Warning: preg_match() [function.preg-match]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php on line 201

Warning: preg_match() [function.preg-match]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php on line 202

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/class-wp.php:201) in /home/hafiziza/public_html/hafizizain.com/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Sumber Informasi Bisnes & Apa-Apa Sahaja » kerja sendiri http://www.hafizizain.com Tue, 31 Jan 2012 04:58:49 +0000 en hourly 1 http://wordpress.org/?v=3.3.1 Hari ni terima 3 resume mintak praktikal http://www.hafizizain.com/cerita-tentang-penulis/hari-ni-terima-3-resume-mintak-praktikal.html http://www.hafizizain.com/cerita-tentang-penulis/hari-ni-terima-3-resume-mintak-praktikal.html#comments Sat, 25 Sep 2010 03:14:54 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=617 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

27 haribulan ni, genaplah 2 bulan kedai ideaMaster beroperasi.. dan dalam masa dua bulan inilah, banyak benda baru yang aku belajar untuk memantapkan lagi teknik jualan dan promosi syarikat aku. Semalam aku terpaksa tambah seorang lagi manpower untuk melancarkan lagi perjalanan projek terbaru ideaMaster iaitu saudari Catzer. Diharapkan dengan adanya beliau, operasi bisnes ideaMaster dapat dikembangkan lagi..insya-Allah.. Jadi, sekarang bertambahlah lagi jumlah staff ideaMaster menjadikan jumlahnya 4 orang termasuk aku.

Pagi ni check email, aku dapat 3 lagi application untuk student buat praktikal dengan ideaMaster:-

Kalau ikutkan hati, nak je ambik budak praktikal ni kerja… tapi apakan daya..

Keluasan opis tidak mengizinkan.. opis aku tu kecik saja.. nanti semua orang nak duduk mana? hehehe..

Takpela, mungkin dalam perancangan masa depan, aku nak besarkan lagi opis tu.. memandangkan customer sekarang dah semakin ramai dan agak tak cukup kaki dan tangan untuk handle..

Doakan semoga bisnes aku berjaya dengan cemerlang… Insya-Allah…

Jom tinggalkan komen kat bawah ni…

]]>
http://www.hafizizain.com/cerita-tentang-penulis/hari-ni-terima-3-resume-mintak-praktikal.html/feed 8
Rahsia Kejayaan Irfan Khairi http://www.hafizizain.com/tips-perniagaan/rahsia-kejayaan-irfan-khairi.html http://www.hafizizain.com/tips-perniagaan/rahsia-kejayaan-irfan-khairi.html#comments Sun, 11 Jul 2010 14:46:18 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=353 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

KEJAYAAN Irfan Khairi mencapai pendapatan RM1 juta melalui perniagaan internet dalam usia yang masih muda telah melonjakkan namanya sehingga digelar sebagai jutawan internet.

Rata-rata pengusaha yang menjalankan perniagaan berasaskan internet telah menjadikan beliau sebagai ikon dan sumber inspirasi untuk maju dalam perniagaan. Pergilah ke mana-mana jemputan seminar bisnes internet sama ada konvensional mahupun berasaskan ‘networking,’ nama Irfan Khairi pastinya disebut-sebut sebagai individu contoh yang berjaya dalam bisnes internet.

Untuk bertemu dengan beliau bagi tujuan wawancara eksklusif, tidaklah sukar kerana tiada protokol. Malah, temujanji yang dibuat hanya mengambil masa tiga hari sahaja untuk direalisasikan tanpa memerlukan surat rasmi.

Rakan-rakan media cetak mahupun elektronik yang sebelum ini telah banyak kali mewawancara beliau mengatakan Irfan Khairi adalah jenis orang yang sangat simple, mudah mesra dan mudah untuk ditemui. Ternyata ianya benar apabila krew kami sendiri berhadapan dengan jutawan muda ini.

Walaupun pertemuan yang diatur di pejabatnya di Damansara Utama (Uptown). Petaling Jaya sekitar 40 minit, namun jawapan yang diberikan oleh Irfan Khairi sudah cukup sempurna untuk diolah menjadi bahan yang sangat bermanfaat untuk para pembaca.

Mengimbas kembali kronologi sejarah dirinya sebelum bergelar jutawan. sebaik sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire Universiti, United Kingdom (UK), Irfan menerima tawaran bekerja di salah sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) terbesar di Birmingham iaitu Netmedia (UK) Ltd.

Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding internet, beliau diberi tanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di UK yang dikenali sebagai Learning Grid. Sekarang lebih daripada 5000 buah sekolah di UK menggunakan sistem tersebut.

Oleh sebab minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan internet secara sambilan pada 1999.

Perniagaan internet beliau yang menggunakan nama IdeaBubble, sehingga sekarang telah berkhidmat untuk lebih daripada 3000 orang pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari Amerika Syarikat, UK, negara-negara Eropah, Timur Tengah, Jepun dan Australia.

Antaranya perniagaannya yang berjaya dan berkembang pesat melibatkan perkhidmatan mereka bentuk buku elektronik (e-book), mereka cipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempatan hotel, perunding multimedia, e-Niaga dan e-pembelajaran.

Namun demikian, sebelum mencipta kejayaan, beliau mengaku mengalami kegagalan di peringkat awal mengusahakan bisnes internet. Selama setahun beliau menghadapi masalah untuk mendapatkan pelanggan, menyebabkan perniagaan yang dijalankan tidak mencapai matlamat.

Kegagalan yang dialami menyebabkan Irfan mula belajar tentang selok-belok perniagaan di internet. Hasil penelitiannya, Irfan mendapati bahawa terdapat dua kelemahan utama yang menyebabkan kegagalannya iaitu kaedah promosi yang tidak tepat dan juga kurang fokus.

Minat yang mendalam terhadap perniagaan internet telah mendorong Irfan mempelajari semula pelbagai perkara tentang pemasaran melalui menerusi internet, serta menjadikan beberapa orang pakar dalam bidang pemasaran internet sebagai contoh.

Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang dipelajarinya sebelum ini, Irfan menyusun semula srategi perniagaannya, dengan bermodalkan kurang daripada RM500.

Dalam percubaan kedua untuk bangkit dari kegagalan itu, Irfan lebih bijak memilih kaedah promosi yang lebih sesuai dengan produk yang diketengahkan. Misalnya, Irfan telah memberi tumpuan promosi kepada pasaran Arab bagi menjual peta Malaysia, apabila mendapati produk tersebut mempunyai permintaan yang tinggi di sana.

Irfan akhirnya berjaya mengangkat perniagaannya ke landasan yang betul, apabila pendapatannya menerusi perniagaan tersebut meningkat berlipat kali ganda daripada pendapatan yang diperolehi daripada pekerjaan tetapnya. Hal ini telah mendorong Irfan menjadikan perniagaan internet sebagai kerjaya sepenuh masa.

Akhirnya, selepas tiga tahun menjalankan perniagaan internet, Irfan telah berjaya memperolehi pendapatan mencecah RM1 juta tanpa perlu ada pekerja dan peralatan komputer yang canggih.

Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan menggunakan komputer riba dan akses internet. Ketika itu, beliau baru sahaja berusia 25 tahun.

Irfan juga tidak lokek berkongsi kejayaannya dengan sesiapa pun malah beliau mencurahkan pengalamannya dengan menulis buku berjudul, “Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar” kepada orang ramai yang berminat mempelajari teknik berkesan untuk menjalankan perniagaan internet.

Menceritakan pengalamannya yang sukar dilupakan ketika mengusahakan perniagaan internet ketika menetap di luar negara ialah pertemuannya dengan seorang jutawan hartanah terkenal, Azizi Ali.

“Antara kisah yang membuatkan orang kenal dengan saya sehingga ke hari ini ialah Azizi Ali.

“Pada mulanya Azizi Ali menjadi pelanggan saya. Beliau membuat pesanan di laman web saya yang menjual perkhidmatan reka bentuk logo. Saya dapat tempahan daripada beliau untuk membuat logo.

“Apabila saya lihat butiran pembayaran menggunakan kad kredit, saya perhatikan nama butiran kad kredit itu nama orang Melayu. Jadi saya tengok alamatnya orang Malaysia. Waktu itu saya rasa macam popular nama itu.

“Saya terus membuat reka bentuk logo untuknya. Kemudian saya baru teringat yang saya ada memiliki buku yang ditulis oleh Azizi Ali. Saya ambil buku itu dan saya tengok alamat buku itu sama dengan alamat yang tertera dalam butiran kad kredit tersebut. Rupa-rupanya Azizi Ali merupakan jutawan hartanah yang terkenal itu.

“Apabila logo telah saya siapkan, saya berinteraksi melalui e-mel dengan Azizi dalam Bahasa Inggeris. Beliau tidak tahu pun yang saya ini adalah orang Melayu. Beliau akhirnya berpuas hati dengan logo yang saya buat melalui testimoni yang dihantar. Selepas membaca testimoninya menerusi e-mel, saya balas balik e-mel beliau dalam Bahasa Melayu.

“Beliau terkejut apabila mengetahui saya orang Melayu. Kemudian beliau pesan supaya saya menemui beliau apabila pulang ke Malaysia. Dipendekkan cerita, saya pulang ke Malaysia bersama isteri ketika cuti panjang.

“Apabila dapat tahu Azizi ada buat seminar, saya terus menemuinya dan bersembang banyak perkara. Dari situlah hubungan saya dengan Azizi Ali mula terbina. Beliau cadangkan kepada saya kenapa tidak awak buat buku tentang perniagaan internet. Jadi, saya terima sahaja cadangan beliau. Saya tulis, Azizi yang terbitkan. Saya menjadi penulis Azizi yang pertama, sebelum ini, syarikat penerbitan beliau tidak ambil seorang penulis pun,” jelas Irfan panjang lebar.

“Apa yang saya nak beritahu di sini ialah tentang betapa hebatnya perniagaan internet, perniagaan tanpa sempadan. Dari beribu-ribu batu jauh jaraknya, saya boleh bertemu dengan Azizi Ali,” kata Irfan yang mengakui bahawa Azizi Ali menjadi titik tolak dirinya dikenali pada hari ini.

Hasil cadangan Azizi Ali yang merupakan seorang pakar kewangan tempatan itulah menyebabkan buku “Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar” ditulis manakala Azizi Ali menajdi penerbit buku berkenaan melalui syarikatnya, Truwealth Sendirian Berhad.

Buku itu telah mendapat sambutan yang di luar jangkaan sehingga mencapai tahap best seller sepanjang tahn 2005. Kewujudan buku itu sebenarnya menjadi “publisiti” yang telah membantu melonjakkan nama Irfan Khairi sebagai ikon perniagaan internet sehingga menjadi rujukan oleh pelbagai pihak.

Di pihak media, terutamanya para editor dan juga wartawan menjadikan beliau sebagai sumber bahan perbincangan mengenai isu yang berkaitan dengan perniagaan internet. Hasilnya, Irfan Khairi mendapat publisiti yang sangat meluas daripada pelbagai media cetak dan elektronik sehingga ke hari ini.

Selain buku, Irfan juga pada setiap bulan turut menganjurkan bengkel serta seminar yang berkaitan dengan perniagaan internet. Kini, beliau bukan sahaja mengajar subjek perniagaan internet pada bengkel yang dikendalikannya, malah turut mendapat tawaran memberi ceramah ke seluruh pelusuk tanah air termasuk di Institut Pengajian Awam serta Swasta. Begitulah sedikit sebanyak kisah kejayaan beliau dalam perniagaan internet.

Bercakap mengenai rahsia kejayaan, beliau mengambil contoh individu yang paling kaya di dunia ini yang turut menjadi idolanya iaitu Bill Gates.

“Saya dapati, mereka yang berjaya kerana mereka melakukan perkara yang disukai. Contohnya Bill Gates, ‘Dari awal hingga menjadi kaya, beliau buat perkara yang diminatinya iaitu pengaturcaraan (programming).

“Beliau menjadi kaya sebab buat perkara yang diminatinya. Saya juga selalu sarankan kepada peserta bengkel kendalian saya buat perkara yang mereka minat, jangan terikut-ikut dengan industri yang kita sendiri tidak tahu keadaannya. Kalau hendak mencapai kejayaan sebenarnya industri apa-apa pun boleh tetapi yang paling penting, kita minat,” jelas beliau.

“Kalau hendak berjaya, kita kena fokus. Bisnes internet walaupun pasarannya terlalu besar, kita jangan fikir bahawa kita perlu menjual banyak produk baru boleh berjaya. Kalau bisnes konvensional boleh la keluar banyak produk. Tetapi internet kena kecilkan tumpuan iaitu fokus kepada kekuatan yang kita ada. Contohnya saya sendiri tidak buat semua bentuk design. Saya cuma design kulit buku dan logo sahaja.

“Saya percaya dari dulu lagi bahawa kalau hendak berjaya kita kena lakukan apa yang kita tahu, apa yang kita pandai iaitu kepakaran kita. Saya sendiri, apabila balik semula ke Malaysia, saya masih meneruskan perniagaan internet, tidak buat perniagaan yang lain. Saya tulis buku dan menganjurkan bengkel serta seminar pun adalah yang berkaitan dengan internet, bukan perkara yang lain. Kalau orang suruh saya jual makanan kesihatan, saya tidak serasi walaupun saya ada kelebihan untuk menjualnya melalui internet.

“Selain itu dan yang paling penting adalah faktor promosi. Berniaga internet bukan boleh duduk goyang kaki boleh buat duit. Bisnes kena ada usaha yang berterusan. Kena sentiasa melakukan promosi yang berterusan dengan menggunakan enjin carian dan sebagainya,” katanya.

Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan perniagaan internet, ini pesan Irfan: “Nasihat saya yang pertama ialah lengkapkan diri kita dengan ilmu perniagaan internet. Perniagaan internet bukan semudah yang disangka. Ia adalah sama seperti perniagaan-perniagaan yang lain.

“Nombor dua, selalu promote perniagaan kita. Kita tidak akan berjaya kalau kita goyang kaki. Promotion kena berterusan sampai bila-bila supaya kita dapat memaksimakan keuntungan.

“Lain dari itu kita kena sentiasa buat apa yang kita minat. Tengok kekuatan yang ada pada diri masing-masing. Lihat keserasian pada diri kita sendiri, jangan tengok orang lain jadi jutawan jual benda ini, kita pun ikut semata-mata hendak jadi jutawan itu.  Kenapa kita tidak tengok kekuatan kita sendiri dan cuba ubah menjadi satu bentuk perniagaan,” nasihat Irfan lagi.

Sumber: Sukses.my
]]>
http://www.hafizizain.com/tips-perniagaan/rahsia-kejayaan-irfan-khairi.html/feed 1
3 Tips Penting Mengoptimumkan Jualan Secara Online http://www.hafizizain.com/pendapat/3-tips-penting-mengoptimumkan-jualan-secara-online.html http://www.hafizizain.com/pendapat/3-tips-penting-mengoptimumkan-jualan-secara-online.html#comments Sat, 26 Jun 2010 11:32:59 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=327 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Kejayaan penjualan secara online bergantung kepada kualiti produk. Bukan mudah untuk menembusi pasaran secara online kerana ia mempunyai saingan yang kuat di pasaran tempatan serta di luar negara. Namun, sekiranya anda yakin terhadap produk dan bermotivasi serta berusaha gigih, anda mampu mempunyai perniagaan online yang berjaya.

3 tips mudah untuk mengoptimumkan perniagaan dan pendapatan anda ialah:-

1. Mencari pembekal yang boleh memenuhi kehendak.

  • Mempunyai pembekal yang mampu memenuhi kehendak perniagaan anda adalah satu aspek yang sangat penting untuk jualan secara online. Bagaimana anda ingin meyakinkan pelanggan anda sekiranya pembekal anda tidak mampu memenuhi kehendak perniagaan anda? Untuk mencari pembekal yang mampu memenuhi kehendak perniagaan anda, anda perlu mengenalpasti jenis pembekal yang anda perlukan. Terdapat beberapa jenis pembekal seperti pengeluar dan pengedar. Pemilihan pembekal bergantung kepada jenis produk anda. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual produk dalam kuantiti yang banyak, pembekal yang sesuai ialah pengeluar kerana mereka akan memberi anda harga yang berpatutan dari pelbagai sumber. Manakala pengedar adalah pembekal kepada jualan dalam kuantiti yang kecil. Anda mahukan pembekal yang mahir dalam belian yang anda buat, sama ada besar atau kecik, dan memberikan harga yang berpatutan. Anda juga menjalankan perniagaan seperti mereka.

2. Menggunakan kaedah ‘dropship’

  • ‘Dropship’ ialah kaedah di mana anda tidak menyimpan stok produk anda. Anda membiarkan pembekal anda untuk melakukan penghantaran terus kepada pelanggan anda. Kaedah ini dapat menjimatkan masa dan yang paling utama menjimatkan kos anda serta pelanggan anda.

3. Laman web yang mesra pelanggan

  • Sekiranya anda ingin meningkatkan jualan, tempat di mana anda menjual produk anda mestilah strategik. Sekiranya anda melayari sebuah laman web yang kompleks, anda akan cepat berasa kecewa dan kebiasaannya anda akan meninggalkan laman web berkenaan tanpa berbuat apa-apa. Oleh yang demikian, dengan mempunyai laman web yang menarik dan memudahkan pelanggan untuk membuat pembelian, ia akan membantu meningkatkan jualan anda. Dengan meletakkan diri anda sebagai pelanggan ketika membina laman web anda, anda mampu membina sebuah laman web yang mesra pelanggan. Kekunci yang mudah untuk fungsi akses belian, pemilihan kuantiti serta semak keluar. Penerimaan pelbagai kaedah bayaran juga mampu meningkatkan jualan. Ia bukan sahaja menyenangkan kerja anda, malah pelanggan anda pun akan seronok membeli belah di laman web anda..

Secara kesimpulannya, kejayaan perniagaan anda bergantung kepada jumlah jualan anda. Oleh itu, pastikan anda mengikuti 3 tips mudah ini untuk mengoptimumkan jualan secara online anda.

Nantikan artikel seterusnya dari saya… semoga ianya dapat memberikan sedikit input untuk anda..

Sila tinggalkan komen anda di bawah ini..

Terima kasih.

]]>
http://www.hafizizain.com/pendapat/3-tips-penting-mengoptimumkan-jualan-secara-online.html/feed 2
Bukti Kejayaan Bisnes Kita (PERLU BACA!) http://www.hafizizain.com/perkongsian/bukti-kejayaan-bisnes-kita-perlu-baca.html http://www.hafizizain.com/perkongsian/bukti-kejayaan-bisnes-kita-perlu-baca.html#comments Wed, 02 Jun 2010 12:31:53 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=220 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Saya terpanggil untuk memberitahu tentang perkara ini setelah saya lihat ramai yang salah anggap tentang bukti-bukti kejayaan bisnes yang mereka nampak.. Untuk pengetahuan, sekiranya seseorang itu sudah mempunyai barangan mewah seperti kereta Ferrari, tidak semestinya beliau berjaya dengan bisnes beliau. Mungkin hutang masih banyak keliling pinggang..? Kita tidak tahu..

Banyak bisnes orang Melayu ‘lingkup’ disebabkan pemiliknya membeli bukti-bukti kejayaan palsu seperti kereta mahal, rumah besar, dan gaya hidup mewah yang sebenarnya dia tidak mampu.

Akibatnya, duit yang sepatutnya digunakan bagi menjalankan bisnes digunakan bagi membeli benda-benda itu.

Memang dengan memandu kereta besar dan tinggal dalam rumah besar orang mungkin menyangka bisnes kita amat berjaya, tetapi kereta besar, rumah besar dan gaya hidup mewah bukan bukti kejayaan bisnes kita.

Bukti bahawa bisnes kita berjaya itu ada pada bisnes kita itu sendiri.

1. Modal berbayar kita bertambah banyak.

Sebagai contoh, dahulu RM10 ribu, kini RM60 ribu. Ini hanya dapat kita lakukan apabila duit keuntungan bisnes itu kita gunakan bagi menokok jumlah modal syarikat.

Apabila modal berbayar kita banyak, bank berani memberikan lebih banyak kemudahan.

2. Pengeluaran syarikat kita bertambah banyak.

Sebagai contoh, dahulu kita hanya mampu mengeluarkan 15 ribu botol kicap sebulan, tetapi kini kita mengeluarkan 40 ribu botol sebulan.

Kita dapat meningkatkan pengeluaran apabila kita menggunakan duit keuntungan bisnes bagi membeli mesin baru, peralatan tambahan, menyewa ruang kerja yang lebih besar, serta membayar gaji lebih banyak pekerja dan membeli lebih banyak bahan-bahan mentah.

3. Pelanggan kita bertambah banyak.

Sebagai contoh, dahulu kita hanya membekalkan kicap kita kepada 80 kedai, tetapi sekarang jumlah itu naik kepada 240 buah kedai.

Kita dapat menambah jumlah pelanggan apabila kita gunakan duit kentungan bagi membeli van-van tambahan dan mengambil driver tambahan bagi penghantaran kepada pelanggan.

4. Harta syarikat bertambah banyak.

Sebagai contoh, dahulu kita menyewa rumah kedai milik orang lain, tetapi sekarang kita sudah membeli 2 buah rumah kedai sendiri.

Syarikat dapat membeli bangunan sendiri apabila duit keuntungan digunakan bagi membayar down-payment bangunan dan bagi membayar hutang pembelian itu.

5. Jumlah pekerja syarikat kita bertambah banyak.

Sebagai contoh, dahulu kita hanya mempunyai 5 orang pekerja tetapi sekarang jumlah itu sudah menjadi 20 orang.

Kita dapat mengambil lebih banyak pekerja apabila duit kentungan digunakan bagi membayar gaji, KWSP, SOCSO dan pelbagai elaun yang mereka berhak terima.

Sumber : Pn,Ainon
]]>
http://www.hafizizain.com/perkongsian/bukti-kejayaan-bisnes-kita-perlu-baca.html/feed 6
Makan Gaji VS Kerja Sendiri?? http://www.hafizizain.com/pendapat/makan-gaji-vs-kerja-sendiri.html http://www.hafizizain.com/pendapat/makan-gaji-vs-kerja-sendiri.html#comments Mon, 24 May 2010 14:47:48 +0000 hafizizain http://www.hafizizain.com/?p=105 Kongsikan bersama kawan-kawan di Facebook

Tahukah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut. Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka.

Antara kebaikan kerja makan gaji:-

  • Memperoleh gaji secara tetap setiap bulan
  • Mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya
  • Kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai
  • Berpeluang mendapat bonus tahunan
  • Peluang kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya

Selain makan gaji, ada yang menjalankan perniagaan, sama ada kecil, sederhana atau besar. Perniagaan kecil-kecilan adalah seperti menjual nasi lemak, cendol atau goreng pisang di gerai-gerai. (Awas! Walaupun dipanggil perniagaan kecil-kecilan, jangan pandang rendah terhadap mereka  kerana pendapatan mereka berkemungkinan jauh lebih besar dari gaji bulanan anda!)

Perniagaan yang bersaiz kecil, jika diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil yang lumayan dan mampu berkembang menjadi sebuah konglomerat yang besar dan disegani. Perniagaan yang melibatkan ratusan ringgit pada mulanya boleh mencapai nilai jutaan ringgit. Sebagai contoh, lihat sahaja Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bermula sebagai peniaga pasar dan akhirnya mencapai status antara orang terkaya di Malaysia.

Antara kebaikan menjalankan bisnes ialah:-

  • Jika bisnes maju, hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji.
  • Bisnes maju yang dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang cekap boleh dijalankan dengan penglibatan minimum oleh pemilik bisnes tersebut. (boleh goyang kaki)
  • Tiada kerenah birokrasi untuk mendapat cuti atau naik pangkat.
  • Boleh membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
  • Berpeluang untuk menjadi jutawan dan merasai Kebebasan Kewangan dan Kebebasan Masa.

Apa-apapun, keputusan sama ada nak makan gaji atau buat bisnes bergantung kepada anda sendiri. Bisnes kena bermula dengan minat. Sekiranya anda langsung tiada minat dalam bisnes, saya cadangkan anda makan gaji lagi bagus… Kepada yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, saya nasihatkan anda bertanyakan dulu dari orang yang pakar dalam bisnes tersebut. “Belajar dari yang Pakar” atau “Belajar Dari Pengalaman…” Orang yang berjaya dalam bisnes ialah orang yang jatuh dan terus bangun semula… Sekian dari saya…

Sumber: Buat Duit Tanpa Kerja Makan Gaji, Zulkifli Musa
]]>
http://www.hafizizain.com/pendapat/makan-gaji-vs-kerja-sendiri.html/feed 2