Posts tagged Tips perniagaan
Kisah Menarik : Jutawan Kurma Yusuf Taiyoob
Jul 31st
Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..
Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.
Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.
Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’. BACA LAGI >
Tinggal 2 Hari Sahaja Lagi
Jul 31st
Saya tak tahu nak cakap apa lagi sekiranya anda masih berfikir panjang untuk mendapatkan ebook saya ini. Harga sekarang masih berada pada harga promosi. (RM50 sahaja). Sebelum ni saya jual dengan harga RM80.
Untuk pengetahuan, berebut-rebut orang mendapatkan peluang keemasan ini.. Boleh lihat di screenshot ini:- BACA LAGI >
Rahsia Kejayaan Irfan Khairi
Jul 11th
KEJAYAAN Irfan Khairi mencapai pendapatan RM1 juta melalui perniagaan internet dalam usia yang masih muda telah melonjakkan namanya sehingga digelar sebagai jutawan internet.
Rata-rata pengusaha yang menjalankan perniagaan berasaskan internet telah menjadikan beliau sebagai ikon dan sumber inspirasi untuk maju dalam perniagaan. Pergilah ke mana-mana jemputan seminar bisnes internet sama ada konvensional mahupun berasaskan ‘networking,’ nama Irfan Khairi pastinya disebut-sebut sebagai individu contoh yang berjaya dalam bisnes internet.
Untuk bertemu dengan beliau bagi tujuan wawancara eksklusif, tidaklah sukar kerana tiada protokol. Malah, temujanji yang dibuat hanya mengambil masa tiga hari sahaja untuk direalisasikan tanpa memerlukan surat rasmi. BACA LAGI >
3 Ciri Utama Produk Yang Sesuai Dijual Secara Online
Jul 4th
Sebenarnya tidak semua barang boleh dijual di internet. Anda haruslah bijak dalam menentukan jenis-jenis barangan yang boleh dijual.
Apa yang penting ialah, jangan fikirkan tentang produk apa yang sesuai dijual. Tetapi cuba fikir produk apa yang AKAN DIBELI oleh bakal pelanggan anda.
Okay, tanpa berceloteh panjang, antara ciri-ciri produk yang akan dibeli oleh pelanggan adalah seperti berikut:-
1) Produk yang menyelesaikan masalah.
Kebiasaannya, pelanggan akan mencari produk yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah mereka. Sebagai contoh, produk yang boleh menghilangkan mengantuk, produk yang boleh menjimatkan minyak, produk merawat keputihan, produk untuk cepat kurus, produk untuk mengelakkan rambut gugur dan lain-lain. BACA LAGI >
Cara Nak Elakkan Dari Dapat Negative Feedback dari Pembeli
Jun 4th
Post kali ini akan mengajar anda bagaimana untuk mengelakkan negative feedback dari pembeli.
1) Pastikan anda membalas email dari pelanggan anda secepat yang mungkin.. Jangan tangguhkan lebih dari 3 hari untuk membalas email dari pelanggan atau bakal pelanggan anda.. Kalau tak, tak pasal-pasal dapat negative feedback dari pelanggan.
Lihat contoh ni… BACA LAGI >
Bukti Kejayaan Bisnes Kita (PERLU BACA!)
Jun 2nd
Saya terpanggil untuk memberitahu tentang perkara ini setelah saya lihat ramai yang salah anggap tentang bukti-bukti kejayaan bisnes yang mereka nampak.. Untuk pengetahuan, sekiranya seseorang itu sudah mempunyai barangan mewah seperti kereta Ferrari, tidak semestinya beliau berjaya dengan bisnes beliau. Mungkin hutang masih banyak keliling pinggang..? Kita tidak tahu..
Banyak bisnes orang Melayu ‘lingkup’ disebabkan pemiliknya membeli bukti-bukti kejayaan palsu seperti kereta mahal, rumah besar, dan gaya hidup mewah yang sebenarnya dia tidak mampu.
Akibatnya, duit yang sepatutnya digunakan bagi menjalankan bisnes digunakan bagi membeli benda-benda itu.
Memang dengan memandu kereta besar dan tinggal dalam rumah besar orang mungkin menyangka bisnes kita amat berjaya, tetapi kereta besar, rumah besar dan gaya hidup mewah bukan bukti kejayaan bisnes kita.
Bukti bahawa bisnes kita berjaya itu ada pada bisnes kita itu sendiri.
1. Modal berbayar kita bertambah banyak.
Sebagai contoh, BACA LAGI >
Cara nak dapatkan Feedback di eBay dengan cara PANTAS
May 31st
Teknik ini sudah ramai dipraktikkan oleh eBayer. Tetapi saya nak beritahu juga kat sini memandangkan ramai lagi yang belum mahir dan yang masih baru dalam Bisnes eBay ni.
Sebagaimana yang kita tahu, feedback sangat penting dalam kita berebay ni. Ianya mempengaruhi customer untuk membeli produk kita atau tak. Sebenarnya ada customer yang tak kisah dengan feedback ni. Dia main beli jer.. Tapi ada juga yang mementingkan feedback. Mereka akan lebih yakin sekiranya membeli dari seller yang sudah mempunyai feedback di eBay. Selain itu, anda memerlukan 10 feedback untuk membolehkan anda menjual barangan secara Buy It Now. 15 feedback diperlukan untuk membolehkan anda bukak Store di eBay.
Hoho.. gambar di atas adalah salah satu akaun ebay saya.. takde la banyak sangat feedback.. tapi ok la kan.. =)
Okay, teknik yang saya ingin beritahu ialah BACA LAGI >

























