun dipanggil perniagaan kecil-kecilan, jangan pandang rendah terhadap mereka  kerana pendapatan mereka berkemungkinan jauh lebih besar dari gaji bulanan anda!)

Perniagaan yang bersaiz kecil, jika diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil yang lumayan dan mampu berkembang menjadi sebuah konglomerat yang besar dan disegani. Perniagaan yang melibatkan ratusan ringgit pada mulanya boleh mencapai nilai jutaan ringgit. Sebagai contoh, lihat sahaja Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bermula sebagai peniaga pasar dan akhirnya mencapai status antara orang terkaya di Malaysia.

Antara kebaikan menjalankan bisnes ialah:-

  • Jika bisnes maju, hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji.
  • Bisnes maju yang dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang cekap boleh dijalankan dengan penglibatan minimum oleh pemilik bisnes tersebut. (boleh goyang kaki)
  • Tiada kerenah birokrasi untuk mendapat cuti atau naik pangkat.
  • Boleh membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
  • Berpeluang untuk menjadi jutawan dan merasai Kebebasan Kewangan dan Kebebasan Masa.

Apa-apapun, keputusan sama ada nak makan gaji atau buat bisnes bergantung kepada anda sendiri. Bisnes kena bermula dengan minat. Sekiranya anda langsung tiada minat dalam bisnes, saya cadangkan anda makan gaji lagi bagus… Kepada yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, saya nasihatkan anda bertanyakan dulu dari orang yang pakar dalam bisnes tersebut. “Belajar dari yang Pakar” atau “Belajar Dari Pengalaman…” Orang yang berjaya dalam bisnes ialah orang yang jatuh dan terus bangun semula… Sekian dari saya…

Sumber: Buat Duit Tanpa Kerja Makan Gaji, Zulkifli Musa
]]>
http://www.hafizizain.com/pendapat/makan-gaji-vs-kerja-sendiri.html/feed 2