Posts tagged Rahsia Kejayaan Irfan Khairi
Rahsia Kejayaan Irfan Khairi
Jul 11th
KEJAYAAN Irfan Khairi mencapai pendapatan RM1 juta melalui perniagaan internet dalam usia yang masih muda telah melonjakkan namanya sehingga digelar sebagai jutawan internet.
Rata-rata pengusaha yang menjalankan perniagaan berasaskan internet telah menjadikan beliau sebagai ikon dan sumber inspirasi untuk maju dalam perniagaan. Pergilah ke mana-mana jemputan seminar bisnes internet sama ada konvensional mahupun berasaskan ‘networking,’ nama Irfan Khairi pastinya disebut-sebut sebagai individu contoh yang berjaya dalam bisnes internet.
Untuk bertemu dengan beliau bagi tujuan wawancara eksklusif, tidaklah sukar kerana tiada protokol. Malah, temujanji yang dibuat hanya mengambil masa tiga hari sahaja untuk direalisasikan tanpa memerlukan surat rasmi. BACA LAGI >
















