Post kali ini akan mengajar anda bagaimana untuk mengelakkan negative feedback dari pembeli.

1) Pastikan anda membalas email dari pelanggan anda secepat yang mungkin.. Jangan tangguhkan lebih dari 3 hari untuk membalas email dari pelanggan atau bakal pelanggan anda.. Kalau tak, tak pasal-pasal dapat negative feedback dari pelanggan.

Lihat contoh ni…

2) Pastikan anda terus menghantar ‘tracking number’ sebaik sahaja anda telah menghantar barang tersebut ke pejabat pos. Ini akan membuatkan pembeli seronok dengan anda apabila anda bertindak pantas begini.

3) Sekiranya ada ‘complaint’ dari pembeli mengenai barang rosak, cepat-cepatlah selesaikan masalah ini. Jangan bagi pembeli ternanti-nanti penyelesaian daripada anda.

Mat Salleh dia ikut mood dia jer.. kadang-kadang barang dah sampai pun dia bagi negative feedback juga.. jadi, inilah penting untuk anda menjaga hubungan baik dengan pembeli anda. Kalau nasib anda baik, pembeli tersebut akan datang cari anda lagi..

Itu sahaja tips ringkas dari saya..

Sekian.

Related Posts with Thumbnails