Saya masih hairan kenapa masih ramai lagi yang asyik duk mempromosikan Login Facebook Dapat RM100. a.k.a Infinity Downline ini sedangkan hukumnya telah diterangkan secara nyata oleh Ustaz Zaharudin.
Apa yang dapat dikenalpasti ialah, kebanyakan individu yang terlibat dalam skim ini ialah mereka takut untuk menunjukkan muka sebenar mereka. Ada juga yang meletakkan muka wanita cantik-cantik (padahal muka orang lain) semata-mata untuk mendapat tarikan pengguna facebook yang lain. Ramai diantara mereka yang buka 1 akaun facebook khas untuk mempromosikan benda ni. Sebab tu la kita tengok makin hari makin bersepah pula spam disana sini mengenai Login Facebook Dapat RM100 ini. Ianya dianggap sebagai sampah kerana mereka telah menyalahgunakan facebook dengan membuat spam di facebook orang lain. Ini sebenarnya telah melanggar etika dalam berfacebook.

Modus operandi yang mereka gunakan sekarang ialah mereka target orang yang masih baru dalam facebook ini. Kepada yang masih baru, mungkin mereka nampak macam mudah dan seronok apabila melihat iklan Login Facebook Dapat RM100. Jadi ramai yang terpedaya dan terus menyertai program ini. Last2, menyesal tak sudah apabila mengetahui ianya adalah haram mengikut kata Ustaz Zaharuddin.

Mari kita tengok contoh mereka-mereka yang berminat ni:-

Haa.. begitulah contoh cara mereka tarik ramai orang untuk menyertainya..

Jadi, anda perlu berhati-hati ya!

Kepada yang masih ragu-ragu tentang hukum Login Facebook Dapat RM100 ni, anda bolehlah baca huraian lengkap oleh Ustaz Zaharuddin di website beliau melalui link ini —> KLIK SINI

Sila tinggalkan pendapat anda masing-masing di ruangan komen di bawah ini…

Terima kasih…

Related Posts with Thumbnails